fbpx
Now Reading
Fed Up Dengan Jiran Yang Suka Parkir Depan Rumah Anda, Peguam Ini Kongsi Langkah Yang Patut Anda Lakukan

Fed Up Dengan Jiran Yang Suka Parkir Depan Rumah Anda, Peguam Ini Kongsi Langkah Yang Patut Anda Lakukan

Terdapat akta dan undang-undang yang boleh digunakan bagi mengelakkan jiran daripada parkir kereta di hadapan rumah anda.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dalam hidup berjiran, setiap individu disarankan untuk menghormati antara satu sama lain. Namun, bukan semua orang bernasib baik memperolehi jiran yang baik.

Bagi mereka yang tidak mempunyai hubungan baik dengan jirannya lazimnya disebabkan oleh beberapa masalah yang timbul akibat daripada sikap pentingkan diri sendiri.

Antaranya seperti jiran suka menyidai kain di pagar kediaman anda, membiarkan haiwan peliharaan membuang najis di laman rumah dan yang lagi teruk apabila jiran sesuka hati meletakkan kenderaan di hadapan pagar rumah kita.

Suka Parking Kereta Depan Rumah, Terpaksa Bunyikan Hon Setiap Kali Nak Keluar

Menerusi akaun Twitter MyNewsHub, tular video mengenai sebuah kereta yang diletakkan di hadapan rumah seorang wanita.

Menerusi video berkenaan, wanita tersebut terpaksa membunyikan hon sebanyak tiga kali semata-mata untuk menyedarkan tuan kepunyaan kereta tersebut untuk mengalihkan kenderaan yang diletakkan di hadapan rumah wanita itu.

Namun, usahanya hanya sia-sia kerana pemilik kereta itu tidak kelihatan selepas hon dibunyikan sehingga menyebabkan dia terpaksa berjumpa dengan pemilik kereta tersebut.

Setelah itu, baru kelihatan pemilik kereta berkenaan bertindak mengalihkan kenderaannya.

Undang-Undang & Hukuman Buat Pemilik Kereta Yang Suka Parking Sesuka Hati

Penularan video berkenaan mengundang pelbagai reaksi dari netizen. Ramai yang menyifatkan tindakan pemilik kereta meletakkan kenderaan di rumah bukan miliknya nyata menyusahkan orang lain terutama penghuni rumah terbabit.

Bayangkan sekiranya berlaku kecemasan, keadaan ini sudah pasti menyukarkan pergerakan keluar masuk tuan rumah.

Namun, tahukah anda, terdapat akta dan undang-undang yang boleh digunakan bagi mengelakkan jiran anda daripada meletakkan kenderaan sesuka hatinya di hadapan rumah anda.

Perkongsian ini yang telah dikongsikan oleh seorang peguam hartanah, Syazwan Mohd Jafri di group Facebook Tukang Apa Hari Ini pada tahun lalu menunjukkan terdapat tiga langkah undang-undang yang boleh dilakukan untuk menegur orang atau jiran yang suka meletakkan kereta di hadapan pagar rumah sekiranya teguran secara baik tidak jalan.

#1 Seksyen 48 (1), Akta Pengangkutan Jalan 1987 (APJ 1987)

Menurut Seksyen 48(1) APJ 1987, pemandu yang meletakkan kenderaan mereka dengan cara yang menyusahkan atau menghalang pengguna lain adalah merupakan satu kesalahan.

Jika individu didapati bersalah, individu boleh didenda minimum RM1,000.00 dan maksima RM5,000.00 atau penjara tidak kurang 1 tahun atau kedua-duanya.

#2 Seksyen 22, Akta Kesalahan Kecil (AKK 1955)

AKK 1955 turut menyebut tentang kesalahan meletakkan kereta di hadapan rumah orang. Mengikut Seksyen 22 AKK 1955, individu yang melanggar masuk perkarangan rumah dengan sengaja tanpa alasan munasabah boleh dikenakan denda sehingga RM50.

#3 Seksyen 48 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987

Sekiranya jiran anda masih lagi suka parking sesuka hati, anda boleh maklumkan kepada jiran anda bahawa pihak berkuasa seperti pegawai polis, pegawai JPJ dan pegawai majlis perbandaran boleh tunda kenderaan mereka di bawah Seksyen 48(2) APJ 1987.

Bagi Akta APJ 1987, undang-undang ini tidak terhad kepada kawasan perumahan sahaja. Ia boleh diguna pakai di mana-mana sahaja jalan sekiranya pemandu meletakkan kenderaan dalam kedaaan menyusahkan dan menghalang orang lain.

Selain itu bagi Seksyen 3A dan 4A APJ 1987, anda boleh melaporkan aduan pada mana-mana pihak sama ada polis, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Mungkin bagi sesetengah daripada anda merasakan kejadian seperti ini adalah satu perkara yang kecil.

Namun, bagi mereka yang menghadapi masalah ini setiap hari, tindakan jiran seperti ini sememangnya mengundang rasa sakit hati dalam diri kita. Namun, jangan risau kerana ada undang-undang yang melindungi hak anda!

Baca Artikel Berkaitan: “Dia extend rumah kenapa?” – Nota Penyewa Rumah Flat Minta Kereta Parkir Jauh Dari Pagar Rumah Undang Kecaman [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Bas Perantara MRT Tersekat Gara-Gara Ramai Pemandu Parkir Kereta Secara Haram Di Bahu Jalan [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.