“Luruh Jantung”- Ibu Terkejut Buaian Patah Ketika Anak Sedang Tidur [Video]

Umum mengetahui bayi dan juga kanak-kanak membesar dalam tidur. Tidur yang cukup dapat menjadikan mereka aktif dan sihat.

Namun, seiring mereka membesar kanak-kanak atau bayi akan tidur mengikut keselesaan mereka sebagai contoh ada yang selesa untuk tidur di atas tilam, buaian dan sebagainya.

Malah tidur dalam keadaan yang selesa membuatkan si kecil anda tidur lebih lama dan mendapatkan rehat yang secukupnya. Namun penggunaan peralatan seperti buaian kadang kalanya bahaya buat kanak-kanak.

Ibu kongsi detik cemas anak jatuh kerana buaian patah

Baru-baru ini, seorang ibu telah berkongsi detik cemas dilalui anaknya apabila si kecil terjatuh kerana buaiannya tiba-tiba patah.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @fatihahhusnaa di TikTok, awalnya kelihatan anaknya sedang tidur di dalam sebuah buaian berwarna biru yang diletakkan di tepi tangga. Pada buaian itu, Fatihah turut meletakkan alat kawalan elektrik yang membantu buaian itu untuk bergerak dengan sendiri.

Dengar suara kanak-kanak menangis kerana terkejut

Namun tidak lama selepas itu secara tiba-tiba buaian itu patah dan menyebabkan si kecil di dalam buaian itu terjatuh ke bawah.

“Mimpi buruk, tak sangka buai ini boleh patah. Ya Allah, mommy minta maaf dik. Alhamdulillah tak ada apa, anak saya terkejut je,” katanya.

Dalam video itu turut kedengaran kanak-kanak berkenaan menangis dipercayai kerana terkejut sebaik buaian tersebut terjatuh.

Mula tak sedap hati berkenaan buaian dua hari sebelum insiden berlaku

Menurut Fatihah dua hari sebelum kejadian berlaku dia sudah dapat merasakan sesuatu yang tidak kena tentang buaian tersebut. Namun perasaan itu diabaikan dan dia beranggapan tiada apa yang akan berlaku.

“Peringatan untuk semua ibu bapa. Bahaya buaian untuk anak kita. Jangan ignore benda ni. Bila jadi dekat diri sendiri memang betul ia bahaya. Kalau bayi kecil yang jatuh Allahu tak dapat bayang.

“Alhamdulillah anak saya okay, baru tidur 10 minit ‘gempa bumi’ (jatuh) pula. Luruh jantung mommy masa ni,” jelas Fatihah.

Buaian patah pertama kali berlaku dan sempat dirakam CCTV

Kata wanita itu dia sebelum ini menanti selama lima tahun untuk mendapatkan cahaya mata dan apabila insiden itu berlaku ia membuatkan dia terkesima seperti jantung ingin terhenti. Menurutnya dia menjaga anaknya sendiri dan insiden seperti itu pertama kali berlaku.

Tambahnya, dia bernasib baik kerana memiliki rakaman litar tertutup (CCTV) dan boleh melihat semula bagaimana kejadian sebelum buai itu patah.

“Allahu alhamdulillah, Allah jaga anak mommy. Semoga Allah lindung anak mommy dari bahaya setiap masa, waktu dan ketika. Sayang anak mommy.”

@fatihahusnaa

Dua hari sebelum kejadian saya ada tergerak rasa tak sedap hati pasal buai ni. Tapi saya abaikan & anggap okay je kot. Reminder untuk semua parents. Bahaya buai untuk anak kita. Jangan ignore benda ni. Bila jadi kat diri sendiri memang betul buai bahaya. Kalau baby kecik yang jatuh Allahu tak dapat bayang. Alhamdulillah anak saya okay. Baru tido 10 minit “gempa bumi” pulak 🥲 Luruh jantung mommy masa ni. Saya tunggu anak saya 5 tahun fuh macam berhenti jantung. Untuk info, anak saya jaga sendiri 24 jam dan ini kali pertama berlaku. Kalau boleh kita elak lah ye tidokan anak dalam buai. Malang tak berbau. Kesian anak mommy. Mommy sorry dik. Nasib ada cctv boleh rewind tengok balik patah macam mana. Allahu alhamdulillah Allah jaga anak mommy. Semoga Allah lindung anak mommy dari bahaya setiap masa, waktu dan ketika. Sayang baby mommy 🤍 #jatuhbuai #nightmare #jangankecamsayablock

♬ original sound – Fatiha Husna – Fatiha Husna

Ramai prihatin kejadian menimpa si kecil

Melihat di ruangan komen, ramai yang prihatin dengan kejadian menimpa kanak-kanak berkenaan.

Ada juga yang memberi cadangan untuk meletak tilam atau alas yang lembut di bawah buaian tersebut. Perkara itu bertujuan sekiranya terjatuh terdapat sesuatu yang lembut dapat melindungi anak dari terus jatuh ke lantai.

Menurut si ibu, buaian tersebut boleh menampung sehingga 30 kilogram dan alat yang diletak pada buai itu tidak laju seperti yang didakwa segelintir netizen. Tujuannnya berkongsi video tersebut hanya sebagai peringatan kepada ibu bapa di luar sana untuk turut berhati-hati jika menggunakan buaian.

“Allahu, semoga si kecil baik-baik sahaja”

“Buai jenis ni besi nipis ada buai jenis besi tebal sikit warna kuning campur biru rasanya. Lebih 10 tahun guna lepas tu jual preloved..”

“Pernah jadi macam ni dulu. Nasib baik memang dah siap alas tilam bawah buai. Besi tu jatuh dekat tepi kepala anak. Terus buang buainya”

Recent Posts

  • Dunia
  • Trending

Gara-gara Wanita Letak Kereta Di Tempat Tak Sepatutnya, Nama Malaysia Jadi Sebutan Di Jepun

Ekoran daripada insiden 'double park' tersebut, kontraktor di Jepun terpaksa mengambil masa selama 3 jam…

43 mins ago
  • Trending

Pelari Menara Terbaik Dunia Bawa 1 Beg ‘Jajan’ Dari Malaysia Untuk Kongsi Dengan Atlet Negara Lain

Antara snek zaman kanak-kanak yang dibawa di dalam bagasi Soh Wai Ching adalah keropok jenama…

60 mins ago
  • News
  • Trending

Guru Didakwa Tampar, Tumbuk & Cekik 4 Pelajar Hanya Kerana Diintai Ketika Sedang Merokok

Guru sekolah agama berkenaan didakwa turut memarahi dan melemparkan kata-kata kesat kepada beberapa orang murid…

1 hour ago
  • Trending

Pelancong China Kecewa Bercuti Di Malaysia, Badan Basah Kuyup Gara-gara Hujan Tak Henti

Pelancong dikenali sebagai Xiao Huihui itu mengeluh selepas terpaksa meredah hujan lebat ketika bersiar-siar di…

2 hours ago
  • Trending

Kereta Terpaksa Jalan Mengundur Gara-gara Kamera Di Palang Parkir ‘Gagal’ Imbas Nombor Plat [Video]

Jelas pemilik kereta, dia terpaksa meletakkan nombor plat di bahagian depan kiri kerana ruangan tengah…

2 hours ago
  • Trending

Pelajar Gigih Ulang Kaji Pelajaran Bawah Lampu Jalan Curi Perhatian Netizen [Video]

Menurut beberapa netizen, pelajar yang belajar di bawah lampu jalan itu merupakan penuntut dari Universiti…

3 hours ago