fbpx
Now Reading
Isu Stoking Kalimah Allah: Jangan Sesuka Hati ‘Kutip’ Orang, PDRM Akan Ambil Tindakan Tegas

Isu Stoking Kalimah Allah: Jangan Sesuka Hati ‘Kutip’ Orang, PDRM Akan Ambil Tindakan Tegas

Pengarah JSJ Bukit Aman, Mohd Shuhaily meminta untuk bersabar serta memberikan kepecayaan sepenuhnya kepada siasatan yang dilakukan pihak polis.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini, tular di media sosial hantaran yang dibuat seorang individu berhubung isu stoking yang tertera kalimah Allah dijual KK Mart di cawangan Bandar Sunway.

Hantaran dipercayai berbaur penghinaan itu secara tidak langsung telah menimbulkan kemarahan orang ramai. Tidak lama kemudiannya tular satu video memaparkan sekumpulan lelaki yang memaksa dan merakamkan permohonan maaf lelaki terbabit berhubung isu berkenaan.

PDRM ambil tindakan tegas kepada pihak yang buat tindakan undang-undnag sendiri

Terbaharu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan pihaknya akan mengambil tindakan tegas ke atas individu yang didapati membuat tindakan undang-undang sendiri mengenai isu stoking terbabit.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain meminta untuk bersabar serta memberikan kepecayaan sepenuhnya kepada siasatan yang dilakukan pihak polis.

Katanya lagi, sekiranya ada perkara yang menggugat kenteraman awam orang ramai hendaklah membuat laporan polis terlebih dahulu.

“Kita (polis) siasat dan ambil tindakan undang-undang, biarlah kerja kuat kuasakan itu pada pihak berwajib, sekiranya ambil tindakan sendiri tidak akan redakan tapi memburukkan keadaan.

“Sebagai umat islam, di bulan barokah (Ramadan) ini kita menghayati apa sepatutnya, lebih baik konteks tidak puas hati kita zahirkan dalam bentuk laporan polis dan seperti sedia maklum apa sahaja laporan diterima akan disiasat,” jelasnya lapor Kosmo.

Buat laporan polis jika jumpa stoking bukan tularkan

Beliau dalam pada itu, turut menasihati masyarakat agar membuat laporan polis jika terjumpa baki stoking terbabit di mana-mana kedai dan tidak mengambil tindakan untuk menularkannya.

Ia bertujuan agar pihak berkuasa boleh menjalankan siasatan mengikut lunas-lunas perundangan.

Selain itu, mereka yang juga merupakan golongan agamawan diharapkan untuk tidak mengeruhkan keadaan mengenai isu stoking tersebut dengan memberikan sebarang kenyataan.

Walaupun ada yang bercakap mengenai kebebasan bersuara namun ia ada keterbatasan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.