Umat Islam di seluruh dunia termasuk Malaysia pasti sudah melakukan pelbagai persiapan untuk menyambut bulan Ramadan yang telah bermula pada hari ini (12 Mac).
Selain mempersiapkan diri untuk memperbanyakan amal ibadah, ada juga yang telah membeli pelbagai barangan dapur untuk dimasak ketika berbuka puasa dan bersahur.
Namun, lain pula dengan kisah satu keluarga ini apabila ujian menimpa mereka di saat bakal menyambut bulan Ramadan.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @paansam, kelihatan sebuah rumah kampung yang dipercayai didiami oleh keluarga terbabit hangus dijilat api dalam satu kebakaran.
Lebih memilukan, kejadian tersebut berlaku di hadapan mata mereka tanpa boleh melakukan apa-apa kerana keadaan api yang marak terlalu besar.
“Semoga dipermudahkan segala urusan,” ringkas tulis pemilik video yang dikenali sebagai Farhan Sam.
Dalam video sama, turut kelihatan pihak bomba sedang bertungkus lumus memadam kebakaran itu yang berlaku di Kampung Lahar Yooi, Tasek Gelugor, Pulau Pinang.
Memetik laporan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tasek Gelugor di Facebook, kejadian dikatakan berlaku sekitar pukul 6.58 petang pada Ahad lalu (10 Mac).
10 anggota BBP Tasek Gelugor dan 10 anggota bantuan BBP Kepala Batas telah ke lokasi kejadian sejurus menerima maklumat berhubung kebakaran itu.
Menjengah ke ruangan komen di TikTok pula, rata-rata pengguna media sosial turut bersimpati dengan musibah yang melanda keluarga berkenaan.
Susulan itu, kebanyakan netizen turut menitipkan doa agar mereka diberikan kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi ujian ini.
Malah, ada juga yang memberi cadangan agar ada pihak yang sudi membuka tabung derma supaya orang ramai dapat membantu dengan menyalurkan sedikit wang bagi meringankan beban keluarga itu.
Ekoran daripada insiden 'double park' tersebut, kontraktor di Jepun terpaksa mengambil masa selama 3 jam…
Antara snek zaman kanak-kanak yang dibawa di dalam bagasi Soh Wai Ching adalah keropok jenama…
Guru sekolah agama berkenaan didakwa turut memarahi dan melemparkan kata-kata kesat kepada beberapa orang murid…
Pelancong dikenali sebagai Xiao Huihui itu mengeluh selepas terpaksa meredah hujan lebat ketika bersiar-siar di…
Jelas pemilik kereta, dia terpaksa meletakkan nombor plat di bahagian depan kiri kerana ruangan tengah…
Menurut beberapa netizen, pelajar yang belajar di bawah lampu jalan itu merupakan penuntut dari Universiti…