Setiap yang bergelar suami pasti ingin membahagiakan isteri tercinta dengan pelbagai perkara seperti kemewahan, keselesaan serta banyak lagi.
Malah terdapat juga segelintir darinya menghadiahkan isteri dengan barangan yang disukai sebagai salah satu cara untuk menunjukkan penghargaan serta tanda kasih sayangnya.
Perkara sama turut dilakukan oleh seorang usahawan, Syed Muhammad Syah Hasif Syed Othman, 32, yang sanggup menghabiskan modal sekitar RM12,000 untuk menjahit sepasang telekung bertatahkan Swarovski buat isterinya.
Menerusi video yang dikongsikan oleh usahawan tersebut di TikTok miliknya, dia turut menunjukkan proses menjahit telekung berkenaan dengan menggunakan beberapa kain termasuk lace (renda) sebelum menghiasinya dengan batu-batu Swarovski.
Jelasnya, telekung itu merupakan pakaian istimewa yang dijahit untuk dipakai isterinya bagi menunaikan solat Tarawih sempena bulan Ramadan ini.
Malah dia turut merahsiakan proses membuat telekung itu kerana ingin memberi kejutan buat isteri tersayang.
“Hang jangan bagitahu dekat Fatin (isteri) na, aku tak nak dia tahu sebab ni hadiah special untuk aku bagi dekat dia sempena bulan puasa. Jadi ini pakaian untuk isteri saya pakai untuk Tarawih. Nanti ni penuh batu-batu Swarovski. Saya buat sendiri tau.
“Anggaran harga untuk telekung Swarovski yang saya buat untuk isteri saya ni lebih kurang dalam harga RM12,000 macam tu. Sebab batu-batu Swarovski ni adalah batu original. Alhamdulillah Allah SWT bagi saya rezeki luar jangkaan dalam tempoh beberapa bulan ni. Alhamdulillah, jadinya ini hadiah istimewa untuk isteri saya dan sebagai tanda penghargaan. Sebab dia buat laksa hari-hari,” ujarnya.
Menurut Syed isterinya itu tidak pernah meminta apa-apa sebelum ini, dan tidak sabar untuk melihat wanita itu memakai telekung berkenaan.
Bukan hanya itu, dia juga menjelaskan dengan memberikan hadiah itu dia juga secara tidak langsung turut mendapat pahala setiap kali isterinya memakai telekung tersebut.
Sewaktu menerimanya kelihatan Fatin sangat gembira dan sering tersenyum meneliti setiap perincian telekung berkenaan serta mengucapkan terima kasih kepada sang suami.
“Terima kasih abang sebab buatkan telekung yang cantik,” kata Fatin sebelum pasangan itu pergi ke masjid untuk menunaikan solat Tarawih pada malam tadi (11 Mac).
Katanya sebelum ini, Fatin ada melihat seorang usahawan memiliki telekung yang indah dan cantik dengan taburan Swarovski dan menyatakan keinginannya untuk merasa memakai telekung seperti itu.
“Tapi isteri saya tak minta pun, masing-masing yang ikuti kami pun sedia maklumkan isteri saya bukan jenis suka minta macam-macam dan ikut sahaja cakap suaminya ini.
“Alhamdulillah saya memiliki isteri yang baik macam ni,” kata Syed di ruang kapsyen.
Usahawan itu turut merasakan dia tidak membazir kerana pakaian itu disediakan untuk menghadap Allah dan bersyukur atas rezeki yang diberikan Allah.
“Harta yang ada ni, ada hak untuk isteri saya merasa, jadinya saya kena lebih kuat dan rajin lagi usaha untuk bagi isteri dan anak-anak kami bahagia Insya-Allah. Terima kasih semua yang sokong kami selama ini sehingga kami dikenali dan disayangi oleh semua.”
Ekoran daripada insiden 'double park' tersebut, kontraktor di Jepun terpaksa mengambil masa selama 3 jam…
Antara snek zaman kanak-kanak yang dibawa di dalam bagasi Soh Wai Ching adalah keropok jenama…
Guru sekolah agama berkenaan didakwa turut memarahi dan melemparkan kata-kata kesat kepada beberapa orang murid…
Pelancong dikenali sebagai Xiao Huihui itu mengeluh selepas terpaksa meredah hujan lebat ketika bersiar-siar di…
Jelas pemilik kereta, dia terpaksa meletakkan nombor plat di bahagian depan kiri kerana ruangan tengah…
Menurut beberapa netizen, pelajar yang belajar di bawah lampu jalan itu merupakan penuntut dari Universiti…