fbpx

Duit Sumbangan Untuk Imam Tarawih Banyak, Tapi Bendahari Nak Bayar Sikit Sahaja

Sungguh mengejutkan apabila kutipan khas untuk saguhati imam tarawih selama satu hari sahaja itu berjaya mengumpul sebanyak RM21,000, namun Bendahari tidak bersetuju untuk beri kesemuanya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular di media sosial pendedahan seorang lelaki mengenai sikap seorang Bendahari di sebuah masjid yang mempunyai sifat berkira.

Menerusi hantaran di akaun Facebook Hakimin Hassan, Bendahari masjid terbabit dikatakan tidak bersetuju untuk membayar setiap imam solat sunat tarawih sebanyak RM2,000 untuk 15 hari.

“Bendahari tak setuju sebab katanya RM2000 seorang itu tinggi sangat. Bendahari itu cadang bagi RM 500 sahaja seorang. Ahli jawatankuasa yang lain pulak tak setuju,” kata Hakimin.

Bendahari masjid cadang buat kutipan khas dalam sehari untuk saguhati imam tarawih

Menurutnya, Bendahari terbabit akhirnya mencadangkan untuk membuat kutipan khas untuk saguhati imam tarawih selama satu hari sahaja dan duit itu akan diberikan kepada imam berkenaan.

Ujar Hakimin, sungguh mengejutkan apabila kutipan khas untuk saguhati imam tarawih selama satu hari sahaja itu berjaya mengumpul sebanyak RM21,000.

Bendahari masjid tak setuju semua wang kutipan diserah kepada imam tarawih

Bagaimanapun, dia berkata Bendahari terbabit tidak bersetuju untuk memberikan kesemua wang terkumpul itu kepada imam tarawih, sebaliknya pihak masjid perlu mengambil sedikit wang berkenaan.

“Bendahari pulak tak setuju nak bagi semua sebab katanya banyak sangat. Masjid kena ambik sikit. Ahli jawatankuasa yang lain pakat tak puas hati belaka. Dia yang bagi cadangan, dia sendiri yang tak setuju,” katanya lagi.

Rupanya, kejadian sebegini bukanlah yang pertama berlaku di Malaysia, seorang lagi lelaki yang dikenali sebagai Nor Azam Budin turut berkongsi mengenai kisah seorang Bendahari masjid yang berkira.

Bendahari bayar sikit kepada penceramah, duit sumbangan selebihnya jadi milik masjid

Menerusi satu ciapan di akaun X miliknya, dia berkata Bendahari terbabit tidak memberi bayaran yang setimpal kepada penceramah dengan hasil kutipan tabung khas ceramah diterima masjid terbabit.

“Ada satu kes ini, buat kutipan untuk ceramah (tabung khas) dapat kutipan yang agak banyak juga lah (tak ingat berapa).

“Tiba-tiba bila kira banyak, Bendahari tak nak bagi semua, suruh masjid ambil sikit,” cerita Nor Azam.

Jelasnya lagi, penceramah terbabit hanya menerima bayaran sebanyak RM1,000 sahaja manakala wang kutipan yang sebelum ini dikhususkan untuk ceramah diambil oleh masjid.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.