fbpx
Now Reading
“Ruang Rehat Eksklusif” – Influencer Kongsi Pengalaman Naik Tren ETS Koc Business Class [Video]

“Ruang Rehat Eksklusif” – Influencer Kongsi Pengalaman Naik Tren ETS Koc Business Class [Video]

TikToker dikenali sebagai Ivor berkata, harga tiket ETS KTM untuk koc Business Class dari Kuala Lumpur ke Penang berharga RM150.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semakin hari, semakin ramai rakyat Malaysia menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam untuk ke sesuatu tempat.

Mungkin ia adalah lebih menjimatkan masa dan tenaga daripada terpaksa memandu sekaligus menghadap trafik sesak.

Antara pengangkutan awam yang biasa digunakan oleh masyarakat adalah tren KTM. Tetapi adakah anda tahu, tren KTM tersedia dengan tiket eksklusif Business Class buat para penumpang?

Baca Artikel Berkaitan: “Nak Nangis Tiap Hari Macam Ni” – Orang Ramai Luah Rasa Penat Hadap Trafik Di Bandar KL & Selangor

Baca Artikel Berkaitan: Berbaloi Ke Hadap Trafik Berbelas Jam Semata-mata Nak Balik Raya Di Kampung?


TikToker Kongsi Pengalaman Naik Tren ETS Tiket Business Class

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@ivor_xianz), apabila seorang TikToker dikenali sebagai Ivor berkongsikan pengalamannya menaiki tren ETS (Electric Train Services) KTM dengan pembelian tiket Business Class.

Menurutnya, tiket normal untuk perjalanan dari Kuala Lumpur ke Penang bernilai RM60-RM80 manakala tiket Business Class berharga RM150.

Di sini kami kongsikan sebab mengapa tiket Business Class berharga dua kali ganda daripada tiket biasa. Antaranya:

#1. Ruang Rehat Eksklusif

Pertama sekali ada ruang rehat yang eksklusif di stesen KL Sentral redONE. Jelasnya ruangan itu ia berada di tingkat atas stesen KTM dengan kapasiti besar untuk penumpan berehat. Di sana juga, anda boleh menikmati beberapa minuman secara percuma jika anda datang lebih awal sebelum tren bertolak.

Sumber: TikTok (@ivor_xianz)

Selain itu, staf KTM juga akan datang untuk menyemak dan imbas tiket anda. Bukan itu sahaja, penumpang akan diekskort ke tren bagi memastikan anda dapat menaikinya terlebih dahulu.

Pun begitu, laluan khas menuju ke tren adalah lebih jauh untuk pemegang tiket Business Class jika dibandingkan dengan tiket yang biasa.

Sumber: TikTok (@ivor_xianz)
#2. Tempat Duduk Business Class

Sejurus sampai ke tren, anda boleh mula mencari tempat duduk masing-masing mengikut info tertera di tiket. Lain daripada yang biasa, tren berkenaan mempunyai karpet.

Bagaimanapun, saiz tempat duduk adalah sama seperti normal tren tetapi mempunyai ruangan kaki yang lebih besar dan selesa. Antara fasiliti lain yang tersedia adalah seperti penyangkut beg dan suis plag.

Sumber: TikTok (@ivor_xianz)

Malah, terdapat juga meja kecil untuk menjamu selera dan televisyen mini yang boleh dilipat di mana anda boleh menonton filem atau membuat pesanan makanan. Tetapi terdapat sedikit kekurangan terhadap gajet berkenaan di mana anda perlu menggunakan Wi-Fi sendiri untuk akses menonton filem.

Dalam masa sama, Ivor menerima sekotak goodies berisi jus buah-buahan, earphone (fon telinga) serta snek kacang. Wanita tersebut turut mendapat makanan yang dipesan iaitu, nasi kunyit bersama kari ayam.

Sumber: TikTok (@ivor_xianz)

Adakah Tiket Business Class ETS KTM Berbaloi?

Kelajuan tren dan fasiliti tandas dikatakan sama dengan pemegang tiket tren ETS KTM yang lain.

Secara keseluruhannya, perkara yang membezakan tiket normal dan Business Class adalah ruangan tempat kaki lebih besar, keselesaan ruang rehat dan set menu makanan.

Sumber: TikTok (@ivor_xianz)

Di akhir perkongsian tersebut, Ivor menjelaskan bahawa agak tidak berbaloi untuk membayar dua kali ganda untuk tiket berkenaan.

Walau bagaimanapun, ia adalah alternatif terbaik sekiranya anda tidak berjaya mendapatkan tiket normal untuk perjalanan yang jauh.

@ivor_xianz

I tried the business class KTM from 🇲🇾KL > Penang x2 the price but… its not worth it 😭 only KL sentral has the exclusive lounge by the way #ktmtrain

♬ original sound – Ivor trying so u dont hve to – Ivor trying so u dont hve to

Cara Tempah Tiket Business Class ETS

Kalau anda nak tahu terdapat satu sahaja koc Business Class tersedia untuk setiap perjalanan iaitu di koc A. Tiket itu juga hanya tersedia untuk perjalanan yang jauh sahaja.

Pembelian tiket tersebut boleh dilakukan di stesen KTM atau atas talian menerusi website atau aplikasi KITS.

Pembayaran tiket adalah secara tunai, atau kad kredit/kad debit. Untuk info lanjut anda boleh semak [DI SINI].

Sumber: Facebook KTMB

Baca Artikel Berkaitan: Stranded On The Tracks For 4 Hours: A Night Of Discontent On KTM’s ETS

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.