fbpx
Now Reading
“Enjoy Macam Makan Kenduri” – Rakyat Malaysia Masak Sate & Kuah Kacang Untuk Rakan Sekerja Di Korea [Video]

“Enjoy Macam Makan Kenduri” – Rakyat Malaysia Masak Sate & Kuah Kacang Untuk Rakan Sekerja Di Korea [Video]

Difahamkan, lelaki dikenali sebagai Fikri Akram selalu memasak pelbagai juadah dari Malaysia untuk rakan sekerja warga Korea termasuklah Sate, Nasi Lemak Pandan dan banyak lagi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum sedia maklum, Malaysia bukan sahaja terkenal dengan warisan, kepelbagaian kaum dan budaya yang unik, malah makanan yang pelbagai juga menjadi tumpuan orang ramai.

Jika anda sering tonton video traveller, ramai pelancong asing yang sanggup melawat negara ini bagi merasai sendiri kelazatan makanan dan juadah tempatan.

Ramai juga di kalangan rakyat Malaysia yang menetap di luar negara tidak putus untuk mempromosikan makanan enak dari negara ini. Seperti sebelum ini, beberapa orang makcik di Jepun telah memuji Bihun Goreng yang dimasak oleh seorang cikgu lelaki dari Malaysia.

Baca Artikel Berkaitan: “Sedap”- Acik-Acik Jepun Gembira Makan Bihun Goreng Dimasak Lelaki Malaysia [Video]


Lelaki Masak Juadah Dari Malaysia Untuk Rakan Warga Korea

Situasi lebih kurang sama berlaku apabila seorang lelaki dikenali sebagai Fikri Akram menerusi perkongsian di laman TikTok (@fikriakram91) telah menyediakan makanan dari Malaysia buat rakan sekerja warga Korea.

Difahamkan Fikri kini sedang bekerja di sebuah syarikat yang terletak di Seoul, Korea Selatan.

Menerusi klip video berkenaan, kelihatan Fikri sedang menyediakan hidangan sate, kuah kacang berserta nasi impit yang rata-rata digemari seluruh rakyat Malaysia.

Pada minit awal perkongsian, Fikri telah menunjukkan proses memasak juadah itu ‘from scratch’. Memang nampak macam pro!

Sumber: TikTok (@fikriakram91)

Siap Makan Bertambah

Rakan sekerja di Seoul Korea pula dilihat teruja dengan masakan 140 batang cucuk sate yang disediakan dengan air tangan Fikri sendiri. Siap ada yang mengambil gambar melihat keunikan makanan dari Malaysia.

Masakan Fikri terbukti lazat selepas rakan-rakannya lain menikmati sate itu, siap ada yang tambah lagi!

First time mereka makan sate dengan kuah kacang! Semua enjoy makan macam kenduri. Alhamdulillah, gembira bila semua suka.

Fikri Akram.
Sumber: TikTok (@fikriakram91)

Menurut salah seorang rakannya, makanan disediakan pada hari itu adalah sama lazat dengan hidangan Nasi Lemak Pandan yang turut dimasak oleh Fikri sebelum ini.

Perkongsian Fikri yang positif ini telah mencuri perhatian ramai dengan jumlah tontonan sebanyak 1.4 juta setakat jam 12 tengahari hari ini (8 Mac).


Netizen Puji Fikri Kerana Perkenalkan Makanan Korea

Menjengah ke ruangan komen, ramai pengguna laman TikTok dilihat memuji kerajinan Fikri kerana menyediakan makanan untuk rakan-rakan selain mempromosikan juadah Malaysia kepada orang luar.

“Saya bangga dengan kamu sebab berusaha untuk memperkenalkan makanan Malaysia kepada mereka (pekerja warga Korea),” ujar seorang netizen.

Sumber: TikTok (@fikriakram91)

Oleh disebabkan sikap murni diserlahkan oleh Fikri, ramai di kalangan warganet dilihat menitipkan doa agar lelaki itu dilimpahkan rezeki yang luas.

“Harap dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan sebab selalu bagi makanan dekat kawan-kawan, terbaik abang,” kata seorang individu.

Sumber: TikTok (@fikriakram91)

Sementara itu, ramai netizen berharap agar Fikri tidak jemu untuk terus memasak makanan Malaysia untuk rakan-rakan kerjanya.

“Masak lagi bang. Suka la tengok mereka ni makan. Nanti kongsi perjalanan puasa di sana ya,” jelas seorang wanita.

Sumber: TikTok (@fikriakram91)

Fikri Selalu Masak Juadah Malaysia Untuk Rakan Sekerja

Kalau anda nak tahu, Fikri sering kali berkongsi hantaran di mana dia memasak juadah Malaysia yang terkenal buat rakan-rakan di tempat kerja dan mengajar mereka makan menggunakan tangan.

Bukan sahaja Sate dan Nasi Lemak Pandan malah dia juga pernah menyediakan Roti Jala dengan kuah kari yang pekat.

Bahkan, Fikri juga pernah membeli Kek Tapak Kuda yang sejak kebelakangan ini viral di Malaysia khas buat mereka.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Mechamato Terima Sambutan Hangat, Kanak-kanak Jepun Siap ‘Request’ Kuih Karipap

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Rakyat Malaysia Jual Sate Di Australia, Raih Jualan Hingga 400 Batang Dalam Tempoh 3 Jam

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.