fbpx
Now Reading
Anggota Polis Disiasat, Miliki Wang Tunai RM3,313 Sewaktu Buat Sekatan Jalan Raya

Anggota Polis Disiasat, Miliki Wang Tunai RM3,313 Sewaktu Buat Sekatan Jalan Raya

Selain wang tunai RM3,313, pihak JIPS turut menemukan wang sebanyak RM440 yang berada di dalam kereta.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak kebelakangan ini, isu berkaitan anggota polis yang didakwa melakukan kesalahan jenayah menjadi topik hangat di media sosial.

Perkara itu membuatkan rakyat marah dan menyifatkan individu dari unit beruniform yang melakukan tindakan tersebut tidak mempunyai integriti.

Selain turut merasakan mereka sepatutnya menjadi contoh kepada masyarakat untuk tidak melakukan perkara membabitkan jenayah dan sebagainya.

Sarjan diambil tindakan lepas jumpa RM3,313 ketika buat operasi sekatan jalan raya

Semalam (4 Februari), seorang anggota polis trafik didapati memiliki wang tunai berjumlah RM3,313 sewaktu operasi sekatan jalan raya (road block) dilakukan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan pemeriksaan itu dilakukan di kawasan pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Petaling jaya pada jam 2.30 pagi hari sama terhadap terhadap sebuah unit trafik yang sedang melakukan tugas Op Alkohol.

“Pemeriksaan adalah daripada Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) yang mendapati salah seorang anggota trafik berpangkat Sarjan memiliki wang tunai lebih kurang RM3,313. Turut ditemui wang tunai RM440 di dalam kereta,” ujarnya.

Kertas siasatan telah dibuka untuk kenal pasti wang ditemui mempunyai unsur rasuah atau sebaliknya

Kata Hussien lagi, satu kertas siasatan berhubung pemeriksaan tersebut telah dibuka bagi mengenal pasti wang yang ditemui itu mempunyai sebarang perbuatan rasuah atau pelanggaran prosedur trafik.

Beliau dalam pada itu, turut menegaskan mana-mana anggota yang terbabit dalam siasatan tersebut, akan dikeluarkan dari Bahagian Penguatkuasaan sehingga kes tersebut selesai.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara turut menegaskan agar semua Pesuruhjaya Polis, Ketua Polis Negeri serta Ketua Polis Daerah (KPD) untuk memperkasakan Peraturan 3C, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Malah beliau meminta setiap KPD untuk memaklumkan pegawai atau anggota yang melakukan kesalahan kepada Ketua Polis Negeri dan kemudian perkara itu dimaklumkan kepadanya.

Baca artikel berkaitan: Pegawai Atau Anggota Polis Terlibat Dengan Salah Laku Diminta ‘Berambus’ – KPN [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.