Rasa ‘Moody’ Nak Pergi Kerja? Dr Fadzilah Kongsi Tips Buat Korang Lebih Semangat Di Pagi Hari [Video]

Setiap di antara kita pasti melalui satu situasi apabila adakalanya berasa malas atau tidak ada mood untuk mulakan hari sebaik bangun dari tidur.

Malah adakalanya rasa itu membuak-buak sehingga membuatkan segelintir dari kita rasa tak ingin pergi bekerja, kelas dan banyak lagi.

Minda juga ketika itu sangat negatif, seolah-olah mahu sambung sahaja tidur daripada meneruskan rutin harian. Sebenarnya perkara ini adalah normal jika jarang berlaku namun baik untuk kita mengubahnya agar tidak kerap berasa negatif.

Baru-baru ini pakar motivasi terkenal, Datuk Dr Fadzilah Kamsah telah berkongsi beberapa perkara yang boleh membantu anda untuk mengatasi masalah ini.

Tanpa berlengah lagi jom kami kongsikan.

#1 Ingat matlamat pergi kerja

Sebagai manusia kita perlu sentiasa mengingatkan diri apakah matlamat dan tujuan untuk pergi bekerja.

Kami yakin setiap dari anda mempunyai pelbagai tujuan untuk bekerja antarany mencari nafkah selain mahu memajukan diri sendiri.

Maka setiap kali bangun daripada tidur set minda untuk sesuatu yang seronok contohnya perkara baru yang akan dipelajari apabila pergi bekerja, ingin menunjukkan prestasi yang baik dan sebagainya.

Ini secara tidak langsung, dapat menaikkan semangat serta membuatkan anda tak sabar untuk pergi bekerja.

Usah fikir mengenai bebanan kerja sahaja, kerana ia tidak membantu anda untuk menyelesaikannya malah akan buat anda rasa lebih murung memikirkan kerja yang tak sudah.

#2 Pemikiran positif

Pemikiran yang baik dan bagus akan bakal menentukan hari yang akan dilalui. Sebagai contoh sekiranya anda memikirkan sesuatu yang positif di waktu pagi boleh menyebabkan hari yang positif.

Oleh itu, pada waktu pagi elakkan daripada menjadi moody atau membuat perkara yang boleh memberi kesan kepada orang lain sebagai contoh menjerit atau marah tanpa sebab.

Sebolehnya jangan ada perkataan negatif yang dikeluarkan di waktu pagi, mulakannya dengan pujian atau kata-kata yang indah.

“Untuk ceriakan hari-hari kita. Cari butang-butang hijau waktu pagi,” kata Dr Fadzilah.

Menurut beliau butang hijau yang dimaksudnya adalah sesuatu perkara yang boleh membuatkan anda gembira seperti makanan, aktiviti dan sebagainya.

Jadi sekiranya secawan kopi membuatkan anda gembira untuk memulakan pagi dengan ceria maka ambil sahaja asal tidak berlebihan sehingga membawa kepada kemudaratan kesihatan.

#3 Pakai warna yang memberangsang

Memakai warna yang gelap setiap hari ke tempat kerja mungkin boleh membuatkan anda kelihatan suram.

Percaya atau tidak warna sebenarnya memberikan peranan kepada penampilan seseorang. Oleh itu, cuba warnai diri anda dengan memakai warna yang boleh memberi rangsangan.

Contohnya warna yang cerah dan lembut seperti biru, hijau, merah jambu atau kuning membuatkan seseorang kelihatan tenang.

Manakala warna yang ‘vibrant’ seperti merah, kuning atau hijau pekat pula membuatkan anda kelihatan menyerlah dan berkeyakinan tinggi.

Atau lebih mudah anda juga boleh pakai warna kegemaran kerana ini dapat membuatkan mood rasa selesa.

#4 Pasang niat berganda

Beliau dalam masa sama turut berpesan kepada orang ramai untuk memasang niat berganda sebelum pergi bekerja.

Katanya setiap niat yang dipasang akan mendapat pahala, tenaga, inspirasi, petunjuk dan keluar rumah dengan membaca ayat tersebut.

بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ الْعَلِيِّ اْلعَظِيْمِ

Ujar beliau, pesan Nabi SAW barang siapa yang keluar dengan ayat tersebut makan sepanjang perjalanan sepanjang hari akan dikawal dan dimudahkan semua urusan kita.

#5 Niat beribadah

Selain daripada tips yang dikongsikan beliau di atas, apa kata kalau tambah satu lagi rutin dengan memasang niat ‘aku bekerja untuk ibadah’.

Bekerja juga merupakan satu ibadah dan kerana itulah kita perlu mencari rezeki yang halal dan berusaha untuknya.

Memetik laporan Harian Metro, Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah hadis:

“Sesiapa yang pada petang harinya berasa lebih daripada amal usaha yang dilakukan dengan kedua tangannya sendiri, makan dia pada petang itu telah diampunkan dosanya.” (Riwayat at-Tabrani).

Jadi setiap kali anda ingin bekerja dan rasa moody cuba fikirkan ganjaran pahala yang bakal diberikan oleh Allah SWT atas setiap penat lelah mencari rezeki.

Ia pasti akan membantu anda bukan sahaja untuk gembira sebaliknya lebih bersemangat. Ini kerana, sebaga hambanya kita perlu mencari cara dan jalan untuk mendapat pahala yang lebih agar diberikan syurga suatu hari nanti.

@mfadzilahkamsah

Apa nak buat bila pagi-pagi rasa down? Jom amalkan tips dari Tok Abah ni. Niatkan sesuatu yang positif di pagi hari, insyaAllah sepanjang hari kita akan jadi positif. Anda dah positif pagi ni?😉 #FadzilahKamsah #PakarMotivasi #PakarMotivasiMalaysia #PesanTokAbah #DMFK #inspirer #healingbytokabah #healingbydmfk

♬ original sound – Dato’ Dr Fadzilah Kamsah – Dato’ Dr Fadzilah Kamsah

Recent Posts

  • Dunia
  • Trending

Gara-gara Wanita Letak Kereta Di Tempat Tak Sepatutnya, Nama Malaysia Jadi Sebutan Di Jepun

Ekoran daripada insiden 'double park' tersebut, kontraktor di Jepun terpaksa mengambil masa selama 3 jam…

3 days ago
  • Trending

Pelari Menara Terbaik Dunia Bawa 1 Beg ‘Jajan’ Dari Malaysia Untuk Kongsi Dengan Atlet Negara Lain

Antara snek zaman kanak-kanak yang dibawa di dalam bagasi Soh Wai Ching adalah keropok jenama…

3 days ago
  • News
  • Trending

Guru Didakwa Tampar, Tumbuk & Cekik 4 Pelajar Hanya Kerana Diintai Ketika Sedang Merokok

Guru sekolah agama berkenaan didakwa turut memarahi dan melemparkan kata-kata kesat kepada beberapa orang murid…

3 days ago
  • Trending

Pelancong China Kecewa Bercuti Di Malaysia, Badan Basah Kuyup Gara-gara Hujan Tak Henti

Pelancong dikenali sebagai Xiao Huihui itu mengeluh selepas terpaksa meredah hujan lebat ketika bersiar-siar di…

3 days ago
  • Trending

Kereta Terpaksa Jalan Mengundur Gara-gara Kamera Di Palang Parkir ‘Gagal’ Imbas Nombor Plat [Video]

Jelas pemilik kereta, dia terpaksa meletakkan nombor plat di bahagian depan kiri kerana ruangan tengah…

3 days ago
  • Trending

Pelajar Gigih Ulang Kaji Pelajaran Bawah Lampu Jalan Curi Perhatian Netizen [Video]

Menurut beberapa netizen, pelajar yang belajar di bawah lampu jalan itu merupakan penuntut dari Universiti…

3 days ago