fbpx
Now Reading
“Terbaik Bang!” – Ramai Sokong Tindakan Pemilik Bengkel Angkat Kereta Halang Laluan Guna Forklift [Video]

“Terbaik Bang!” – Ramai Sokong Tindakan Pemilik Bengkel Angkat Kereta Halang Laluan Guna Forklift [Video]

Difahamkan, kenderaan tersebut di parkir oleh individu yang menyertai satu upacara keagamaan di kawasan perindustrian di Gombak berhampiran Batu Caves, Selangor.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebagai pengguna jalan raya, pasti kebanyakan dari kita pernah berhadapan dengan sikap tidak bertanggungjawab individu lain.

Antara yang paling kerap dijumpai adalah sikap mementingkan diri seperti meletakkan kenderaan sehingga menghalang laluan.

Ia bukan sahaja boleh mengundang bahaya malah ia juga boleh menyusah dan melambatkan urusan orang lain khususnya yang sedang dalam kecemasan.

Perbuatan ini kadang-kala boleh mengundang kemarahan kebanyakan mangsa yang terlibat hingga ada segelintir daripada mereka bertindak ‘mengajar’ individu terbabit dengan cara tersendiri.

Foto: Antara Insiden Yang Pernah Tular Sebelum Ini

Kenderaan Parkir Di Laluan Masuk Bengkel, Pemilik Terpaksa Alih Guna Forklift

Terbaharu, gara-gara sikap tidak bertanggungjawab pemilik dengan meletakkan kenderaan di tempat yang tidak sepatutnya, beberapa buah kereta telah diangkat dan dialihkan menggunakan forklift.

Menerusi perkongsian video di akaun TikTok @hasanpomen769, kelihatan sebuah forklift mengangkat beberapa buah kereta seperti Perodua Myvi dan Viva yang dilihat menghalang laluan masuk bengkel berkenaan.

Difahamkan, kejadian itu berlaku di sebuah bengkel kereta yang terletak di Gombak, Selangor.

Menurut pemilik video, dia mengesyaki pemilik kenderaan berkenaan memarkir kereta di sana untuk menyertai satu upacara keagamaan di Batu Caves. Pada ruangan kapsyen, dia turut meletakkan tanda pagar Thaipusam.

“Haa kome semua, nak pergi Batu Caves ye? Kalau nak pergi, pergi la tapi jangan parkir depan bengkel aku, aku ni nak meniaga.

“Maka, inilah ubatnya. Ingat-ingat sikit ye. Kalau dah kena macam ni janganlah marah ye tak?” kata pemilik bengkel berkenaan menerusi video tersebut.

Angkat & Alih Kereta Ke Laluan Yang Lebih Elok

Melalui video tersebut, kelihatan kenderaan berkenaan diangkat menggunakan forklift secara berhemah oleh pekerja bengkel berkenaan.

Malah, mereka juga dilihat berhati-hati bagi memastikan kenderaan tersebut tidak mengalami sebarang kerosakan ketika proses peralihan itu.

Ia kemudiannya dilihat diletakkan di tempat parkir berdekatan kawasan bengkel yang pastinya tidak menghalang laluan.

“Nak berpesta boleh, jangan la kacau orang lain ye,” tulis pemilik video berkenaan di ruangan kapsyen lagi.

Menerusi balasan di ruang komen, pemilik bengkel berkenaan mendakwa kejadian sama telah dihadapinya pada setiap tahun dan baru berkesempatan merekod tindakan berkenaan kerana tidak tahan dengan sikap pemilik kenderaan tersebut.

Ramai Warganet Sokong Tindakan Alihkan Kenderaan

Video yang telah mendapat lebih 85 ribu tontonan itu nyata menarik perhatian warganet yang melihat.

Rata-rata daripada mereka menyokong tindakan pemilik bengkel terbabit yang dilihat mengalihkan kenderaan tersebut menggunakan forklift.

Malah, ada yang merasakan cara itu sesuai bagi mengajar individu yang mementingkan diri dengan meletakkan kenderaan tanpa memikirkan kesannya terhadap orang lain.

Ada juga segelintir yang bergurau mahu memiliki forklift berkenaan bagi melakukan kaedah yang sama apabila berhadapan dengan situasi tersebut.

Berikut antara komen warganet:

“Saya Pun Nak Beli Forklift, Setiap Jumaat Banyak Parkir Depan Rumah, Ini Idea Bagus”

“Bijak Boh! Biar Ada Akal Sikit, Kita Tak Marah, Tapi Biar Fikir Belakang Depan”

“Pancit Empat Tayar Sekali”

“Patut Susun Macam Mangkuk Tingkat Tu”

“Okay La Tu, Dengan Penuh Sopan Santunnya”

“Terbaik Bang! Kalau Time Cuti Tak Pa”

“Nak Kena Beli Sebijik Benda Alah Ni, Senang Alih Kereta Orang Lain”

Baca Artikel Berkaitan: Bengang Diminta Alih Motosikal Berkuasa Tinggi, Rider Doa Peniaga Bankrap

Baca Artikel Berkaitan: Anggota Polis Trafik Disaman Gara-gara Letak Motosikal Di Tempat Letak Kenderaan OKU [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Fed Up Dengan Jiran Yang Suka Parkir Depan Rumah Anda, Peguam Ini Kongsi Langkah Yang Patut Anda Lakukan

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.