fbpx

Pusat Hiburan Di KL Terbakar Dibaling ‘Molotov Cocktail’, Polis Buka Kertas Siasatan

Polis membuka kertas siasatan susulan kejadian pusat hiburan di Jalan Yap Kwan Seng yang dibaling bom petrol.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam (9 Mei), tular di media sosial satu video memaparkan berlaku kebakaran di sebuah pusat hiburan di Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur.

Menerusi video rakaman litar tertutup (CCTV) berdekatan pusat hiburan berkenaan turut kelihatan beberapa individu sedang berusaha cuba untuk memadamkan api di premis terbabit.

Pusat hiburan terbakar di Jalan Yap Kwan Seng dipercayai dibaling bom petrol

Tidak lama kemudiannya tular satu lagi video di media sosial dan aplikasi WhatsApp dakwaan mengatakan insiden kebakaran yang berlaku di pusat hiburan itu berpunca daripada perbuatan khianat dipercayai dibaling menggunakan bom petrol pada awal pagi semalam.

Menerusi video CCTV kelihatan empat lelaki yang menaiki dua motosikal yang berhenti di hadapan pusat hiburan berkenaan sebelum bertindak membaling objek dipercayai bom petrol di premis itu.

Sebaik melakukan tindakan itu, mereka kemudian beredar dari tempat kejadian.

Menerusi tarikh dan masa pada rakaman CCTV berkenaan insiden kebakaran itu terjadi sekitar jam 2.18 pagi, 9 Mei.

Polis buka kertas siasatan

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintendan Nazron Abd Yusof sewaktu dihubungi mengesahkan polis telah menerima laporan kes terbabit.

“Kita ada menerima laporan berhubung kejadian itu dan membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan atas kesalahan khianat dengan api.

“Siasatan lanjut berhubung kes ini sedang dijalankan. Berdasarkan rakaman CCTV itu, kejadian berlaku jam 2.18 pagi tadi tetapi masa sebenar kejadian masih disiasat,” ujarnya lapor Berita Harian.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.