“Duit Turkiye Jatuh, Tapi…” – Influencer Dedah Kesan Buruk Kejatuhan Lira, Kos Melancong Meningkat [Video]

Turkiye merupakan antara destinasi tumpuan rakyat Malaysia yang ingin melancong ke luar negara kerana keindahan alamnya serta sejarah-sejarah Islam yang ada.

Tidak hanya itu, status Turkiye sebagai negara dengan majoriti penduduk beragama Islam juga memudahkan lagi urusan para pelancong Muslim dari Malaysia untuk mencari makanan-makanan halal.

Bagaimanapun, sejak beberapa tahun yang lalu, mata wang Turkiye yang dikenali sebagai Lira sudah mulai merosot sekali gus memberi kesan terhadap harga barangan dan makanan di sana.

Influencer luah tentang kejatuhan mata wang Turkiye

Seorang influencer yang dikenali sebagai Halim Ahmad atau ‘Abang Nasyid’ turut meluahkan perkara sama apabila dia yang kini berada di Turkiye juga terkesan dengan kejatuhan mata wang terbabit.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya @halim.ahmad, Halim berkata 1 Lira pada ketika ini bersamaan dengan RM0.16.

“Hari ini kita nak cerita tentang kejatuhan mata wang Turki, tahun 2013 dahulu saya datang, harga sebotol mineral 1 Lira di mana waktu itu bersamaan dengan RM1.70.

“Dan sekarang tahun 2024 ini, 1 botol air mineral yang dahulunya 1 Lira kini bersamaan dengan RM0.16, maksudnya duit Turki jatuh sangat-sangat, inflasi sangat teruk,” katanya.

Kejatuhan mata wang Turkiye tak beri manfaat, harga dinaikkan berlipat kali ganda

Menurutnya, bagaimanapun kejatuhan mata wang Turkiye itu tidak memberi kesan positif kepada pelancong-pelancong luar negara memandangkan harga barang di sana dinaikan berlipat kali ganda.

“Kita rasa kalau duit dia (Turkiye) jatuh kita seronok shopping, tapi tak. Dia tak jual dengan harga 1 Lira (satu botol mineral) tapi dia naikkan harga jadi 10 Lira contohnya, naik berkali-kali ganda.

“Begitu juga dengan perkara lain contohnya makanan, kalau dulu kita boleh dapat dengan harga 35 Lira satu pinggan atau satu hidangan, (tapi) sekarang harga dia jadi 350 Lira,” katanya lagi.

Dua orang makan di Turkiye kena bayar RM160, dulu RM50 sahaja

Berdasarkan pengalamannya yang berada di Turkiye, Halim berkata dia kini dikenakan bayaran lebih kurang 1,000 Lira (kira-kira RM160) untuk dua orang makan di sebuah restoran berbanding RM50 sewaktu kunjungannya pada tahun 2013.

Berdasarkan semakan terbaharu kami, nilai mata wang Lira ketika ini berada pada sekitar 0.15 jika dibandingkan dengan 1 Ringgit Malaysia.

Carta yang ditunjukkan di bawah oleh Google Finance dalam tempoh lima tahun juga mendedahkan bahawa nilai mata wang Turkiye terus menurun.

Kejatuhan teruk mata wang Turkiye sejak berdekad lamanya ini bukan sahaja memberi kesan terhadap pelancong, bahkan menjadi satu episod sengsara buat masyarakat di sana seolah tiada penghujungnya apabila harga barang setiap hari tidak menentu dan melambung tinggi.

Eksperimen ekonomi pramatang oleh Erdogan punca kejatuhan Lira?

Memetik Kosmo, para analisis percaya bahawa kejatuhan Lira berpunca daripada ‘eksperimen’ ekonomi pramatang oleh Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan yang telah memerintah negara itu hampir dua dekad.

Keputusan Erdogan untuk mengekalkan pendekatan ‘perang ekonomi sara diri’ juga berisiko menaikkan inflasi, selain meningkatkan kadar pengangguran serta tahap kemiskinan rakyat.

Kejatuhan lira juga dikatakan berlaku kerana dasar ekonomi negara tersebut yang mengekalkan kadar faedah rendah bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan potensi eksport dengan mata wang kompetitif.

Baca Artikel Berkaitan:

Recent Posts

  • Dunia
  • Trending

Gara-gara Wanita Letak Kereta Di Tempat Tak Sepatutnya, Nama Malaysia Jadi Sebutan Di Jepun

Ekoran daripada insiden 'double park' tersebut, kontraktor di Jepun terpaksa mengambil masa selama 3 jam…

2 days ago
  • Trending

Pelari Menara Terbaik Dunia Bawa 1 Beg ‘Jajan’ Dari Malaysia Untuk Kongsi Dengan Atlet Negara Lain

Antara snek zaman kanak-kanak yang dibawa di dalam bagasi Soh Wai Ching adalah keropok jenama…

2 days ago
  • News
  • Trending

Guru Didakwa Tampar, Tumbuk & Cekik 4 Pelajar Hanya Kerana Diintai Ketika Sedang Merokok

Guru sekolah agama berkenaan didakwa turut memarahi dan melemparkan kata-kata kesat kepada beberapa orang murid…

2 days ago
  • Trending

Pelancong China Kecewa Bercuti Di Malaysia, Badan Basah Kuyup Gara-gara Hujan Tak Henti

Pelancong dikenali sebagai Xiao Huihui itu mengeluh selepas terpaksa meredah hujan lebat ketika bersiar-siar di…

2 days ago
  • Trending

Kereta Terpaksa Jalan Mengundur Gara-gara Kamera Di Palang Parkir ‘Gagal’ Imbas Nombor Plat [Video]

Jelas pemilik kereta, dia terpaksa meletakkan nombor plat di bahagian depan kiri kerana ruangan tengah…

2 days ago
  • Trending

Pelajar Gigih Ulang Kaji Pelajaran Bawah Lampu Jalan Curi Perhatian Netizen [Video]

Menurut beberapa netizen, pelajar yang belajar di bawah lampu jalan itu merupakan penuntut dari Universiti…

2 days ago