fbpx
Now Reading
“Tak Payah Kecoh”- Pasangan Muda Biadab Letak Kereta Di Parkir OKU, Buat Netizen Berang [Video]

“Tak Payah Kecoh”- Pasangan Muda Biadab Letak Kereta Di Parkir OKU, Buat Netizen Berang [Video]

Apa yang menarik perhatian adalah respon ‘kurang ajar’ pasangan muda itu apabila ditegur dan diminta menunjukkan pelekat OKU oleh influencer berkenaan selepas mereka memarkir di petak OKU IOI City Mall.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Secara ringkasnya, Orang Kurang Upaya (OKU) didefinisikan sebagai mereka yang mempunyai kekurangan fizikal, mental, intelektual atau deria apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan dan manusia.

Lazimnya, bagi memudahkan pergerakan golongan istimewa ini, kebanyakan tempat telah menyediakan kemudahan khas antaranya seperti laluan ‘ramp’, tandas dan parkir khas.

Namun, ada segelintir individu yang sihat dan sempurna fizikal dilihat tidak bertanggungjawab serta mementingkan diri dengan menggunakan kemudahan tersebut.

Pempengaruh Buat Eksperimen Sosial Mengenai Parkir OKU

Perangai tidak bertanggungjawab individu yang menggunakan kemudahan OKU ini dapat dilihat menerusi eksperimen sosial yang dibuat oleh seorang influencer dengan kerjasama sebuat pusat membeli belah IOI City Mall, Putrajaya.

Menerusi video yang dikongsikan di akaun TikTok @ioicitymallmy, kelihatan influencer yang dikenali sebagai @IamZach merakam suasana di parkir OKU di pusat beli belah itu.

Video tersebut merupakan satu eksperimen sosial bagi melihat jika ada pemandu sihat yang akan menggunakan kemudahan parkir OKU di pusat membeli belah tersebut terutamanya pada hujung minggu.

“Pelanggan buat aduan, banyak orang bukan OKU letak kereta di parkir OKU. Hari ini kita tengok betul atau tidak,” kata influencer berkenaan.

Ada Individu Sihat Yang Guna Parkir OKU

Menerusi pemerhatian yang dibuat oleh influencer berkenaan, sememangnya ada individu yang tidak bertanggungjawab menggunakan parkir OKU.

Ada keluarga yang mempunyai anak kecil menggunakannya sebagai kemudahan untuk mengeluarkan kereta sorong bayi dengan mudah. Ada juga golongan muda yang sihat turut mengambil kesempatan menggunakan kemudahan itu.

Namun, apa yang menarik perhatian adalah respon angkuh pasangan muda itu apabila ditegur dan diminta menunjukkan pelekat OKU oleh influencer berkenaan.

Malah, yang lebih menyakitkan hati adalah teman lelaki kepada wanita itu dilihat mula melenting apabila sekali lagi ditegur agar tidak meletak kenderaan di parkir khas tersebut.

“You (awak) kerja sini ke apa? You tak kerja sini then you OKU ke apa?

“Kalau you bukan OKU, you bukan kerja sini, you rilek dah la, tak payah kacau-kacau lah, I (saya) nak cepat ni eh,” kata pemuda berkenaan selepas ditegur oleh influencer terbabit.

Walaupun dia mendakwa hanya meletakkan kenderaan sekejap sahaja, namun hakikatnya lelaki dan pasangannya itu hanya kembali ke kereta selepas 40 minit.

@ioicitymallmy

What are your thoughts on OKU parking usage? A social experiment in IOI City Mall, in collaboration with @IamZach #socialexperiment #ioicitymall #okuparking

♬ original sound – IOI Mall Puchong – IOI Mall Puchong

Netizen Geram Lihat Reaksi Sikap Individu Terbabit

Video tersebut turut dikongsikan di platform Twitter (X). Rata-rata netizen geram dengan respon yang diberikan oleh lelaki berkenaan apabila ditegur.

Malah, ada segelintir yang meminta agar influencer itu tidak menyembunyikan muka dan nombor kenderaan individu yang mementingkan diri itu.

Berikut antara komen netizen:

Tunjuk Je Nombor Plate & Muka Dia

Kalau Boleh, Clamp Terus, Puas Hati!

Betul La Diorang OKU, Otak Takde Pergi Parkir Dekat Tempat OKU

Ini Gaya Tak De Common Sense Pun Perempuan Boleh Nak Eh

Clamp Je Kereta Dia

Report Je Pada Guard, Complaint & Pastikan Diorang Clamp

Baca Artikel Berkaitan: “Ni Bakar Lemang Ke?” – Myvi ‘Flex’ Ekzos Berapi & Siap Letak Kereta Di Parkir OKU [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Bengang Kereta Dikunci Kerana Parkir Tempat OKU, Lelaki Ini Tak Puas Hati Dakwa Ada Kecemasan [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.