fbpx
Now Reading
Bengang Diminta Alih Motosikal Berkuasa Tinggi, Rider Doa Peniaga Bankrap

Bengang Diminta Alih Motosikal Berkuasa Tinggi, Rider Doa Peniaga Bankrap

Salah seorang pemilik motosikal berkuasa tinggi kumpulan tersebut meletakkan motornya di hadapan kedai sehingga menghalang laluan kaki lima dan peniaga lain.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Memiliki motosikal berkuasa tinggi adalah antara hobi yang diminati ramai masyarakat, tidak kira jantina lelaki ataupun wanita.

Di Malaysia, bila bercakap tentang motosikal berkuasa tinggi, lazim kita lihat kumpulan-kumpulan motosikal ini berkonvoi di jalan raya.

Rata-ratanya, kumpulan ini berkonvoi bagi memenuhi masa lapang atau sekadar hobi dan kebiasaannya mereka akan menuju ke destinasi untuk melancong atau menjalankan aktiviti-aktiviti seperti ‘cari makan’ untuk tempoh yang singkat.

Namun, tidak semua kumpulan motosikal berkuasa tinggi mematuhi undang-undang jalan raya yang ditetapkan. Ada segelintir daripada mereka yang bersikap mementingkan diri sehingga menyusahkan pengguna jalan raya lain serta orang ramai.

Parking Motosikal Sesuka Hati, Halang Laluan Pejalan Kaki

Begitu juga yang dihadapi oleh seorang peniaga kedai makan di Muar, Johor. Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook, Zahedy Zakariah, dia mendakwa sekumpulan motosikal berkuasa tinggi telah datang ke kedai berkenaan untuk menikmati sate.

Namun, apa yang mengundang kemarahan orang ramai adalah sikap mementingkan diri salah seorang pemilik motosikal berkuasa tinggi kumpulan tersebut yang sesuka hati meletakkan motornya di hadapan kedai sehingga menghalang laluan kaki lima dan peniaga lain.

Berang Motosikal Minta Dialihkan, Doa Yang Tidak Baik Kepada Peniaga

Menurut Zahedy, pemilik motosikal itu bengang apabila dia diminta untuk mengalihkan motosikalnya ke tempat letak motor yang betul.

Malah, menerusi hantaran itu, Zahedy turut mendakwa pemilik motosikal itu berang sehingga melakukan provokasi dan mahu menumbuk individu yang menegurnya.

Menerusi video yang telah mendapat perhatian warganet itu juga, kelihatan pemilik motosikal berkenaan berdoa di hadapan kedai mendoakan perniagaan peniaga itu bankrap.

“Bankrap laa kedai, insyaAllah bankrap, insyaAllah bankrap,” kata pemilik motosikal itu sambil ketawa.

Polis Tiba Setelah Aduan Dibuat, Saman Pemilik Motosikal

Menerusi video berasingan dalam hantaran itu, kelihatan polis tiba di tempat kejadian setelah menerima aduan berhubung insiden tersebut.

Pemilik motosikal itu turut disaman akibat tindakannya yang meletakkan motosikal di tempat yang tidak sepatutnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengutuk tindakan pemilik motosikal berkenaan.

Malah, ada di antara netizen yang menganggap tindakan lelaki berkenaan mencemarkan nama baik pemilik motosikal berkuasa tinggi yang lain.

Namun, ada juga yang tidak menyokong peniaga berkenaan dan berpendapat agar peniaga kedai itu sepatutnya bertolak ansur dan menunjukkan tempat letak motosikal yang bersesuaian.

Berikut antara komen netizen:

Buat Malu Kawan-Kawan Yang Lain Tu Je

Ramai Je Kereta Motor Hebat, Adab Tak Sehebat Kenderaan Dia, Sombong Pula Tu

Tetamu Datang Tunjukkan Tempat Parking, Cakap Molek-Molek

Foto: FB Zahedy Zakariah

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.