fbpx
Now Reading
Dakwaan Digodam: Maxis Sahkan Sistem Dalaman Tidak Terjejas, Sedang Jalankan Siasatan

Dakwaan Digodam: Maxis Sahkan Sistem Dalaman Tidak Terjejas, Sedang Jalankan Siasatan

Maxis bagaimanapun telah ‘mengenal pasti insiden yang disyaki membabitkan akses tanpa kebenaran terhadap salah satu sistem milik vendor mereka.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pembekal perhidmatan teknologi, Maxis Bhd melancarkan siasatan bagi meneliti kesahihan dakwaan berlakunya pencerobohan keselamatan siber terhadap sistemnya.

Maxis dalam satu kenyataan berkata, pihaknya tidak menemui sebarang kerentanan data pada sistem dalaman mereka namun telah ‘mengenal pasti insiden yang disyaki membabitkan akses tanpa kebenaran kepada salah satu sistem milik kontraktor pihak ketiga yang berada di luar persekitaran rangkaian dalaman Maxis’.

“Kami sedang bekerjasama dengan mereka (vendor) untuk menyiasat lebih lanjut dan juga telah memaklumkan pihak berkuasa berkaitan,” kata Maxis.

Maxis bagaimanapun tidak menyebut nama kontraktor yang dimaksudkannya itu.

Tambah pertahanan tambahan untuk kurangkan risiko

Tambahnya lagi, langkah pertahanan tambahan juga sedang dilaksanakan untuk meningkatkan kemantapan sistemnya bagi mengurangkan risiko selanjutnya.

“Privasi dan keselamatan pelanggan adalah yang paling penting bagi kami, dan keutamaan berterusan kami ialah penilaian dan pembendungan yang menyeluruh. Kami akan terus menyediakan kemas kini yang diperlukan mengenai perkembangan,” tambah syarikat itu.

Kenyataan ini dikeluarkan selepas portal teknologi, Lowyat.net melaporkan satu kumpulan penggodam dengan nama R00TK1T mendakwa mereka berjaya memperolehi maklumat dan data sensitif milik Maxis Communications.

Menerusi semakan kami, bersama dakwaan tersebut turut diselitkan tangkap layar memperlihatkan maklumat beberapa router yang digunakan Maxis pada perkhidmatan broadband mereka antaranya Kaon AR2140, AR1344E, dan Huawei LG8245.

Selain Maxis, R00TK1T sebelum ini mendakwa berjaya menggodam beberapa lagi syarikat antaranya Aminia dalam siri seranganm mereka terhadap Malaysia. Malah mereka turut memberi amaran kepada kakitangan syarikat itu.

Bagi membuktikan perkara itu, mereka telah memuat naik satu tangkap memaparkan beberapa info mengenai syarikat yang mempunyai kaitan dengan Aminia.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.