Sebagai orang muda, kita seringkali dinasihatkan untuk berbuat baik dan menghormati orang yang lebih tua.
Namun pada masa kini, ada segelintir individu yang dilihat sudah tiada rasa hormat dan tidak bersikap rasional terhadap golongan warga emas ditambah pula jika warga emas itu melakukan kesalahan.
Semalam (11 Januari), tular di platform Twitter (X) video seorang warga emas dipukul oleh beberapa orang lelaki kerana didakwa menjadi punca sebuah kemalangan.
Pada awal video yang dikongsikan di akaun @MohamadYusofBi6 itu menunjukkan lelaki warga emas yang merupakan pemandu kereta Proton Saga sedang bercakap dengan seorang individu.
Walau bagaimanapun, individu itu dilihat bertindak menumbuk warga emas berkenaan melalui pintu kereta yang pada ketika itu menghalang badan warga emas tersebut.
Kemudian, datang pula seorang lelaki daripada bahagian belakang kereta dan dia turut menumbuk lelaki warga emas itu.
Orang ramai yang berada di lokasi kejadian dilihat cuba meleraikan pergaduhan tersebut apabila lelaki yang pertama itu sekali lagi bertindak memukul warga emas tersebut.
Memetik mStar, lelaki warga emas itu dipukul kerana didakwa menjadi punca kemalangan jalan raya yang melibatkan kenderaannya serta sebuah van sekolah yang membawa kanak-kanak.
Menerusi ciapan balas oleh seorang pengguna Twitter (X) turut mendakwa lelaki warga emas itu melanggar lampu isyarat merah dan berada dalam keadaan mabuk.
Kemalangan itu turut menyebabkan beberapa kanak-kanak dalam van berkenaan mengalami kecederaan.
Terbaharu, Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan mengesahkan bahawa masalah brek menjadi punca kemalangan yang membabitkan tiga kenderaan hingga berlakunya pergaduhan.
Menurut Mohd Zaid, kemalangan yang membabitkan Proton Saga, BMW dan van sekolah berlaku di persimpangan lampu isyarat Pelangi, Semenyih semalam (11 Januari) dan pihaknya menerima laporan kira-kira jam 12.15 tengahari.
“Siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada kereta Proton Saga yang dipercayai mengalami masalah brek sebelum melanggar dua lagi kenderaan.
“Akibat kemalangan itu, seorang pelajar sekolah mengalami cedera ringan,” katanya yang dipetik daripada Harian Metro.
Kes kini disiasat mengikut Peraturan 17 Kaedah-Kaedah Lalulintas 167/59.
Walau bagaimanapun, pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung pergaduhan di lokasi kemalangan.
Mohd Zaid turut memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu untuk menyalurkannya kepada Pegawai Penyiasat, Inspektor Narol di talian 019-5897115 atau mana-mana balai polis berhampiran.
KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH KAJANG 12 Januari 2024 Kes Kemalangan Melibatkan Tiga Buah Kenderaan Dan Video Viral
Posted by Polis Daerah Kajang on Thursday, 11 January 2024
Video yang telah mendapat lebih 660 ribu tontonan itu nyata menarik perhatian warganet. Rata-rata geram dengan tindakan dua individu berkenaan dan berpendapat tidak seharusnya warga emas itu dipukul dengan sebegitu rupa.
Ada juga yang berpendapat agar perkara tersebut dibawa kepada pihak berkuasa sekiranya warga emas itu terbukti bersalah.
Malah, ada warganet yang mahu pihak berkuasa menangkap individu yang mengasari warga emas itu.
Berikut antara komen netizen:
Baca Artikel Berkaitan: Kereta Myvi Dipandu Lelaki Warga Emas Switzerland Rempuh Kedai Serbaneka Stesen Minyak
Baca Artikel Berkaitan: Tular Kenderaan Dipandu Warga Emas Rempuh Kedai Nombor Ekor [Video]
Jelas penyanyi nombor satu negara itu, sekiranya seseorang mahu menegur, ia harus dilakukan dengan beradab…
Menerusi video, turut kelihatan peniaga gerai makan tersebut meletakkan seekor ayam di atas dulang yang…
Kejadian dipercayai berlaku pada awal pagi tadi (16 Mei) sebelum penemuan harimau belang itu dilaporkan…
Hasil siasatan dilakukan mendapati pihak restoran terbabit menerima pesanan mengandungi ayat menghina Islam menerusi sebuah…
Menurut kenyataan itu, ia berikutan hospital berkenaan berhadapan dengan masalah kekurangan doktor yang kebanyakannya telah…
Lelaki itu turut menasihati pemandu agar tidak kembali ke kenderaan jika semata-mata untuk melihat kebakaran…