Sejak 10 dan 11 Mac lalu semua ibu bapa sibuk menghantar anak mereka ke sekolah memandangkan sesi persekolahan 2024 telah bermula.
Malah apabila tibanya sesi persekolahan baru pelbagai gelagat pelajar serta ibu bapa yang dapat dilihat khususnya bagi yang baru menjejakkan kaki ke tahun satu.
Maklumlah apabila ke sekolah baru dan berjumpa dengan rakan serta guru yang baharu ada yang sedikit kekok dan takut. Manakala para ibu bapa pula ada yang terlalu excited dan ada juga terlalu risau memikirkan anak, jadi pelbagai ragam yang dapat dilihat.
Baru-baru ini, tular satu video di TikTok memaparkan pelawak dan pelakon, Shahrol Shiro yang tersalah menghantar anaknya ke sekolah lain.
Menerusi video tersebut, Shahrol memaklumkan dia telah menerima panggilan daripada seorang guru dari Sekolah Kebangsaan Kampung Melayu di Johor Bahru selepas menghantar anaknya ke sekolah itu pada suatu pagi.
Cikgu itu kemudian meminta Shahrol untuk hadir ke sekolah kerana ada perkara yang ingin dibicarakan tentang anak lelakinya yang dikenali sebagai Rizqi.
Mungkin bimbang sebaik menerima panggilan itu, dia kemudian bertanya adakah anak lelakinya itu ada membuat apa-apa kesalahan. Namun guru itu menjawab Rizqi tidak membuat sebarang kesalahan sebaliknya Shahrol yang bersalah. Ini kerana, Shahrol yang juga Ahli Majlis Perbandaran Kluang (MPK) telah tersilap menghantar anak ke sekolah lain.
“Awak salah hantar anak awak ke sekolah. Ini bukan sekolah anak awak,” ujarnya.
Shahrol kemudian bergegas ke sekolah, dan sampai sahaja di pejabat kelihatan Rizqi sudah menuggu bapanya bersama beberapa guru dan kakitangan lain. Sharul dalam masa sama turut menjelaskan keadaan sebenar mengapa dia menghantar anaknya ke sekolah tersebut.
“Yang uruskan dua hari tu mak dia, ini hari yang ke-2 saya nak hantar. Dalam otak saya, orang rumah (isteri) selalu cakap kita hantar di SK Kampung Melayu. Kata otak saya ni di sekolah Kampung Melayu.
“Kata orang rumah saya tadi hantar anak dekat mana? Saya kata Sekolah Kampung Melayu lah.
“Dia (Rizqi) Sekolah Tunku Mahmood (jawab si isteri),” cerita Shahrol kepada guru berkenaan. Turut kedengaran para guru tertawa kerana terhibur dengan insiden itu.
Shahrol turut memohon maaf kepada Rizqi dan mengakui itu adalah silapnya. Sampai di dalam kereta Shahrol bertanya mengapa Rizqi itu tidak memaklumkan itu bukan sekolahnya.
“Sebab Iqi (Rizqi) tak nampak, jadi Iqi macam yelah ni sekolah Iqi. Yelah-yelah masuk jelah,” kata si kecil yang baru sahaja masuk ke tahun 1.
Ujar Shahrol lagi sebelum Rizqi menyedari dia tersalah sekolah, kanak-kanak itu sempat masuk ke kelas dan mula berasa pelik apabila melihat keadaan padang sekolah tidak sama seperti yang pernah dilihatnnya sebelum ini.
Dia lalu memaklumkan kepada guru bahawa sudah tersalah sekolah. Seraya guru itu melihat namanya ternyata benar dia bukan pelajar sekolah berkenaan.
Melihat di ruangan komen, ramai yang terhibur dengan insidden tersebut malah ada juga yang menyatakan jarak antara SK Kampung Melayu dengan SK Tunku Manmood sangat jauh.
Tidak kurang juga ada yang berkongsi pengalaman pernah berdepan dengan situasi yang sama.
Pemuda berkenaan dilaporkan telah membeli shawarma ayam berkenaan pada 3 Mei sebelum berasa sakit perut…
Menerusi video tersebut, bapa wanita itu dilihat langsung tidak menoleh dan hanya menawarkan kuih yang…
Lebih menarik lagi, adik Abu Dabith juga dilihat bijak mengatur strategi dengan menghantar bulu tangkis…
Menurut lelaki berkenaan, seseorang yang ingin menjadi makmum hanya perlu berdiri bersebelahan individu berkenaan dan…
Menurut UAI, sekiranya perkara itu haram, Nabi Muhammad SAW akan menjelaskannya untuk dijadikan panduan buat…
Apa yang menjadi perhatian adalah menu ZUS Coffee yang dihidangkan secara percuma khusus buat tetamu…