fbpx
Now Reading
Ini Antara Nasihat Buat Anda Semasa Sambut Hari Raya Aidilfitri

Ini Antara Nasihat Buat Anda Semasa Sambut Hari Raya Aidilfitri

Antara kelakuan yang perlu dielakkan sempena Hari Raya Aidilfitri ini adalah datang beraya ke rumah orang tanpa memberitahu tuan rumah terlebih dahulu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui perayaan Aidilfitri merupakan momen menyeronokkan di mana anda dapat berkumpul dan meluangkan masa bersama-sama insan tercinta.

Namun begitu, dalam sesetengah kes ada sahaja perkara tidak diingini berlaku semasa hari raya itu.

Hal ini berkemungkinan kerana persiapan raya yang tidak dilakukan pada awal waktu atau kelakuan individu yang merosakkan detik perayaan istimewa tersebut.

Baca Artikel Berkaitan: Ini 4 Amalan Tradisi Yang Tak Wajib Buat Semasa Raya, Kalau Nak Buat Pun Tiada Masalah


Lelaki Titip Nasihat Sempena Hari Raya Aidilfitri 2024

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman X (Twitter @ahmaadsafuan), apabila seorang lelaki berkongsi beberapa nasihat berguna buat mereka yang akan menyambut Aidilfitri tidak lama lagi.

#1. Elak Rakam Orang Ketika Sedang Nangis

Selalunya pada pagi hari raya, setiap individu akan bersalaman sesama ahli keluarga dan sausara mara untuk memohon maaf atas segala kesilapan yang dilakukan selama ini. Pada waktu itu juga, ramai di antara kita yang tidak dapat menahan sebak lalu menitiskan air mata.

Oleh disebabkan itu, adalah penting untuk tidak merakam momen tersebut bagi menghormati situasi berkenaan.

Sumber: Unsplash
#2. Guna Pinggan & Mangkuk Pakai Buang

Apabila tibanya musim Aidilfitri, sudah pasti ramai di kalangan masyarakat bersemangat untuk mengadakan majlis rumah terbuka. Mana tidaknya, itulah waktu di mana kenalan rapat dapat berkumpul semula dan merapatkan hubungan silaturahim.

Namun disebabkan jemputan yang ramai, adalah lebih baik jika anda sebagai tuan rumah menggunakan pinggan dan mangkuk jenis pakai buang.

Ia bukan sahaja menjimatkan masa malah dapat menyimpan tenaga anda daripada terpaksa mencuci perkakas dapur yang banyak.

Sumber: Arad Branding
#3. Lebihkan Duit Raya Untuk Golongan Pelajar

Seterusnya adalah mengutamakan pemberian duit raya kepada golongan pelajar khususnya mereka yang sedap belajar di kolej atau universiti.

Seperti semua sedia maklum, tanggungan perbelanjaan di universiti adalah mahal. Oleh itu, jika anda mempunyai rezeki lebih, bolehlah berkongsi dengan golongan tersebut.

Sumber: Nur Hazwani/TRP
#4. Gosok Baju Raya Awal

Kalau balik ke kampung, mesti ramai di antara anda yang akan berebut seterika bagi menggosok baju raya. Itulah perkara sama perlu dilalui pada setiap tahun apabila sudah berkumpul dengan saudara mara yang ramai.

Kalau tak mahu berebut dan kalut pada Syawal pertama, adalah lebih baik jika anda mula menggosok baju raya pada malam sebelumnya.

Sumber: Pexels
#5. Main Mercun Pada Waktu Yang Sesuai

Kebiasaannya mercun dan bunga api akan dibakar pada waktu malam. Yelah, kalau bakar pada awal pagi, tidak rasa pula ‘vibe’ nya.

Namun begitu, adalah penting untuk setiap individu memilih masa yang sesuai untuk bermain mercun iaitu tidak melebihi jam 12 tengah malam. Hal ini bagi menghormati orang lain yang mahu tidur dengan nyenyak.

Sumber: Pexels
#6. Jangan Tertinggal Solat Subuh Di Pagi Syawal

Ramai di antara kita yang akan menyediakan persiapan pagi raya pada malam sebelumnya sehingga menyebabkan ramai terpaksa berjaga malam.

Oleh disebabkan terlalu penat pada keesokan harinya, segelintir daripada kalangan masyarakat terlepas waktu solat Subuh dan hanya sedar daripada tidur ketika mahu menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri.

Seronok, seronok juga tetapi janganlah sampai kita meninggalkan perkara yang wajib ya.

Sumber: Pexels

Pesanan Hari Raya Aidilfitri Dari Netizen

Menjengah ke ruangan balas, ramai juga dalam kalangan netizen turut menitipkan pesanan mesra dan nasihat untuk orang ramai bersempena raya yang akan disambut tidak lama lagi. Di sini kami kongsikan antaranya. Take note!

#1. Jangan Cium Anak Orang Tanpa Izin
Sumber: X
#2. Elak Makan Secara Berlebihan
Sumber; X
#3. Maklumkan Kepada Tuan Rumah Jika Ingin Datang Beraya
Sumber: X
#4. Makan Kuih Raya Beralaskan Tangan Bukannya Balang
Sumber: X
#5. Buang Sisa & Cawan Kertas Kuih Raya Jika Ada
Sumber: X
#6. Kawal Tingkah Laku Anak Jika Ziarah Rumah Orang
Sumber: X
#7. Jangan Letak Kenderaan Depan Rumah Orang Tanpa Izin (Halang Laluan)
Sumber: X

Adab Ziarah Rumah Orang

Kepada mereka yang sudah ada rancangan untuk melawat saudara mara sepanjang Syawal nanti, anda diingatkan supaya menjaga adab ziarah-menziarahi.

Dengan cara itu, isu persefahaman dapat dielakkan dan suasana berhari raya akan lebih menyeronokkan.

Sumber: USIM

Berikut kami kongsikan beberapa adab menziarahi rumah orang seperti yang diperjelaskan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan:

  • Makan dengan segera jika dihidangkan makanan.
  • Tidak meminta-minta juadah.
  • Tidak menyakiti atau menyusahkan tuan rumah.
  • Mendoakan kebaikan buat si tuan rumah.
  • Elak duduk dan singgah ke rumah orang lain dalam tempoh masa yang lama.
  • Memilih waktu yang sesuai untuk melawat rumah orang.

Baca Artikel Berkaitan: Ini 9 ‘Common Sense’ Tetamu Perlu Tahu Bila Beraya Di Rumah Orang Nanti!

Baca Artikel Berkaitan: Rumah Dah ‘Raya-Ready’ Ke Belum? Ini 4 Tips Untuk Bantu Persiapan Syawal Anda

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.