Demi Cinta, Lelaki Di India Kantoi Menyamar Nak Jawabkan ‘Exam’ Untuk Kekasih

Setiap pasangan yang bercinta pasti sanggup melakukan apa sahaja demi membuktikan cinta mereka.

Dari situlah wujudnya ungkapan ‘lautan api sanggup diredah’ demi menunjukkan kesungguhan mereka dalam mendapatkan cinta insan yang tersayang.

Lelaki India sanggup menyamar jadi wanita jawab peperiksaan

Perkara sama turut dilakukan oleh seorang lelaki di India apabila dia sanggup menipu dengan menyamar menjadi kekasihnya demi membantu wanita itu untuk menjawab peperiksaan.

Dalam insiden pada 7 Januari yang lalu, lelaki yang dikenali sebagai Angrez Singh berusia 25 tahun telah nekad menyamar menjadi teman wanitanya, Paramjit Kaur untuk peperiksaan kelayakan bekerja di sebuah pusat peperiksaan di Faridkot, Punjabi.

Ujian tersebut telah dilakukan di Universiti Sains Kesihatan Baba Farid, lapor India.com.

Pakai baju wanita, lipstick dan juga gelang

Demi menjayakan misi tersebut lelaki berkenaan telah tampil dengan memakai set pakaian wanita, serta muka yang ditatarias dengan gincu, bindi dan juga gelang merah.

Pada jam pertama peperiksaan berlangsung penyamaran tersebut berjalan seperti biasa, lapor WION dipetik Strait Times.

Namun pegawai universiti mula curiga selepas merasakan terdapat sesuatu yang pelik terhadap pakaian yang dipakai oleh Angrez Singh.

Polis dedah lelaki usaha keras untuk kelihatan seperti teman wanitanya

Menurut NDTV, pihak universiti kemudiannya dengan segera membuat laporan polis berhubung perkara tersebut.

Polis menjelaskan, Agrez Singh telah berusaha keras untuk menyamar malah turut menggunakan kad palsu untuk membuktikan dirinya adalah Paramjit Kaur.

Perkara itu nampak mudah namun penyamaran itu akhirnya terbongkar selepas cap jarinya gagal menunjukkan dia merupakan calon tulen pada peranti biometrik dan dia akhirnya telah ditahan oleh polis.

“Angrez Singh menyamar sebagai calon wanita yang dikenal pastu sebagai Paramjit Kaur.

“Dia kemudiannya ditangkap dan pencalonan untuk calon sebenar juga adalah tidak sah,” ujar Naib Canselor universiti berkenaa, Dr Rajeev Sud, lapor Straits Times.

Menurut pihak polis mereka masih menjalankan siasatan berhubung isu tersebut dan tindakan sewajarnya akan diambil.

Recent Posts

  • Dunia
  • Trending

Gara-gara Wanita Letak Kereta Di Tempat Tak Sepatutnya, Nama Malaysia Jadi Sebutan Di Jepun

Ekoran daripada insiden 'double park' tersebut, kontraktor di Jepun terpaksa mengambil masa selama 3 jam…

2 hours ago
  • Trending

Pelari Menara Terbaik Dunia Bawa 1 Beg ‘Jajan’ Dari Malaysia Untuk Kongsi Dengan Atlet Negara Lain

Antara snek zaman kanak-kanak yang dibawa di dalam bagasi Soh Wai Ching adalah keropok jenama…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Guru Didakwa Tampar, Tumbuk & Cekik 4 Pelajar Hanya Kerana Diintai Ketika Sedang Merokok

Guru sekolah agama berkenaan didakwa turut memarahi dan melemparkan kata-kata kesat kepada beberapa orang murid…

2 hours ago
  • Trending

Pelancong China Kecewa Bercuti Di Malaysia, Badan Basah Kuyup Gara-gara Hujan Tak Henti

Pelancong dikenali sebagai Xiao Huihui itu mengeluh selepas terpaksa meredah hujan lebat ketika bersiar-siar di…

3 hours ago
  • Trending

Kereta Terpaksa Jalan Mengundur Gara-gara Kamera Di Palang Parkir ‘Gagal’ Imbas Nombor Plat [Video]

Jelas pemilik kereta, dia terpaksa meletakkan nombor plat di bahagian depan kiri kerana ruangan tengah…

3 hours ago
  • Trending

Pelajar Gigih Ulang Kaji Pelajaran Bawah Lampu Jalan Curi Perhatian Netizen [Video]

Menurut beberapa netizen, pelajar yang belajar di bawah lampu jalan itu merupakan penuntut dari Universiti…

4 hours ago