Tindakan Produk Kecantikan Kaburkan Muka Ruhainies Dalam Iklan Ramadan Raih Pujian Ramai [Video]

Sejak minggu lalu, dunia hiburan negara dikejutkan dengan kontroversi membabitkan dua pelakon terkenal iaitu Aliff Aziz dan Ruhainies selepas terdapat dakwaan mereka ditangkap khalwat di sebuah kondiminium mewah, Kuala Lumpur.

Isu itu secara tidak langsung telah menarik perhatian ramai kerana Aliff merupakan seseorang yang berstatus suami kepada Bella Astillah manakala aktres berkenaan turut mengenali dengan rapat isteri aktor berkenaan.

Ekoran daripada kejadian itu, kebanyakan pihak termasuklah rakan-rakan selebriti menyelar tindakan dua pelakon berkenaan dan menyifatkan isu seperti itu tidak sepatutnya berlaku kerana ia boleh memburukkan industri seni.

Malah ada juga yang mencadangkan agar nama pelakon berkenaan digugurkan sahaja daripada sebarang tawaran.

Produk kecantikan kaburkan muka Ruhainies dalam iklan Ramadan

Terbaharu sebuah jenama produk kecantikan, Kitsui mengundang perhatian ramai apabila bertindak mengaburkan wajah Ruhainies daripada video iklan ucapan berbuka puasa sempena Ramadan tahun ini.

Menerusi video tersebut, produk kecantikan berkenaan telah mengambil sebanyak tiga selebriti iaitu Wany Hasrita, Hisham Hamid dan juga Ruhainies untuk membuat ucapan selamat berbuka puasa sambil memegang air minuman keluarannya.

Mohon maaf dan tak sokong sebarang perbuatan tak baik dan kontroversi

Malah produk kecantikan itu turut memaklumkan pihaknya tidak menyokong mana-mana pihak yang terpalit dengan kelakuan buruk serta kontroversi.

“Kitsui tidak menyokong mana-mana pihak, kelakuan buruk atau kontroversi. Filem pendek ini adalah untuk tujuan promosi dan hiburan semata-mata,” tulisnya di dalam video.

Dalam kenyataan rasmi dikeluarkan produk itu, mereka turut memohon ampun dan maaf atas kesulitan serta kekeliruan yang berlaku khususnya berhubung hantaran yang membabitkan seorang artis terkenal tanah air dipercayai merujuk kepada Ruhainies.

Rakaman membabitkan Ruhainies dah lama dirakam sejak Disember lalu

Malah mereka turut memaklumkan bahawa rakaman iklan itu telah dilakukan pada Disember tahun lepas.

“Pemilihan mereka bertiga untuk menjayakan rakaman Kitsui Ramadan Greetings dan Kitsui Raya itu dibuat setelah penelitian rapi dilakukan pada Oktober 2023.

“Berhubung dakwaan ditangkap khalwat yang dihadapi oleh salah seorang pelakonnya, Kitsui berharap ia tidak memberi kesan kepada tayangan iklan itu kerana rakaman tersebut sudah siap dirakamkan pada Disember 2023 dan seramai 100 krew produksi yang terbabit dalam menjayakan iklan ini.”

Mahu infaqkan sebahagian keuntungan kepada yang memerlukan

Dalam pada itu, Kitsui dengan berbesar hati turut memaklumkan ingin menginfaqkan sebahagian daripada keuntungan yang dimiliki kepada yang memerlukan khususnya rumah anak-anak yatim.

Jelasnya, mereka berharap agar setiap ringgit pembelian mendapat rahmat dan berkatNya dan mengucapkan terima kasih atas segala sokongan serta keprihatinan yang diberikan.

“Kitsui mengucapkan selamat menjalani ibadah Ramadan kepada semua umat Islam,” ujarnya.

Ramai sokong tindakan produk kabur muka Ruhainies

Tindakan produk kecantikan itu yang tampil membuat permohonan maaf dan mengaburkan muka Ruhainies dari video iklannya secara tidak langsung menarik perhatian netizen.

Malah mereka turut menyokong tindakan produk itu selain ada yang memaklumkan akan membeli lebih banyak lagi produk mereka.

“Ini macam saya beli satu kotak Whitie Snow”

“Terima kasih Kitsui.. saya akan teruskan guna produk anda”

“Wei.. sampai kena sensored muka dia.. tapi nama masih kita tahu siapa dia. Saya tengah minum Glow Sakura.. skin lembap-lembap gitu”

Recent Posts

  • Info
  • Trending

Boleh Ke Isteri Ambil Duit Suami Senyap-Senyap? Ini Penjelasannya

Menurut Ustazah Asma’ lagi, berdasarkan kitab Mughni al-Muhtaj, terdapat tujuh keperluan nafkah yang wajib suami…

12 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Sepadan Betul”- Ramai Beri Restu Lepas Lihat Video Bella Astillah & Daniesh Suffian

Ramai di kalangan netizen berpendapat Bella Astillah dan Daniesh Suffian adalah sepadan serta tidak menolak…

12 hours ago
  • Trending

“Vokal Dia Power!” – Suara Serak Basah Jadi Tumpuan, Ramai Puji Nyanyian Buskers Cover Lagu Nidji [Video]

Pemuzik jalanan dikenali sebagai Genji Buskers bersama Kazim Band dilihat sedang mempersembahkan nyanyian lagu sekitar…

13 hours ago
  • News
  • Trending

Pengantin Pakai Seksi & Tak Tutup Aurat Semasa Akad Nikah Budaya Jahiliah, Kata Mufti Pulau Pinang

Sebelum ini, seorang pelakon wanita dikritik kerana berpakaian seksi dan terdedah semasa melangsungkan majlis akad…

13 hours ago
  • Trending

Anak Sulung Rasa Bagai Disisih Ibu Bapa, Lukisan Si Kecil Buat Ibu Luluh Hati [Video]

Seorang ibu dikenali sebagai Intan berkata dia berasa sedih melihat lukisan anak sulung yang menggambarkan…

13 hours ago
  • Trending

Dejavu! Tular Lagi Video Axia Terbawa Nozel Pam Selepas Isi Minyak

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di salah sebuah stesen minyak di Bukit Sentosa, Rawang, Selangor pada…

13 hours ago