Bagaimana Nak Reda Dengan Kematian Anak? Ini Penjelasan UAI [Video]

Kehilangan insan tersayang seperti ahli keluarga mahupun rakan-rakan sememangnya antara saat yang paling berat untuk dihadapi sesiapa sahaja.

Namun, begitulah kehidupan yang perlu ditempuhi apabila setiap pertemuan itu pastinya ada perpisahan. Segala yang ada di dunia ini hanyalah pinjaman daripada Allah SWT.

Ibu bapa tangisi kematian anak adalah perkara biasa kerana fitrah manusia

Pendakwah selebriti, Ustaz Azhar Idrus atau lebih mesra disapa UAI berkata, ibu bapa yang menangisi kematian anaknya pula adalah sesuatu perkara yang biasa kerana manusia tidak boleh lari daripada fitrah mempunyai perasaan sedih.

Namun beliau menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun Facebook rasminya berkata, Islam melarang umatnya daripada menangis sehingga meraung-raung atau erti kata lainnya ‘niyahah’.

“Menangis tiada masalah, Nabi Muhammad SAW pun menangis dan Nabi juga melarang orang menangis.

“Ada orang kata menangis tanda tak reda, bukan salah, menangis itu fitrah manusia. Yang dilarang itu ‘niyahah’ iaitu menangis meraung-raung,” katanya.

Latih diri untuk reda, percaya dan yakin semua yang berlaku atas ketentuan Allah SWT

Pun begitu, UAI berkata ibu bapa perlulah melatih diri untuk reda apabila kehilangan anak dengan kembali berpegang kepada kepercayaan dan keyakinan bahawa semua yang berlaku adalah atas ketentuan Allah SWT.

Menurutnya, umat Islam perlulah mengamalkan pemikiran kembali kepada Allah dalam setiap perkara yang berlaku.

“Kita Allah ambil satu nyawa anak, orang lain lapan anak hilang (meninggal), Jadi setiap (ujian) Allah bagi kepada kita, Allah sayang kepada kita.”

Ustaz Azhar Idrus

Umat Islam perlu ucap ‘Innalillah’ dalam setiap musibah

Menurutnya lagi, umat Islam juga perlulah mengucapkan perkataan ‘Innalilah’ untuk menjernihkan hati yang sedang bersedih ketika berlakunya sesuatu musibah.

Jelas UAI, makna ayat ‘Innalillah’ adalah kita semua merupakan kepunyaan Allah SWT dan bukannya kepunyaan diri sendiri.

“Orang beriman yang Allah sayang, bila berlaku musibah cepat mereka kata ‘Innalillah’. (Contoh) anak mati ‘Innalillah’, kereta hilang ‘Innalillah’.

“Semua Allah bagi pinjam, bila Allah bagi pinjam, ada yang Dia ambil dulu dan ada yang Dia ambil kemudian, itu sebab semua kejadian musibah kita akan jawab dulu ‘Innalillah’,” katanya lagi.

UAI menjelaskan tentang perkara itu dalam satu sesi soal jawab agama pada baru-baru ini selepas seorang individu bertanya cara untuk reda dengan kematian anak.

Recent Posts

  • Dunia
  • Trending

Gara-gara Wanita Letak Kereta Di Tempat Tak Sepatutnya, Nama Malaysia Jadi Sebutan Di Jepun

Ekoran daripada insiden 'double park' tersebut, kontraktor di Jepun terpaksa mengambil masa selama 3 jam…

2 days ago
  • Trending

Pelari Menara Terbaik Dunia Bawa 1 Beg ‘Jajan’ Dari Malaysia Untuk Kongsi Dengan Atlet Negara Lain

Antara snek zaman kanak-kanak yang dibawa di dalam bagasi Soh Wai Ching adalah keropok jenama…

2 days ago
  • News
  • Trending

Guru Didakwa Tampar, Tumbuk & Cekik 4 Pelajar Hanya Kerana Diintai Ketika Sedang Merokok

Guru sekolah agama berkenaan didakwa turut memarahi dan melemparkan kata-kata kesat kepada beberapa orang murid…

2 days ago
  • Trending

Pelancong China Kecewa Bercuti Di Malaysia, Badan Basah Kuyup Gara-gara Hujan Tak Henti

Pelancong dikenali sebagai Xiao Huihui itu mengeluh selepas terpaksa meredah hujan lebat ketika bersiar-siar di…

2 days ago
  • Trending

Kereta Terpaksa Jalan Mengundur Gara-gara Kamera Di Palang Parkir ‘Gagal’ Imbas Nombor Plat [Video]

Jelas pemilik kereta, dia terpaksa meletakkan nombor plat di bahagian depan kiri kerana ruangan tengah…

2 days ago
  • Trending

Pelajar Gigih Ulang Kaji Pelajaran Bawah Lampu Jalan Curi Perhatian Netizen [Video]

Menurut beberapa netizen, pelajar yang belajar di bawah lampu jalan itu merupakan penuntut dari Universiti…

2 days ago