fbpx
Now Reading
Henti Muat Naik Dokumen Yang Mempunyai Data Peribadi Ke Platform Terbuka

Henti Muat Naik Dokumen Yang Mempunyai Data Peribadi Ke Platform Terbuka

Antara maklumat peribadi yang ‘bocor’ di platform Scribd adalah seperti nama penuh, nombor MyKad, salinan MyKad, gambar dan pelbagai lagi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Harus diakui salah satu perkara yang paling ditakuti di era digital ini adalah penipuan (scam) dan juga kebocoran data peribadi.

Malah sebelum ini sudah banyak berlaku insiden penipuan dan juga kebocoran data membabitkan rakyat Malaysia baik secara tidak sengaja atau disengajakan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Terbaharu kecoh media sosial dengan ‘kebocoran’ data selepas wujudnya lambakan dokumen dengan butiran peribadi di laman-laman terbuka seperti Scribd.

Difahamkan perkara ini berlaku selepas ada individu yang memuat naik dokumen-dokumen berkenaan tanpa menyedari maklumat sulit yang terdapat di dalamnya.

Isu ini mula dibangkitkan oleh blogger teknologi, Pendakwah Teknologi selepas pihaknya menyedari kewujudan banyak dokumen yang memaparkan maklumat sulit di laman Scribd.

Antara maklumat peribadi yang ‘bocor’ di sana adalah seperti nama penuh, nombor MyKad, salinan MyKad, gambar dan pelbagai lagi.

Menerusi beberapa siri hantaran, beliau mendedahkan insiden kebocoran data tersebut melibatkan banyak pihak antaranya pelajar sekolah, pekerja sektor swasta, pekerja kerajaan termasuklah peserta sebuah acara marathon.

Lebih mengejutkan beliau mendakwa turut menjumpai laporan perubatan milik seorang mangsa dera yang dimuat naik di laman Scribd.

Selain Pendakwah Teknologi, isu sama turut ditekankan satu lagi laman teknologi iaitu OMG Hackers.

Kongsi cara untuk padam dokumen sulit di Scribd

Pendakwah Teknologi menerusi satu hantaran di Facebook turut berkongsi kepada orang ramai cara untuk memadam mana-mana dokumen yang mengandungi data peribadi milik mereka di laman Scribd.

Jelasnya ia boleh dilakukan menerusi dua cara iaitu:

  1. Memohon terus di website Scribd
    Untuk menggunakan kaedah ini, anda hanya perlu layari pautan ini dan isi maklumat yang diperlukan.
  2. Hantar e-mel ke Scribd
    Anda hanya perlu menghantar e-mel ke copyright@scribd.com dengan menggunakan subject “Scribd DMCA copyright infringement notification”.

Jelasnya ada yang sudah berjaya dengan menggunakan kaedah tersebut. Malah di ruangan komen ada netizen yang mengesahkan mereka berjaya melakukannya selepas membuat aduan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.