Sebagai pengguna jalan raya, pasti kebanyakan dari kita pernah berhadapan dengan sikap tidak bertanggungjawab individu lain.
Antara yang paling kerap dijumpai adalah sikap mementingkan diri seperti meletakkan kenderaan sehingga menghalang laluan.
Ia bukan sahaja boleh mengundang bahaya malah ia juga boleh menyusah dan melambatkan urusan orang lain khususnya yang sedang dalam kecemasan.
Perbuatan ini kadang-kala boleh mengundang kemarahan kebanyakan mangsa yang terlibat hingga ada segelintir daripada mereka bertindak ‘mengajar’ individu terbabit dengan cara tersendiri.
Terbaharu, gara-gara sikap tidak bertanggungjawab pemilik dengan meletakkan kenderaan di tempat yang tidak sepatutnya, beberapa buah kereta telah diangkat dan dialihkan menggunakan forklift.
Menerusi perkongsian video di akaun TikTok @hasanpomen769, kelihatan sebuah forklift mengangkat beberapa buah kereta seperti Perodua Myvi dan Viva yang dilihat menghalang laluan masuk bengkel berkenaan.
Difahamkan, kejadian itu berlaku di sebuah bengkel kereta yang terletak di Gombak, Selangor.
Menurut pemilik video, dia mengesyaki pemilik kenderaan berkenaan memarkir kereta di sana untuk menyertai satu upacara keagamaan di Batu Caves. Pada ruangan kapsyen, dia turut meletakkan tanda pagar Thaipusam.
“Haa kome semua, nak pergi Batu Caves ye? Kalau nak pergi, pergi la tapi jangan parkir depan bengkel aku, aku ni nak meniaga.
“Maka, inilah ubatnya. Ingat-ingat sikit ye. Kalau dah kena macam ni janganlah marah ye tak?” kata pemilik bengkel berkenaan menerusi video tersebut.
Melalui video tersebut, kelihatan kenderaan berkenaan diangkat menggunakan forklift secara berhemah oleh pekerja bengkel berkenaan.
Malah, mereka juga dilihat berhati-hati bagi memastikan kenderaan tersebut tidak mengalami sebarang kerosakan ketika proses peralihan itu.
Ia kemudiannya dilihat diletakkan di tempat parkir berdekatan kawasan bengkel yang pastinya tidak menghalang laluan.
“Nak berpesta boleh, jangan la kacau orang lain ye,” tulis pemilik video berkenaan di ruangan kapsyen lagi.
Menerusi balasan di ruang komen, pemilik bengkel berkenaan mendakwa kejadian sama telah dihadapinya pada setiap tahun dan baru berkesempatan merekod tindakan berkenaan kerana tidak tahan dengan sikap pemilik kenderaan tersebut.
Video yang telah mendapat lebih 85 ribu tontonan itu nyata menarik perhatian warganet yang melihat.
Rata-rata daripada mereka menyokong tindakan pemilik bengkel terbabit yang dilihat mengalihkan kenderaan tersebut menggunakan forklift.
Malah, ada yang merasakan cara itu sesuai bagi mengajar individu yang mementingkan diri dengan meletakkan kenderaan tanpa memikirkan kesannya terhadap orang lain.
Ada juga segelintir yang bergurau mahu memiliki forklift berkenaan bagi melakukan kaedah yang sama apabila berhadapan dengan situasi tersebut.
Berikut antara komen warganet:
Baca Artikel Berkaitan: Bengang Diminta Alih Motosikal Berkuasa Tinggi, Rider Doa Peniaga Bankrap
Baca Artikel Berkaitan: Anggota Polis Trafik Disaman Gara-gara Letak Motosikal Di Tempat Letak Kenderaan OKU [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Fed Up Dengan Jiran Yang Suka Parkir Depan Rumah Anda, Peguam Ini Kongsi Langkah Yang Patut Anda Lakukan
Menurut Daiyan Trisha, dia bersyukur kerana isu ini telah membawa orang ramai untuk kembali fokus…
Jelas penyanyi nombor satu negara itu, sekiranya seseorang mahu menegur, ia harus dilakukan dengan beradab…
Menerusi video, turut kelihatan peniaga gerai makan tersebut meletakkan seekor ayam di atas dulang yang…
Kejadian dipercayai berlaku pada awal pagi tadi (16 Mei) sebelum penemuan harimau belang itu dilaporkan…
Hasil siasatan dilakukan mendapati pihak restoran terbabit menerima pesanan mengandungi ayat menghina Islam menerusi sebuah…
Menurut kenyataan itu, ia berikutan hospital berkenaan berhadapan dengan masalah kekurangan doktor yang kebanyakannya telah…