Anas Tahir Kongsi Kisah Pemuda ‘Dicekak’ Leher Hanya Kerana Mahu Rapatkan Saf
Niat baik pemuda yang dikenali sebagai Waqiuddin yang cuba merapatkan kakinya dengan seorang jemaah ketika solat disalah tafsir oleh individu itu dan dianggap tidak menghormati dan bersifat kurang ajar kepadanya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Solat merupakan ibadah wajib yang perlu dilakukan oleh setiap individu beragama Islam. Walaupun dibolehkan untuk solat secara sendirian namun seseorang digalakkan untuk mendirikannya secara berjemaah.
Ini kerana pahala berjemaah itu besar ganjarannya. Namun begitu, ia lebih afdal jika dilakukan di masjid kerana bertepatan dengan tujuan solat jemaah iaitu memupuk kasih sayang dan penyatuan seorang muslim.
Dalam melaksanakan ibadah ini secara berjemaah, antara perkara yang penting adalah kesempurnaan saf.
Tidak semua namun masih ada segelintir individu bersikap sambil lewa tentang perkara ini hingga ada yang melenting apabila ditegur.
Budak Lelaki Dicekak Leher Hanya Kerana Rapatkan Saf
Solat Jemaah yang sepatutnya memupuk kasih sayang antara seorang muslim tidak tercapai objektif asal apabila seorang pemuda dicekak leher hanya kerana cuba merapatkan saf.
Menerusi hantaran yang dikongsikan oleh penyampai radio, Anas Tahir di Facebook miliknya, seorang pemuda yang dikenali sebagai Waqiuddin telah dicekak leher oleh salah seorang jemaah di sebuah masjid di Bukit Jelutong, Shah Alam.
Menurut penyampai radio Zayan itu, insiden didakwa berpunca apabila Waqiuddin cuba merapatkan saf ketika solat berjemaah dengan menyentuh kakinya dengan jemaah di sebelah.
“Ini lah gayanya mereka rapatkan saf. Memang sampai bersentuh. Geng-geng muda ni memang diorang rapat betul saf. Contoh bila diorang naik rakaat yang seterusnya itu.
“Bila terjarak sikit, mereka akan cuba untuk rapatkan semula. Saya sangat puji dan sangat suka,” jelasnya.
Malah, dia turut menunjukkan gambar jari kaki yang rapat dan bersentuhan bagi memberi gambaran tentang cara Waqiuddin merapatkan saf.
Namun, niat baik pemuda itu disalah tafsir oleh salah seorang jemaah di masjid tersebut yang menganggap Waqiuddin tidak menghormati dan bersifat kurang ajar kepadanya.
Apa yang menjadi lebih teruk adalah Waqiuddin ‘dicekak’ lehernya malah tangannya ‘digrip’ ke belakang usai solat berjemaah.
“Imam baru bagi salam, dia pergi cekak belakang leher Waqiuddin, lepas tu siap jerit ‘kau kurang ajar dengan orang tua’.
“Tak cukup dengan itu, pakcik ni bangun siap grip tangan budak ni ke belakang memang boleh tergeliat. Waqiuddin tak balas pun. Kesian wey sumpah,” tulis Anas.
Simpati Dengan Nasib Yang Menimpa Pemuda
Bagi Anas, tindakan jemaah yang digelar ‘pakcik’ itu adalah tidak sopan. Ini kerana dia berpendapat individu berkenaan seharusnya menyelesaikan isu tersebut dengan cara yang baik.
“Kau kan pakcik, kalau kau rasa budak tu kurang ajar pun, kau tak boleh settle belakang ke? Imam baru istighfar kau dah meroyan,” tulisnya lagi.
Malah, Anas turut bersimpati dengan nasib yang menimpa pemuda berkenaan. Rasa bersalah turut timbul dalam dirinya kerana tidak membantu menghalang perbuatan individu terbabit.
“Adik, abang minta maaf, rasa bersalah tak tolong halang pakcik tu. Kau kuat dik. Dapat tahan sabar.
“Abang doakan awak satu hari nanti, awak akan jadi imam yang satu masa dulu digelar kurang ajar sebab rapatkan saf,” tulis Anas lagi.
BAKAL IMAM KURANG AJAR!! Gmbr 1 – Waqiuddin, budak muda yang saya selalu nmpk berjemaah di masjid Bukit Jelutong. Geng2…
Posted by Cikedoong MT on Tuesday 7 May 2024
Hantaran Jadi Perhatian
Hantaran tersebut nyata mendapat perhatian ramai. Rata-rata berang dengan tindakan individu bergelar pakcik terhadap pemuda itu.
Bagi mereka, tidak sepatutnya dia mencekik leher pemuda yang berniat baik itu.
Malah, ada juga yang berpendapat perbezaan tentang pengetahuan dalam agama tidak menghalalkan seseorang untuk mencederakan orang lain.
Ada juga segelintir warganet yang memberikan pendapat masing-masing berhubung isu ini. Ada yang berpendapat merapatkan saf adalah dengan cara kaki jemaah perlu bertemu atau bersentuh.
Namun, ada juga yang berpendapat keutamaan bersentuh itu adalah dengan cara merapatkan bahu.
Sebagai info, cara merapatkan saf solat yang betul pernah dijelaskan oleh pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus (UAI).
Menurut pendakwah itu, cara sebenar adalah merapatkan saf dengan memastikan bahu tidak renggang dan tumit diratakan.
“Rapat itu maknanya bahu tidak jauh. Sekarang ni ramai salah faham kaki kena sama. Bukan kaki dalam kitab-kitab ulama tapi bahu.
“Bahu jangan renggang bukan rapat sampai ‘belok’, maknanya jangan sampai boleh telus orang.
“Kaki macam biasa sejengkal, kaki dia dengan kaki dia,” jelasnya.
Namun, harus diingatkan ada umat Islam di luar negara antaranya seperti United Kingdom (UK) dan juga di beberapa negara arab turut mengamalkan kaedah kaki bersentuhan sebagai salah satu cara merapatkan saf selain bahu.
Berikut antara komen warganet:
Dia Cakap Kurang Ajar Sebab Tak Boleh Bersentuh Ke? Sedihnya
Apa Yang Orang Tua Tu Tak Puas Hati Dengan Budak Tu?
Awareness Rapatkan Saf Dengan Kaedah Betul Ni, Orang Lama Tak Berapa Faham
Jarak Antara Kaki Kiri Dengan Kanan Hanya Perlu Sebanyak Lebih Kurang Sejengkal
Kalau Ikut Perbahasan Ulama, Kaki Pun Kena Rapat
Baca Artikel Berkaitan: “Jahil & Keras Kepala” – Jemaah Wanita Enggan Rapatkan Saf Di Masjid Raih Perhatian Ramai
Baca Artikel Berkaitan: Jemaah Wanita Lebih Baik Solat Di Rumah Kalau Enggan Rapatkan Saf Secara Sempurna – Bekas Mufti Pahang