Mutawwif Kongsi Perkara Yang Dilarang Ketika Ziarah Jabal Rahmah [Video]

Setiap individu yang berpeluang mengerjakan haji dan umrah pasti tidak akan melepaskan peluang untuk menziarahi Jabal Rahmah.

Jabal Rahmah yang terletak di Padang Arafah adalah tempat bersejarah yang berlakunya tiga peristiwa melibatkan tiga nabi utusan Allah SWT iaitu:

  • Nabi Adam AS dan Siti Hawa yang ditemukan semula selepas mereka dikeluarkan dari syurga lalu turun ke muka bumi.
  • Nabi Ibrahim AS bermimpi menyembelih Nabi Ismail AS untuk kali ketiga.
  • Manakala peristiwa ketiga pula turunnya wahyu Allah SWT yang terakhir kepada Nabi Muhammad SAW.

Oleh itu, ramai yang akan menziarahi Jabal Rahmah ini bukan hanya untuk mengingati peristiwa tersebut namun ada yang mengambil kesempatan untuk berdoa agar dipertemukan jodoh.

Namun terdapat segelintir darinya yang melakukan perbuatan secara berlebihan yang dilihat tersasar daripada ajaran agama Islam selain turut disifatkan khurafat.

Individu tegur pengunjung jangan lakukan perbuatan dimurkai Allah SWT ketika ziarah Jabal Rahmah

Baru-baru ini, tular di laman X (Twitter) satu video memaparkan seorang lelaki berbangsa arab telah bertindak menegur pengunjung yang seperti mengagungkan sebuah tembok yang berada di atas bukit Jabal Rahmah.

Malah dia turut mengatakan perbuatan itu dimurkai oleh Allah SWT, dan pengunjung tersebut sepatutnya meminta doa kepada Yang Maha Esa. Sehubungan itu dia, meminta orang ramai untuk berhenti melakukan perbuatan tersebut.

Mutawwif turut kongsi perbuatan yang boleh menyekutukan Allah SWT jika dilakukan di Jabal Rahmah

Susulan itu, terdapat satu lagi video yang memaparkan mutawwif Asyraf dari Rayhar Travels yang turut mengingatkan terdapat beberapa perkara tidak boleh dilakukan apabila menziarah Jabal Rahmah.

“Kita boleh lihat dekat batu di atas bukit Jabal Rahmah itu ada diletakkan sebanyak enam gambar rajah, cuma saya nak kongsikan beberapa perbuatan syirik yang boleh menyekutukan Allah SWT dan ia salah satu perbuatan dosa besar,” katanya.

Jelas mutawwif itu antara perkara yang tidak boleh dilakukan adalah berdoa sambil menghadap ke tembok di Jabal Rahmah.

“Apabila sampai sini naik bukit tak jadi masalah, tak salah pun. Tapi yang salah apabila nak mintak doa, kemudian berdoa sambil menghadap ke arah tembok yang berada di atas itu (bukit Jabal Rahmah).

Ini kerana, sebagai umat Islam kiblat kita hendaklah berdoa menghadap ke arah Kaabah.

Ada yang tulis nama pasangan pada batu Jabal Rahmah

Manakala perbuatan kedua yang dilarang dilakukan adalah menulis nama pasangan pada batu-batu di Jabal Rahmah.

“Kita boleh lihat apabila datang ke Jabal Rahmah, batu-batu ni dah jadi macam papan putih dekat dalam kelas sekolah dah iaitu diletakkan dan dituliskan nama kekasih.”

Tujuan nama itu ditulis pada batu tersebut seolah-olah ingin meminta kepada Allah SWT untuk mempertemukan mereka sebagai jodoh.

Malah perbuatan ini juga turut dilakukan oleh mereka yang bergelar suami isteri kerana ingin jodoh berkekalan.

Siap letak gambar pasangan tak menutupi aurat

Bukan hanya itu, ada juga yang bertindak meletakkan gambar pada batu tersebut. Apa yang dikesalkan apabila ada gambar yang diletakkan tidak menutup aurat.

Asyraf dalam masa sama menasihatkan umat Islam untuk tidak melakukan perbuatan yang menyekutukan Allah.

“Sesungguhnya perbuatan syirik, perbuatan menyekutukan Allah SWT adalah satu perbuatan kezaliman yang agung dan kezaliman yang besar.

“Kita takut dengan amaran Allah ini. Sesungguhnya Allah SWT itu tidak mengampun dan memaafkan mereka yang cuba menyekutu dan menyamakan Allah SWT dengan sesuatu yang lain,” ujarnya.

Tambahnya mudah-mudahan dengan menziarah Jabal Rahmah itu makin bertambah dan erat kasih sayang antara keluarga serta dikurniakan keluarga yang sakinah, mawaddah dan warahmah.

Walau bagaimanapun, menerusi pemerhatian kami video pesanan itu telah dimuat naik oleh mutawwif berkenaan pada November tahun lalu dan ia telah dikongsikan semula di laman X pada baru-baru ini.

Recent Posts

  • Dunia
  • Trending

Gara-gara Wanita Letak Kereta Di Tempat Tak Sepatutnya, Nama Malaysia Jadi Sebutan Di Jepun

Ekoran daripada insiden 'double park' tersebut, kontraktor di Jepun terpaksa mengambil masa selama 3 jam…

3 days ago
  • Trending

Pelari Menara Terbaik Dunia Bawa 1 Beg ‘Jajan’ Dari Malaysia Untuk Kongsi Dengan Atlet Negara Lain

Antara snek zaman kanak-kanak yang dibawa di dalam bagasi Soh Wai Ching adalah keropok jenama…

3 days ago
  • News
  • Trending

Guru Didakwa Tampar, Tumbuk & Cekik 4 Pelajar Hanya Kerana Diintai Ketika Sedang Merokok

Guru sekolah agama berkenaan didakwa turut memarahi dan melemparkan kata-kata kesat kepada beberapa orang murid…

3 days ago
  • Trending

Pelancong China Kecewa Bercuti Di Malaysia, Badan Basah Kuyup Gara-gara Hujan Tak Henti

Pelancong dikenali sebagai Xiao Huihui itu mengeluh selepas terpaksa meredah hujan lebat ketika bersiar-siar di…

3 days ago
  • Trending

Kereta Terpaksa Jalan Mengundur Gara-gara Kamera Di Palang Parkir ‘Gagal’ Imbas Nombor Plat [Video]

Jelas pemilik kereta, dia terpaksa meletakkan nombor plat di bahagian depan kiri kerana ruangan tengah…

3 days ago
  • Trending

Pelajar Gigih Ulang Kaji Pelajaran Bawah Lampu Jalan Curi Perhatian Netizen [Video]

Menurut beberapa netizen, pelajar yang belajar di bawah lampu jalan itu merupakan penuntut dari Universiti…

3 days ago