Profesor Dedah Dari Mana Asal Usul ‘Air Jando Pulang’ [Video]

Umum mengetahui setiap negeri mempunyai makanan tradisi yang melambangkan identiti mereka.

Sebagai contoh jika di sebelah timur tanah air antara makanan tradisi yang terkenal adalah laksam, kuih tahi itik, cek mek molek dan banyak lagi.

Manakala jika di Negeri Sembilan ia sangat terkenal dengan masak lemak cili api yang dimasak bersama santan dan kunyit, malah rasa cili membangkitkan lagi kesedapan kuah apabila di makan bersama nasi.

Selain itu, di negeri yang mengamalkan Adat Perpatih ini turut mempunyai air minuman tradisi yang diberi nama ‘Air Jando Pulang’, sejenis minuman menyegarkan.

Kisah disebalik nama ‘Air Jando Pulang’ sering menjadi tanda tanya

Meskipun rasanya sedap dan menyegarkan namun kisah di sebalik nama minuman ini sering kali menjadi tanda tanya orang ramai khususnya masyarakat di Negeri Sembilan.

Ini kerana perkataan ‘jando pulang’ itu membuatkan ramai ingin tahu apakah kisah di sebaliknya sehingga ia diberikan nama sedemikian dan adakah ia mempunyai kaitan dengan seorang wanita yang bergelar janda.

Profesor dedah kisah disebalik nama air minuman

Baru-baru ini, Felo TAMU Institut Tamadun Alam dan Tamandun Melayu (ATMA) di Universiti Kebangsaan Malaysia iaitu Profesor Madya Datuk Paduka Dr Mohd Rosli Saludin telah mendedahkan kisah di sebalik nama kepada air minuman ini.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Dr Mohd Rosli di TikTok mendedahkan air tersebut tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana wanita yang berstatus janda.

Menurut beliau awalnya kelapa akan diambil dan bahagian atasnya akan dikupas, manakala bahagian bawahnya pula diratakan.

“Kisahnya air kelapa diambil dituang ke dalam cawan. Manakala isinya (isi kelapa) dikeluarkan,” katanya.

Sebaik isi dikeluarkan ia dimasukkan semula ke dalam kelapa bersama dengan air.

“Lalu diletakkan gula anau (cecair). Kemudian diletakkan seulas, dua atau tiga ulas buah beluluk (buah kabung) yang sudah diproses tanpa gula.

“Kemudian air itu diminum dan disitulah terletak kesedapannya dan ia tidak dicampur dengan sirap, selasih, pandan mahupun gula melaka. Tidak ada.”

Proses air kelapa dikeluar dan dimasukkan semula diibaratkan seperti janda

Jelasnya ini adalah cara ‘Air Jando Pulang’ pada zaman dahulu disediakan. Katanya proses air kelapa dan isi dikeluarkan dan dimasukkan semula ke dalam kelapa itu diibaratkan seperti janda hingga wujudnya nama sebegitu.

“Lalu dinamakan sebagai ‘Jando Pulang’,” jelasnya.

Melihat di ruangan komen, ramai juga netizen yang dipercayai dari Negeri Sembilan menyatakan mereka juga baru tahu mengenai kisah di sebalik nama air tersebut.

Tidak kurang juga ada yang sebelum ini menyangkakan air tersebut dijual oleh wanita janda.

“Puluh tahun hidup dah, baru tahu ha”

“Tu dia, janda jangan fikir bukan-bukan ya. Terbaik penerangan acik”

“Dapat dekat budak hipster diletak Milo dengan cheese, lepas tu harga RM30”

Recent Posts

  • Dunia
  • Trending

Gara-gara Wanita Letak Kereta Di Tempat Tak Sepatutnya, Nama Malaysia Jadi Sebutan Di Jepun

Ekoran daripada insiden 'double park' tersebut, kontraktor di Jepun terpaksa mengambil masa selama 3 jam…

2 days ago
  • Trending

Pelari Menara Terbaik Dunia Bawa 1 Beg ‘Jajan’ Dari Malaysia Untuk Kongsi Dengan Atlet Negara Lain

Antara snek zaman kanak-kanak yang dibawa di dalam bagasi Soh Wai Ching adalah keropok jenama…

2 days ago
  • News
  • Trending

Guru Didakwa Tampar, Tumbuk & Cekik 4 Pelajar Hanya Kerana Diintai Ketika Sedang Merokok

Guru sekolah agama berkenaan didakwa turut memarahi dan melemparkan kata-kata kesat kepada beberapa orang murid…

2 days ago
  • Trending

Pelancong China Kecewa Bercuti Di Malaysia, Badan Basah Kuyup Gara-gara Hujan Tak Henti

Pelancong dikenali sebagai Xiao Huihui itu mengeluh selepas terpaksa meredah hujan lebat ketika bersiar-siar di…

2 days ago
  • Trending

Kereta Terpaksa Jalan Mengundur Gara-gara Kamera Di Palang Parkir ‘Gagal’ Imbas Nombor Plat [Video]

Jelas pemilik kereta, dia terpaksa meletakkan nombor plat di bahagian depan kiri kerana ruangan tengah…

2 days ago
  • Trending

Pelajar Gigih Ulang Kaji Pelajaran Bawah Lampu Jalan Curi Perhatian Netizen [Video]

Menurut beberapa netizen, pelajar yang belajar di bawah lampu jalan itu merupakan penuntut dari Universiti…

2 days ago