fbpx
Now Reading
5 Perkara Menarik Hari Ini – 2 Feb 2024

5 Perkara Menarik Hari Ini – 2 Feb 2024

Pasangan YouTuber Tread The Globe sudah memberi klip video tidak disunting kepada polis dan Najib masih berdepan 3 kes jenayah

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Anda terlepas pelbagai perkara menarik hari ini, 2 Februari? BuzzKini akan kongsikan lima berita atau kisah menarik yang mungkin menjadi perhatian semua.

80,000 Produk Dendeng Nyet Berapi Khairul Aming Sold Out Dalam 3 Minit

Produk terbaru usahawan dan influencer, Khairul Aming iaitu Dendeng Nyet Berapi menjadi fenomena apabila sold out hanya dalam tempoh tiga minit 39 saat.

Khairul Aming juga berjaya meraih angka jualan lebih RM1.2 juta terpantas di TikTok.

Kejayaan ini juga sekaligus mencipta rekod baharu di TikTok Shop sebagai platform jualan terpantas yang berjaya mendapat RM1.2 juta.

Tread The Globe sudah berhubung dengan PDRM

Pasangan YouTuber, Tread The Globe iaitu Chris dan Marianne mengesahkan mereka sudah berhubung dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung video tular memperlihatkan seorang anggota polis trafik meminta wang RM100 dari mereka bagi menyelesaikan saman kerana memandu melebihi had laju.

Tread The Globe menerusi satu ciapan di Twitter pada Khamis (1 Feb) berkata, klip rakaman insiden yang tidak disunting bersama tarikh, masa dan lokasi kejadian telah diserahkan kepada PDRM.

Walaupun hukuman dikurangkan, Najib masih berdepan 3 kes Jenayah 

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sah diberikan pengurangan 50% bagi hukuman denda dan penjara 12 tahun yang dihadapinya oleh Lembaga Pengampunan.

Keputusan ini bermakna Najib akan dibebaskan pada tarikh pembebasan awal iaitu pada 23 Ogos 2028 selain dia akan mendatang pengurangan denda daripada RM210,000,000 kepada RM50,000,000.

Pun begitu, dia masih berdepan tiga lagi kes jenayah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur iaitu kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB)  bernilai RM2.3 bilion, kes pecah amanah pembayaran kepada International Petroleum Investment Company (IPIC) bernilai RM6.6 bilion da kes pengubahan wang haram (AMLA) membabitkan dana SRC International sebanyak RM27 juta.

Baca di sini.

Najib boleh keluar penjara seawal Januari 2025, kata Peguam

Najib boleh dibebaskan daripada hukuman penjara seawal Januari 2025 atau memohon parol bagi menjalani lebihan hukuman di luar penjara pada suku akhir tahun sama.

Menurut seorang peguam, Kitson Foong tempoh penjara enam tahun itu boleh dikurangkan sebanyak satu pertiga atau dua tahun kerana kelakuan baik.

“Oleh kerana beliau sudah jalani hukuman penjara bermula 23 Ogos 2022, iaitu kira-kira setahun lima bulan, maka tempoh itu juga akan diambil kira. Daripada jumlah itu, pengurangan akan dibuat sekali lagi dengan mengambil kira penolakan hari cuti umum, kira-kira 15 hari setahun. Oleh itu, Najib boleh dibebaskan seawal 2025 atau penghujung 2024,” kata Kitson Foong.

Baca di sini.

Selamba bakar mercun tengah jalan, 12 ahli geng kongsi gelap diberkas

12 individu ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam insiden membakar mercun dan menggantung sepanduk kumpulan kongsi gelap di Jalan Kayu Ara, Damansara, Kuala Lumpur.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abd Hamid, kesemua mereka yang berusia dari 22 hingga 68 tahun itu ditahan Bahagian Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di sekitar Kampung Sungai Kayu Ara pada jam 10 malam.

Jelas beliau pihak polis pada mulanya  terkesan satu video tular berdurasi 22 saat yang menunjukkan seorang lelaki membakar mercun sambil menghalang lalu lintas di persimpangan lampu isyarat.

“Terdapat konvoi beberapa motosikal yang mengiringi sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire yang menggantung sepanduk berunsurkan gengsterisme. Hasil siasatan mendapati video itu dimuat naik satu pemilik akaun media sosial Facebook pada 2 petang semalam dan kejadian dikesan berlaku di Kayu Ara.”

Polis turut merampas kenderaan Toyota Vellfire dan alat kawalan jauh.

“Semakan lanjut mendapati enam suspek mempunyai rekod jenayah lampau termasuk kes dadah, dikehendaki dan kes komersil di Penampang, Sabah,” katanya lagi.

KPM galak sekolah anjur majlis graduasi sederhana tapi meriah

Kementerian Pendidikan (KPM) menggalakkan pihak sekolah untuk mengadakan majlis graduasi secara sederhana namun meriah dalam meraikan semua pelajar.

Menurut Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, perbincangan di antara ibu bapa serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di sekolah masing-masing adalah asas kepada majlis graduasi.

“Jadi, perbincangan dan konsultasi dengan PIBG sangat penting dan kena selesaikan di peringkat sekolah. Kalau ada bantahan, kena diambil pandangan.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.