“Sedap”- Ramai Teruja Lihat Keluarga Dari Perancis Pertama Kali Cuba Sagu Gula Melaka [Video]

Sebut mengenai makanan tradisi di negara ini pasti ramai yang mula membayangkan nasi lemak, roti canai dan sebagainya termasuklah pencuci mulut.

Boleh dikatakan kebanyakan pelancong yang datang ke Malaysia memuji makanan di negara ini sedap dan mereka menyukainya.

Mungkin juga kerana keunikan Malaysia yang hidup berbilang bangsa membuatkan pelancong yang hadir dapat mengenali beberapa makanan tradisi seperti dari kaum Cina, India dan banyak lagi.

Perkara sama turut dilakukan oleh mereka yang berkahwin dengan individu daripada luar negara, apabila cuba untuk memperkenalkan makanan tradisi kepada pasangan dan juga keluarga mentua.

Keluarga dari Perancis pertama kali rassa Sagu Gula Melaka

Baru-baru ini, tular satu video di media sosial memaparkan sebuah keluarga di Perancis yang teruja mencuba pencuci mulut yang terkenal di Malaysia iaitu Sagu Gula Melaka.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Aaronleroy di TikTok, kelihatan setiap tetamu yang berada di meja itu dihidangkan sagu dalam sebuah cawan.

Tidak lama kemudian datang seorang wanita Malaysia menuang susu atau santan ke dalam cawan bersama dengan gula melaka.

Wanita berkenaan rupa-rupanya adalah pelakon era 90-an iaitu Azah Aziz atau nama penuhnya Norazah Aziz yang sebelum ini menetap di Kanada selama beberapa tahun sebaik berkahwin.

Sebaik sahaja meletakkan dua bahan utama itu ke dalam cawan yang berisi sagu tersebut, seorang lelaki Perancis kemudiannya mengucapkan terima kasih di dalam bahasa Melayu.

Tanpa berlengah lelaki itu kemudian menikmati pencuci mulut itu sambil menyebut gula melaka dan kelihatan wajahnya teruja ketika menikmatinya.

Puji rasa sedap, malah ada yang mintak tambah lagi

Dia kemudian memuji pencuci mulut tersebut enak dan ia disetujui oleh seorang lagi lelaki yang berbaju hitam juga berada di meja berkenaan.

Malah lelaki berbaju hitam itu turut meminta Azah menambah satu lagi sagu gula melaka buatnya.

“Azah, satu lagi (Sagu Gula Melaka), satu lagi,” katanya.

@malay_frenchie_explorer

French family eating sagu gula melaka for the first time 😭🙌 #fyp #foryou #malaysiatiktok

♬ original sound – Aaronleroy.jpg – Aaronleroy.jpg

Aaronleroy dalam komennya turut menyatakan ianya sukar untuk mencari bahan-bahan asli di Perancis jadi mereka mengambil keputusan untuk mengunakan bahan yang mudah sahaja.

Katanya, mereka sebelum ini turut menghidangkan rendang kepada ahli keluarga namun neneknya menyatakan ia terlalu pedas.

Ramai merasakan Aaronleroy adalah anak kepada Azah Aziz. Ada juga segelintir memuji sikap mereka, meskipun berada jauh dari tanah air tetapi tidak pernah melupakan makanan Malaysia.

Sementara itu, Azah di Instagram turut berkongsi video memaparkan individu sama yang cuba menyebut perkataan diberikan olehnya dalam bahasa Melayu.

“Azah Aziz weh mak dia. Masih nampak cantik”

“Bagi rasa asam pedas pula nanti, baru syok”

“Ia sangat sedap, pertama kali saya merasainya ketika berusia 8 tahun”

Recent Posts

  • Dunia
  • Trending

Gara-gara Wanita Letak Kereta Di Tempat Tak Sepatutnya, Nama Malaysia Jadi Sebutan Di Jepun

Ekoran daripada insiden 'double park' tersebut, kontraktor di Jepun terpaksa mengambil masa selama 3 jam…

2 days ago
  • Trending

Pelari Menara Terbaik Dunia Bawa 1 Beg ‘Jajan’ Dari Malaysia Untuk Kongsi Dengan Atlet Negara Lain

Antara snek zaman kanak-kanak yang dibawa di dalam bagasi Soh Wai Ching adalah keropok jenama…

2 days ago
  • News
  • Trending

Guru Didakwa Tampar, Tumbuk & Cekik 4 Pelajar Hanya Kerana Diintai Ketika Sedang Merokok

Guru sekolah agama berkenaan didakwa turut memarahi dan melemparkan kata-kata kesat kepada beberapa orang murid…

2 days ago
  • Trending

Pelancong China Kecewa Bercuti Di Malaysia, Badan Basah Kuyup Gara-gara Hujan Tak Henti

Pelancong dikenali sebagai Xiao Huihui itu mengeluh selepas terpaksa meredah hujan lebat ketika bersiar-siar di…

2 days ago
  • Trending

Kereta Terpaksa Jalan Mengundur Gara-gara Kamera Di Palang Parkir ‘Gagal’ Imbas Nombor Plat [Video]

Jelas pemilik kereta, dia terpaksa meletakkan nombor plat di bahagian depan kiri kerana ruangan tengah…

2 days ago
  • Trending

Pelajar Gigih Ulang Kaji Pelajaran Bawah Lampu Jalan Curi Perhatian Netizen [Video]

Menurut beberapa netizen, pelajar yang belajar di bawah lampu jalan itu merupakan penuntut dari Universiti…

2 days ago