fbpx
Now Reading
RTG Singkirkan Pandelela & Nur Dhabitah Selepas Gagal Mara Ke Sukan Olimpik Paris 2024

RTG Singkirkan Pandelela & Nur Dhabitah Selepas Gagal Mara Ke Sukan Olimpik Paris 2024

Bagaimanapun, jawatankuasa RTG akan terus memantau kemajuan Pandelela dan Nur Dhabitah meskipun telah digugurkan daripada program terbabit.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Atlet terjun negara, Datuk Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri digugurkan daripada program Road to Gold (RTG) selepas kegagalan mereka dalam saingan kelayakan ke Sukan Olimpik Paris 2024 pada Kejohanan Akuatik Dunia di Doha, bulan lalu.

Koordinator RTG, Datuk Stuart Ramalingam memaklumkan tentang perkara itu semasa sidang akhbar selepas Jawatankuasa RTG selesai bermesyuarat di Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil semalam (29 Februari).

“Jawatankuasa RTG telah memutuskan untuk mengeluarkan Pandelela dan Nur Dhabitah daripada program itu. Mereka telah melakukan yang terbaik untuk membanggakan negara sepanjang tahun tetapi malangnya, di sebalik usaha terbaik, mereka tidak berjaya mara ke Sukan Olimpik Paris.

“Mereka gagal dalam Kejohanan Akuatik Dunia di Doha yang menjadi acara kelayakan terakhir awal bulan ini. Bagaimanapun, kedua-duanya akan terus menjadi sebahagian daripada Program Podium sebagai atlet elit negara,” katanya dipetik Sinar Harian.

Pandelela dan Nur Dhabitah akan terus dipantau

Menurut Stuart, jawatankuasa RTG akan terus memantau kemajuan Pandelela dan Nur Dhabitah meskipun telah digugurkan daripada program terbabit.

Selain itu, beliau berkata Program Podium juga akan bekerjasama dengan atlet dan persatuan untuk memastikan ratu terjun negara itu menerima sokongan bagi menemui semula rentak sebelum dipertimbangkan semula untuk dimasukkan ke dalam program pada masa hadapan.

Foto: Instagram/pandelela
Foto: Instagram/dhabitah_sabri

“Dengan penyingkiran atlet ini daripada program RTG, alatan latihan yang dibiayai oleh RTG seperti platform latihan gim kering baharu (5m), pusat pemulihan khusus dan papan anjal baharu yang diluluskan FINA (akan tiba tidak lama lagi) akan menjadi pelaburan jangka panjang untuk manfaat kepada semua penerjun kebangsaan,” katanya.

Bertrand Rhodict sertai program RTG

Dalam pada itu, RTG turut mengumumkan seorang lagi penerjun negara, Bertrand Rhodict menjadi atlet baru menyertai program tersebut.

Stuart berkata, Bertrand juga menjadi atlet pertama yang terpilih untuk menyertai program Fast Track. Program ini yang memfokuskan kepada atlet berusia 16-25 tahun itu bakal bermula selepas taman Sukan Olimpik 2024.

Foto: Instagram/rhodict
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.