HSA Nafi Pesakit Lambat Terima Rawatan Seperti Didakwa Ejen Insurans

Baru-baru ini, tular di X (Twitter) hantaran seorang ejen insurans yang mendakwa terdapat pesakit tidak mendapat bantuan segera ketika menerima rawatan di sebuah hospital milik kerajaan.

Hantaran dibuat oleh wanita berkenaan pada 16 Mac, kemudiannya mula sohor dan menjadi perhatian netizen termasuk pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ejen dakwa pesakit dibenarkan keluar tanpa sebarang ubat dan dapat MC 4 hari lepas sah patah tulang

Menurut ejen berkenaan pesakit yang merupakan pelanggan kepada majikannya itu mengalami kecederaan disebabkan kemalangan dan telah pergi ke hospital kerajaan untuk mendapatkan rawatan.

“Dari pukul 7 malam dia tunggu, esok petangnya baru dapat giliran untuk imbasan x-ray dan dapat tahu tulang bahu kiri dia patah. Kemudian doktor suruh dia balik dan bagi kad temu janji pada 24 Mac untuk berjumpa ortopedik.

“Satu ubat tak bagi, hanya dapat cuti sakit (MC) empat hari. Ubat tahan sakit pun tak dapat. Sakit tak patah bahu ni? Malam semalam pelanggan menangis tak boleh tidur sebab sakit! Dapat MC 4 hari tapi jumpa doktor lagi 10 hari. Takkan nak pergi kerja dengan bahu patah?

“Lepas tanya asal dia tak pergi swasta? Dia cakap takut tak cover sebab baru lepas dua bulan ambil pelan kad medikal. Kemalangan sebenarnya akan ‘cover’ 24 jam selepas polisi aktif. Cover terus! Lepas tu terus bos aturkan pelanggan masuk hospital dan alhamdulillah selesai dah wad.

“Pagi ni (16 Mac) terus doktor buat imbasan dan MRI. Alhamdulillah petang ni atau esok pagi (17 Mac) akan dibedah untuk masuk besi dekat bahu. Laju gila kan? Dalam masa 24 jam sahaja,” katanya dalam hantaran berkenaan.

Turut promosikan tawaran insuran Ramadan

Dalam hantaran sama, ejen berkenaan turut mempromosikan pelan insurans kepada orang ramai agar mereka mendapatkan perlindungan medikal.

Bukan hanya itu dia juga memberi gambaran seolah-olah pesakit yang menjalani pembedahan di hospital kerajaan perlu membayar jumlah yang mahal selepas mendakwa rakannya telah membayar sebanyak RM10,000 bagi kes patah tulang.

Hantaran wanita berkenaan secara tidak langsung telah mengundang pelbagai reaksi di kalangan netizen. Ini kerana, terdapat segelintirnya bimbang dengan keadaan pesakit berkenaan dan terdapat juga yang merasakan ia hanyalah taktik ejen tersebut untuk menjual polisi perlindungannya.

Ramai berpendapat dakwaan itu adalah tidak tepat berdasarkan pengalaman mereka yang pernah menerima rawatan di hospital kerajaan.

“Jangan sebarkan fitnah semata-mata untuk promosikan kad medikal. Doktor tak boleh nak keluarkan pesakit dengan patah macam tu”

“Tak tahu hospital apa ni, tapi mak saya patah dan dislocate bahu dua tahun lepas pergi hospital terus masuk zon merah dan dia betulkan bahu…”

KKM minta maklumat berhubung hospital

Malah hantaran berkenaan turut mendapat perhatian KKM yang meminta dia untuk memberikan maklumat hospital yang didakwannya itu. Namun perkara itu tidak dibalas oleh ejen berkenaan.

Susulan itu, pada 17 Mac KKM sekali lagi membalas kepada ejen berkenaan memaklumkan pihaknya masih belum menerima sebarang maklumat berhubung isu berkenaan.

“Salam Cik, kami masih belum menerima maklum balas berkenaan dengan isu berhubunng hospital KKM yang dibangkitkan oleh cik sejak semalam. Mohon agar dapat berkongsi maklumat tersebut dengan kami,” katanya.

HSA tampil beri penjelasan berhubung dakwaan pesakit lambat terima rawatan

Terbaharu, pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) menafikan dakwaan pesakit lambat menerima rawatan semasa berada di Jabatan Kecemasan dan Trauma di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB).

Jelas Pengarahnya, pihak pengurusan mengambil maklum berhubung dakwaan yang dibuat wanita berkenaan.

“Pihak pengurusan hospital telah membuat siasatan dalaman berkenaan dengan isu tersebut dan menafikan dakwaan pesakit lewat menerima rawatan di JKT HSAJB. Pesakit telah didaftar di JKT pada jam 10.33 malam dan diambil tanda vital di Zon Hijau pada jam 10.45 malam. Rawatan awal (splinting) telah diberikan kepada pesakit pada jam 11.00 malam sebelum Pegawai Perubatan melihat pesakit pada jam 3.30 pagi.

“Susulan itu pesakit dirujuk kepada pegawai perubatan daripada jabatan Ortopedik pada jam 4.10 pagi. Pesakit didiagnos dengan kepatahan tulang clavicle (tulang selangka) dan pegawai perubatan tersebut telah memberikan rawatan conservative dan pemberian temu janji rawatan susulan pada 24 Mac,” katanya.

Jelas pihak hospital lagi pesakit berkenaan kemudiannya dibenarkan discaj dengan sijil cuti sakit (MC) selain dibekalkan ubat tahan sakit.

HSAJB memandang serius berhubung perkara berkenaan dan sentiasa berusaha dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada orang awam yang datang ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Maklum sudah beri maklumat pada KKM termasuk imbasan x-ray pesakit

Terdahulu, wanita itu berkongsi satu tangkap layar memaparkan dia sudah berkongsi dengan pihak KKM berhubung perkara tersebut termasuk satu imbasan x-ray pesakit terbabit.

Malah dia turut memberi kemaskini berhubung kes tersebut dengan menyatakan terdapat pengakhiran indah (happy ending) buat pelanggan.

“Alhamdulillah pada hari sama pelanggan beritahu ejen, pelanggan terus masuk wad hari tu juga sebab Gurantee Letter (GL) terus lulus.

“Dan sekarang dah selesai dah pembedahan, pelanggan dalam proses sembuh.”

Recent Posts

  • Info
  • Trending

Boleh Ke Isteri Ambil Duit Suami Senyap-Senyap? Ini Penjelasannya

Menurut Ustazah Asma’ lagi, berdasarkan kitab Mughni al-Muhtaj, terdapat tujuh keperluan nafkah yang wajib suami…

6 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Sepadan Betul”- Ramai Beri Restu Lepas Lihat Video Bella Astillah & Daniesh Suffian

Ramai di kalangan netizen berpendapat Bella Astillah dan Daniesh Suffian adalah sepadan serta tidak menolak…

6 hours ago
  • Trending

“Vokal Dia Power!” – Suara Serak Basah Jadi Tumpuan, Ramai Puji Nyanyian Buskers Cover Lagu Nidji [Video]

Pemuzik jalanan dikenali sebagai Genji Buskers bersama Kazim Band dilihat sedang mempersembahkan nyanyian lagu sekitar…

6 hours ago
  • News
  • Trending

Pengantin Pakai Seksi & Tak Tutup Aurat Semasa Akad Nikah Budaya Jahiliah, Kata Mufti Pulau Pinang

Sebelum ini, seorang pelakon wanita dikritik kerana berpakaian seksi dan terdedah semasa melangsungkan majlis akad…

7 hours ago
  • Trending

Anak Sulung Rasa Bagai Disisih Ibu Bapa, Lukisan Si Kecil Buat Ibu Luluh Hati [Video]

Seorang ibu dikenali sebagai Intan berkata dia berasa sedih melihat lukisan anak sulung yang menggambarkan…

7 hours ago
  • Trending

Dejavu! Tular Lagi Video Axia Terbawa Nozel Pam Selepas Isi Minyak

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di salah sebuah stesen minyak di Bukit Sentosa, Rawang, Selangor pada…

7 hours ago