fbpx
Now Reading
Ustaz Jafri Kongsi Cara Tunaikan Puasa 6 Syawal, Nak Qada Pun Boleh [Video]

Ustaz Jafri Kongsi Cara Tunaikan Puasa 6 Syawal, Nak Qada Pun Boleh [Video]

Menurut pendakwah bebas itu, ada individu yang qada puasa sunat 6 Syawal pada bulan berikutnya disebabkan terdapat beberapa halangan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sesudah habis sebulan berpuasa di bulan Ramadan. Umat beragama Islam kini meraikan bulan mulia Syawal pula.

Seperti yang ramai tahu, bulan Syawal juga terdiri dengan satu jenis puasa sunat yang membawa kepada ganjaran pahala berlipat-lipat kali ganda iaitu puasa 6 Syawal.

Namun begitu, adakah anda tahu puasa sunat selama enam hari itu boleh ditunaikan dalam pelbagai cara?


Pahala Besar Buat Mereka Yang Berpuasa 6 Syawal

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok apabila pendakwah terkenal iaitu Ustaz Jafri Mahmoodi apabila dia berkongsi ragam masyarakat pada ketika ini dalam menunaikan ibadah puasa sunat 6 Syawal.

Jelasnya, ramai di kalangan Muslim dilihat tidak melepaskan peluang untuk mengejar pahala yang besar apabila berpuasa pada bulan Syawal ini.

Memetik portal Maktabah Al-Bakri, riwayat Abu Ayub al-Ansari RA, Rasulullah SAW bersabda, “Barang siapa yang berpuasa di bulan Ramadan kemudian diikuti dengan enam hari di bulan Syawal, ianya bersamaan dengan berpuasa sepanjang tahun.”

Sumber: Pexels

Baca Artikel Berkaitan: Gabung Puasa Qada & Puasa 6 Syawal, Sah Atau Tidak?


5 Cara Berbeza Para Muslim Tunaikan Puasa 6 Syawal

Kalau anda nak tahu, puasa 6 Syawal ini boleh ditunaikan dengan beberapa cara mengikut keselesaan dan keperluan masing-masing.

Yang paling penting, kesemua kaedah yang disenaraikan di bawah ini adalah sah. Antaranya:

#1. Puasa 6 Syawal Secara Berterusan

Jelas Ustaz Jafri ramai telah berpuasa 6 Syawal sejurus sehari selepas Aidilfitri dan ibadah itu berterusan sepanjang enam hari berturut-turut sehingga selesai.

Berpuasa 6 Syawal dengan cara sebegitu dikatakan paling afdal di antara yang lain.

#2. Puasa Di Penghujung Syawal

Sementara itu, ada juga individu sudah merancang untuk melakukan puasa berkenaan di penghujung Syawal di mana mereka berjaya menghabiskan keenam-enam hari sebelum berpindah ke bulan Islam yang baru.

Sumber: Unsplash
#3. Puasa Berselang-seli

Kaedah puasa 6 Syawal yang ketiga adalah dengan berselang-seli. Sebagai contoh seseorang individu berpuasa pada hari ini, tetapi tidak meneruskannya pada keesokan harinya.

Namun akan kembali berpuasa pada lusa. Urutan tersebut dilakukan sehingga habis sejumlah enam hari.

Sumber: Unsplash
#4. Puasa Sebahagian Daripada 6 Hari Di Bulan Syawal

Seterusnya, ada juga yang menunaikan sebahagian daripada puasa sunat tersebut pada bulan Syawal manakala selebihnya diteruskan ketika menjelang bulan Islam yang lain.

Sekiranya anda berpuasa sunat itu ketika Syawal, ia dipanggil sebagai puasa tunai. Manakala jika sebahagiannya dilakukan luar dari bulan berkenaan, ia dikira sebagai puasa qada.

Malah, majoriti ulama Mazhab Syafie berpendapat yang ianya dibenarkan jika umat Islam tidak sempat melengkapkan enam hari puasa sunat, lapor Sinar Harian.

Namun, Pengarah Pusat Islam Universiti Teknologi Malaysia, Prof Madya Dr Ahmad Che Yaacob ada memberi peringatan kepada orang ramai bahawa kelebihan dan ganjaran berpuasa tunai dan qada adalah tidak sama.

#5. Niat Puasa Pada Syawal Tetapi Tunaikannya Selepas Bulan Itu

Seperti semua sedia maklum, setiap individu mempunyai urusan harian mereka tersendiri. Kadangkala kesibukan tersebut menyebabkan mereka tidak sempat berpuasa pada bulan Syawal.

Niat dah puasa 6 Syawal tu pada bulan Syawal tetapi ada kekangan. Sakit, kerja, bermusafir, bahkan ada yang terima jemputan rumah terbuka tanpa henti sampai tak sempat nak puasa.

Ustaz Jafri.
Jemputan rumah terbuka. Sumber: FB Menu Open House

Oleh itu, pendekatan yang dilakukan oleh golongan sebegitu adalah dengan menunaikan puasa sunat tersebut selepas bulan Syawal dengan niat qada.

Puasa 6 hari dalam bulan Syawal boleh diqada,” jelas pendakwah itu.

@jafrimahmoodi_off

Macam-macam cara orang puasa sunat 6 hari dalam bulan Syawal sebab nak rebut kelebihan seumpama berpuasa sepanjang tahun. Tapi ada yang tak sempat nak puasa sebab banyak sangat jemputan rumah terbuka. Boleh tak puasa selepas Syawal? #fyp #jafrimahmoodiofficial #jafrimahmoodi #ustazjafriabubakarmahmoodi #ustazjafriabubakar #tehtarikmahmudi #kidaf #kompleksislamdarulfaizin

♬ original sound – jafrimahmoodi_official – jafrimahmoodi_official

Hikmah Berpuasa Sunat 6 Syawal

Buat anda yang berhajat untuk berpuasa enam Syawal pada tahun ini, di sini kami kongsikan beberapa hikmah melaksanakan ibadah tersebut. Antaranya:

Sumber: Pexels
  • Menyempurnakan pahala ibarat setahun sebagaimana yang terdapat di dalam nas.
  • Menyempurnakan apa yang kurang dan tidak sempurna dalam perkara fardu.
  • Tanda penerimaan amalan oleh Allah SWT selepas puasa Ramadan.
  • Tanda seseorang bersyukur dengan nikmat Allah SWT.
  • Mendekatkan diri dan memohon keampuann Tuhan Yang Maha Esa.

Baca Artikel Berkaitan: Dah Ganti Puasa? Kalau Belum Kena Bayar Fidyah. Apa Itu Fidyah & Cara Kiraannya?

Baca Artikel Berkaitan: Betul Ke Ada Larangan Berpuasa Setelah Nisfu Sya’ban Hingga Masuk Ramadan?

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.