Tular Kertas Ruqyah Dalam Paket Direndam & Diminum, Ramai Persoal Hukumnya [Video]
Menerusi tulisan yang tertera pada paket terbabit, difahamkan bahan yang digunakan untuk membuat dakwat dan kertas terbabit adalah ‘edible’ iaitu sesuatu yang boleh dimakan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Selain rawatan konvensional, terdapat juga rawatan alternatif yang menjadi pilihan sesetengah masyarakat seperti perubatan tradisional atau dan ruqyah.
Ruqyah merupakan satu kaedah penyembuhan dengan cara membaca ayat-ayat Al-Quran pada orang sakit yang kebiasaanya terkena gangguan jin, sihir dan sebagainya.
Tular kertas kandungi ayat ruqyah direndam dalam air dipercayai untuk diminum
Bagaimanapun, baru-baru ini tular di media sosial satu video yang memaparkan kertas yang mengandungi ayat ruqyah dimasukkan ke dalam air dipercayai untuk diminum.
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di akaun TikTok @leayanna_juan, kertas-kertas yang mengandungi ayat ruqyah itu diletakkan di dalam paket kecil yang tertera tulisan ‘ruqyah paper’.
Kertas ruqyah itu kemudiannya dimasukan ke dalam secawan air kosong sebelum dikacau dengan menggunakan stik kayu.
Dalam video terbabit, kelihatan warna air kosong yang jernih itu sedikit bertukar menjadi keruh dipercayai akibat larutan dakwat pada kertas terbabit.
Menerusi tulisan yang tertera pada paket terbabit, difahamkan bahan yang digunakan untuk membuat dakwat dan kertas terbabit adalah ‘edible’ iaitu sesuatu yang boleh dimakan.
Ramai persoal hukum gunakan kertas ruqyah untuk diminum
Video tersebut kemudiannya dikongsikan pula di laman X (Twitter) sekaligus menimbulkan persoal ramai tentang hukum melakukan perkara terbabit.
Malah segelintir netizen juga menyifatkan tindakan syarikat terbabit menjual kertas-kertas ayat ruqyah itu sebagai ‘menunggang agama’.
Jelas pengguna X lagi, ayat-ayat ruqyah yang tertera pada kertas terbabit juga perlu diteliti kerana dikhuatiri telah bercanggah dengan ayat suci Al-Quran meskipun sekiranya hukum perbuatan itu dibolehkan.
Aneh2 je kaum aku ni pic.twitter.com/3PAe1qeVkH
— Daddy Afqar (@zua_al_azmi) February 4, 2024
Syarikat yang jual ‘ruqyah paper’ bukan dari Malaysia
Untuk info, pihak yang menjual ‘ruqyah paper’ itu bukanlah dari Malaysia, sebaliknya ia sebuah syarikat dari luar negara.
Difahamkan, sepaket ‘ruqyah paper’ yang mengandungi 16 kertas ruqyah itu dijual pada harga RM134.
Berikut komen yang diberikan oleh netizen:
Assalamualaikum @drzul_albakri maaf ingin bertanya, teringgin tahu apa hukumnya buat begini?
— ZolazraiZolkapli (@Zolazrai) February 4, 2024
Pada mata kasar saya orang biasa, ianya amat aneh.
Ni mmg level jual agama ni
— Manisnya Ajwa Ini! (IzzyWafi) (@IzzyWafi) February 4, 2024
Jika boleh sekalipun. Ayat suci tu kalau delivery macam mana? Tulisan dia adakah tersusun rapi dan tepat? Badan mana pastikan ketepatan tulisan. Banyak faktor nak fikir
— H&J (@muhdhafiz753) February 4, 2024
kene tau ape sumber ink n mayb jenis paper ape yg die gune. klw dr safe sources mcm saffron ke ape baru boleh sbb bebas bahaye. klw tak, just buat mandi or spray je. but still nk kne tau, ape tu yg ditulis kat dlm, takot bukan ayat2 rukyah yg betol.
— Anas (@AnasOak08) February 4, 2024