Wanita Kecewa Ibu Bapa Tak Tegur Anak Buka Sampul Raya ‘On The Spot’ Depan Si Pemberi [Video]
Seorang usahawan dikenali sebagai Tiya berkata terdapat beberapa orang kanak-kanak membuka sampul raya di depannya selain mengadu duit yang diterima sebanyak RM2 adalah sedikit.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Apabila berbicara mengenai sambutan Hari Raya Aidilfitri, sudah pasti ramai di kalangan masyarakat akan berasa teruja.
Bukan sahaja dapat menikmati juadah menarik dan berjumpa saudara-mara, malah golongan kanak-kanak juga berpeluang untuk ‘kutip’ duit raya.
Pemberian duit raya kepada budak kecil dilihat telah menjadi satu norma di kalangan orang ramai sejak zaman dahulu.
Kanak-kanak Kecewa Dapat Duit Raya Nilai RM2
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@tiyakamal2), apabila seorang usahawan dikenali sebagai Tiya berkongsi kisah yang terjadi semasa musim perayaan ini.
Jelas Tiya, dia telah menziarahi rumah rakan pada hari raya ke-3 dan berjumpa dengan beberapa tetamu lain yang kurang dikenali olehnya.
Kata wanita tersebut, ramai juga golongan kanak-kanak berada di majlis yang sama. Oleh disebabkan itu, dia bertindak menghulurkan sampul duit raya yang mempunyai wang bernilai RM2 kepada mereka.
Sejurus mendapat sampul berkenaan, kanak-kanak tersebut telah membukanya dan memeriksa nilai duit kertas yang diterima daripada Tiya. Bukan itu sahaja, budak kecil berkenaan juga telah mengadu kecewa selepas menerima duit yang dikatakan agak sedikit.
Tiya Kecewa Ibu Bapa Tak Tegur Anak Buka Sampul Duit Raya Depan Pemberi
Melihat aksi tersebut, Tiya berasa terkejut kerana segelintir ibu bapa hanya membiarkan kelakuan anak yang membuka sampul raya di hadapan pemberi.
Saya tak tahu kenapa ibu bapa normalise untuk budak-budak buka sampul duit raya on the spot pada waktu itu. Ibu bapa tersebut tidak tegur pun budak itu. Ibu bapa, apa peranan awak bila anak cakap macam itu selepas stranger beri duit raya?
Tiya.
Baca Artikel Berkaitan: Wanita Tegur Sikap Ibu Bapa Tak Malu ‘Spam’ Kod QR Semata-mata Nak Minta Duit Raya Untuk Anak
Maksud Sebenar Aidilfitri Bukan Untuk Beri Duit Raya Semata-mata
Tambah usahawan berkenaan, sambutan Aidilfitri bukannya masa untuk mengumpul duit raya semata-mata, malah ia adalah momen di mana kenalan boleh berjumpa dan mengeratkan hubungan.
Time ni nak eratkan silaturahim. Waktu ni kamu nak betul-betul bercuti dan berehat dan tenangkan fikiran pergi ke rumah orang. Ni kamu lagi stres sebab pergi rumah orang, orang macam (tanya) ‘duit raya banyak ni je’?
Tiya.
Menurutnya, pemberian duit raya bukan satu kewajipan harus ditunaikan, sebaliknya ia adalah satu bentuk sedekah dengan niat yang ikhlas.
Kes sebegini bukanlah pertama kali dilalui oleh Tiya. Dia juga mendedahkan terdapat segolongan ibu bapa yang sama-sama mengadu duit raya yang diberikan olehnya adalah agak sedikit pada masa lalu.
Netizen Anggap Buka Sampul Raya Depan Pemberi Tidak Sopan
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen bersetuju dengan pandangan dilontarkan oleh Tiya tentang isu duit raya.
“Setuju sangat. Sangat tidak sopan buka sampul duit raya depan orang (pemberi),” kata seorang wanita.
Malah ada individu yang berkata dia berhenti memberikan duit raya atas faktor yang dijelaskan oleh Tiya.
“Saya ambil keputusan tak beri duit raya untuk budak-budak luar (tidak kenal) sebab benda ini la,” ujar seorang warganet.
Sementara itu, ada juga penjaga yang berkongsi caranya dalam mendidik anak setiap kali mendapat duit raya.
“Saya tak normalise benda itu. Dapat sampul raya, simpan dalam beg terus. Sepanjang hari akan simpan. Balik waktu malam baru buka. Pada masa tu, kita pun tak ingat dah sampul itu dari siapa, syukur je dapat berapa,” jelas seorang ibu.
Ini Antara Tradisi Hari Raya Yang Tak Wajib Dilakukan
Selain pemberian duit raya, sebenarnya terdapat beberapa lagi amalan lain yang sering dilakukan oleh orang ramai sewaktu Hari Raya. Namun perlu diingatkan, kesemua perkara ini bukanlah satu kewajipan. Antaranya:
- Membeli barangan rumah serba baru untuk persiapan tetamu ziarah ke rumah.
- Menziarahi kubur kerana perbuatan itu boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja.
- Membeli baju raya kerana anda boleh sahaja ‘recycle’ pakaian Hari Raya pada tahun sebelum-sebelumnya.
Baca Artikel Berkaitan: Ini 4 Amalan Tradisi Yang Tak Wajib Buat Semasa Raya, Kalau Nak Buat Pun Tiada Masalah
Baca Artikel Berkaitan: Ini 9 ‘Common Sense’ Tetamu Perlu Tahu Bila Beraya Di Rumah Orang Nanti!