fbpx
Now Reading
Insiden Warga Emas Dipukul Selepas Didakwa Jadi Punca Kemalangan Buat Ramai Bengang [Video]

Insiden Warga Emas Dipukul Selepas Didakwa Jadi Punca Kemalangan Buat Ramai Bengang [Video]

Difahamkan, lelaki warga emas itu dipukul kerana didakwa menjadi punca kemalangan jalan raya yang melibatkan kenderaannya serta sebuah van sekolah yang membawa kanak-kanak di Semenyih, Selangor.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebagai orang muda, kita seringkali dinasihatkan untuk berbuat baik dan menghormati orang yang lebih tua.

Namun pada masa kini, ada segelintir individu yang dilihat sudah tiada rasa hormat dan tidak bersikap rasional terhadap golongan warga emas ditambah pula jika warga emas itu melakukan kesalahan.

Lelaki Warga Emas Dipukul Oleh Beberapa Individu

Semalam (11 Januari), tular di platform Twitter (X) video seorang warga emas dipukul oleh beberapa orang lelaki kerana didakwa menjadi punca sebuah kemalangan.

Pada awal video yang dikongsikan di akaun @MohamadYusofBi6 itu menunjukkan lelaki warga emas yang merupakan pemandu kereta Proton Saga sedang bercakap dengan seorang individu.

Walau bagaimanapun, individu itu dilihat bertindak menumbuk warga emas berkenaan melalui pintu kereta yang pada ketika itu menghalang badan warga emas tersebut.

Kemudian, datang pula seorang lelaki daripada bahagian belakang kereta dan dia turut menumbuk lelaki warga emas itu.

Orang ramai yang berada di lokasi kejadian dilihat cuba meleraikan pergaduhan tersebut apabila lelaki yang pertama itu sekali lagi bertindak memukul warga emas tersebut.

Lelaki Warga Emas Didakwa Jadi Punca Kemalangan

Memetik mStar, lelaki warga emas itu dipukul kerana didakwa menjadi punca kemalangan jalan raya yang melibatkan kenderaannya serta sebuah van sekolah yang membawa kanak-kanak.

Menerusi ciapan balas oleh seorang pengguna Twitter (X) turut mendakwa lelaki warga emas itu melanggar lampu isyarat merah dan berada dalam keadaan mabuk.

Kemalangan itu turut menyebabkan beberapa kanak-kanak dalam van berkenaan mengalami kecederaan.

Masalah Brek Jadi Punca Kemalangan

Terbaharu, Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan mengesahkan bahawa masalah brek menjadi punca kemalangan yang membabitkan tiga kenderaan hingga berlakunya pergaduhan.

Menurut Mohd Zaid, kemalangan yang membabitkan Proton Saga, BMW dan van sekolah berlaku di persimpangan lampu isyarat Pelangi, Semenyih semalam (11 Januari) dan pihaknya menerima laporan kira-kira jam 12.15 tengahari.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada kereta Proton Saga yang dipercayai mengalami masalah brek sebelum melanggar dua lagi kenderaan.

“Akibat kemalangan itu, seorang pelajar sekolah mengalami cedera ringan,” katanya yang dipetik daripada Harian Metro.

Kes kini disiasat mengikut Peraturan 17 Kaedah-Kaedah Lalulintas 167/59.

Walau bagaimanapun, pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung pergaduhan di lokasi kemalangan.

Mohd Zaid turut memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu untuk menyalurkannya kepada Pegawai Penyiasat, Inspektor Narol di talian 019-5897115 atau mana-mana balai polis berhampiran.

KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH KAJANG 12 Januari 2024 Kes Kemalangan Melibatkan Tiga Buah Kenderaan Dan Video Viral

Posted by Polis Daerah Kajang on Thursday, 11 January 2024

Video Dapat Perhatian Warganet

Video yang telah mendapat lebih 660 ribu tontonan itu nyata menarik perhatian warganet. Rata-rata geram dengan tindakan dua individu berkenaan dan berpendapat tidak seharusnya warga emas itu dipukul dengan sebegitu rupa.

Ada juga yang berpendapat agar perkara tersebut dibawa kepada pihak berkuasa sekiranya warga emas itu terbukti bersalah.

Malah, ada warganet yang mahu pihak berkuasa menangkap individu yang mengasari warga emas itu.

Berikut antara komen netizen:

“Masa Ni Semua Gagah & Hebat. Bila Masuk Mahkamah, Baru Ingat Ada Bini, Anak-Anak”

“Waktu Kemalangan Memang Marah, Tapi Bila Orang Tua, Boleh Slow Down Sikit”

“Orang Tua Tu Mesti Ada Buat Salah Besar Punya Kalau Sampai Berduyun Marah Dekat Dia”

“Uncle Ni Langgar Lampu Merah & Bas Budak Balik Sekolah, Sekalipun Dia Salah, Tak Perlu Buat Macam Tu”

“Kalau Ya Pun Dia Bawa Kereta Macam Tu, Bawa Pergi Balai Terus La”

“Isunya Dah Kenapa Nak Pukul Orang, Dah Kemalangan, Claim Sajalah Insuran”

Baca Artikel Berkaitan: Kereta Myvi Dipandu Lelaki Warga Emas Switzerland Rempuh Kedai Serbaneka Stesen Minyak

Baca Artikel Berkaitan: Tular Kenderaan Dipandu Warga Emas Rempuh Kedai Nombor Ekor [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.