“Ketika Ibu Telah Tiada Bacalah Ini” – Posting Lama Mangsa Tragedi Helikopter Undang Sebak

Semalam (23 April), negara dikejutkan dengan satu kemalangan melibatkan dua buah helikopter yang terhempas di Pangkalan TLDM Lumut semasa menjalani Latihan Lintas Hormat Sambutan HUT TLDM Ke-90.

Menurut TLDM, 10 mangsa itu terdiri daripada masing-masing tujuh kru Helikopter Operasi Maritim (HOM) dan tiga kru Fennec.

Dalam pada itu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Khaled Nordin mengesahkan kesemua mangsa yang terkorban berusia bawah 40 tahun.

Baca Artikel Berkaitan: [Terkini] 2 Helikopter Milik ATM Bertembung Di Perak, TLDM Sahkan 10 Mangsa Terkorban


Hantaran Lama Mangsa Di Facebook Tentang Anaknya Jadi Perhatian Ramai

Salah seorang mangsa yang terkorban dalam nahas ini ialah Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia anak Rohna yang berada dalam Pesawat HOM(M503 3).

Baru-baru ini, hantaran yang pernah dimuat naik oleh wanita tersebut di laman Facebook (ARies JoaNna) pada 12 Julai 2023 tentang anak sulungnya telah menjadi tular selepas dijumpai oleh netizen.

Hantaran berkenaan dilihat menjadi tempat luahan wanita itu kepada anaknya sewaktu dia pertama kali bergelar seorang ibu.

Sumber: Facebook ARies JoaNna

Joanna menganggap anak pertamanya sebagai penguat dan perawatnya untuk menjadi seorang yang tabah.

“Mereka bilang, aku yang merawatmu. Nyatanya kamulah yang merawat jiwaku hingga bertahan sampai saat ini,” kata Joanna dalam hantaran itu.

Namun, perkongsian tersebut menjadi lebih sebak di penghujungnya apabila Joanna meminta anaknya untuk membaca luahan berkenaan sekiranya dia sudah tiada di Bumi ini.

“Suatu saat ketika aku telah tiada dan kamu mengenangku sebagai seorang ibu pemarah, maka bacalah ini Nak,” luah Joanna.


Netizen Sebak Baca Luahan Mangsa Di Facebook

Ruangan komen pada hantaran itu dipenuhi dengan pelbagai komen dari netizen yang rata-ratanya menahan sebak selepas membaca luahan perasaan dari salah seorang mangsa nahas helikopter di Lumit, Perak.

Beberapa netizen tidak dapat menahan kesedihan ketika membaca ‘amanat’ terakhir oleh si ibu kepada anak perempuannya yang masih kecil.

Netizen turut mendoakan agar anak-anak kepada mangsa akan sentiasa kuat dan menjadi seorang yang berjaya ketika sudah dewasa kelak.

“Semoga anak ini selalu kuat dan berjaya suatu ketika nanti ya Tuhan. Di saat ibunya telah dijemputMu terlalu awal,” kata netizen.

Sumber: Facebook

Identiti 10 Mangsa Telah Disahkan

Terdahulu Cawangan Komunikasi Strategi TLDM mengesahkan bahawa kesemua mangsa terkorban dan tiada yang terselamat.

Senarai perajurit yang terkorban adalah seperti berikut:

Pesawat HOM (M503 3): 4 orang kru dan 3 penumpang:
  • Komander Muhammad Firdaus Ramli – Pegawai Memerintah Skuadron 503
  • Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin
  • Leftenan Komander Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi
  • Pegawai Waran II TLR Muhammad Faisol Tamadun
  • Pegawai Waran II TNL Noorfarahimi Mohd Saedy
  • Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar
  • Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia anak Rohna
Pesawat Fennec: 3 orang kru
  • Komander Muhamad Amir Mohamad – Pegawai Memerintah Skuadron 502.
  • Leftenan Sivasutan a/l Thanjappan
  • Pegawai Waran II TMK Mohd Shahrizan Mohd Termizi
Sumber: X (@MOFASAD)

Menerusi kenyataan sama, satu Lembaga Siasatan akan ditubuhkan bagi mengenal pasti punca kejadian.

TLDM turut memohon orang ramai agar tidak menularkan video insiden demi menjaga sensitiviti keluarga dan proses penyiasatan.

Baca Artikel Berkaitan: Nahas Helikopter Terhempas: TLDM Dedah Identiti 10 Anggota Terkorban

Recent Posts

  • Trending

Wanita Mahu Calon Suami Bergaji RM9,000 Tarik Perhatian Ramai [Video]

Kebanyakan wanita yang ditemu bual YouTuber berkenaan berpendapat lelaki perlu mempunyai pendapatan antara RM3,000 hingga…

44 mins ago
  • Trending

Lelaki Cuci Tempat Ambil Wuduk Yang Berlumut Sebelum Solat Raih Pujian Ramai [Video]

Dalam video sama, turut kelihatan lelaki itu menukarkan beberapa kepala paip baharu di tempat mengambil…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Thailand Larang Nikah Bawah Umur Selepas Kes Lelaki Malaysia Kahwini Kanak-kanak Perempuan 11 Tahun

Pihak berkuasa agama Thailand turut memerintahkan pasangan itu untuk menjalani 'mufaraqah' iaitu hidup berasingan suami…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Sekolah Akan Ditutup Jika Suhu Lebih 37 Darjah Celsius 3 Hari Berturut-Turut

Walau bagaimanapun, penutupan itu bergantung kepada situasi semasa dan kawasan terlibat.

3 hours ago
  • Trending

Faisal Halim Disimbah Asid, Pelaku Dipercayai Naik Motosikal Curi

Menurut wartawan sukan, T Avineshwaran, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius perkara ini…

18 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

1 day ago