fbpx
Now Reading
“Nampak Sama Tapi Bukan Dia” – Ustaz Azhar Idrus Versi China Undang Perhatian Ramai [Video]

“Nampak Sama Tapi Bukan Dia” – Ustaz Azhar Idrus Versi China Undang Perhatian Ramai [Video]

Persamaan antaran pelancong terbabit dan UAI dapat dilihat menerusi mata, hidung dan juga jambang selain individu berkenaan juga memakai kopiah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Di dalam dunia ini, pasti akan ada beberapa orang yang memiliki wajah seiras meskipun tidak mempunyai hubungan kekeluargaan.

Malah, kita juga sejak dahulu lagi pernah diceritakan bahawa setiap manusia di dunia mempunyai 7 orang ‘pelanduk dua serupa’.

Bagaimanapun, tiada kesahihan tentang kenyataan itu berlandaskan Islam mahupun secara sains.

Tular pelancong China miliki wajah seperti Ustaz Azhar Idrus

Baru-baru ini, tular pula di media sosial satu video yang memaparkan seorang pelancong lelaki dari luar negara yang memiliki wajah persis pendakwah selebriti, Ustaz Azhar Idrus.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @shamsulzahari90, pemilik akaun tersebut yang dikenali sebagai Shamsul Zahari menyatakan bahawa pelancong berkenaan merupakan warganegara China.

“Nampak je sama tapi bukan dia, UAI (Ustaz Azhar Idrus) versi China,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Mata, hidung dan jambang sama seperti UAI

Berdasarkan video yang dikongsikan oleh Shamsul juga boleh dilihat dengan jelas bahawa lelaki warga emas itu sememangnya memiliki wajah seiras UAI.

Persamaan antara pelancong terbabit dan UAI dapat dilihat pada bahagian mata, hidung dan juga jambang selain individu berkenaan juga memakai kopiah.

Lebih menarik, semasa video tersebut diambil, ‘pelanduk dua serupa’ UAI itu dipercayai bersama isterinya baru sahaja melakukan aktiviti snorkeling di Pulau Redang, Kuala Terengganu yang kebetulan merupakan negeri asal pendakwah terkenal itu.

@shamsulzahari90

Nampak je sama tapi bukan dia 😂 uai versi china 😆 #redangisland🏝️

♬ Nas Teshbehlena – Maher Zain

Netizen pakat teruja jumpa kembar UAI

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial teruja melihat individu terbabit yang mana mereka akui kelihatan seperti UAI.

Tidak hanya itu, ada juga netizen yang mendakwa bahawa cara jalan pelancong warga emas itu juga sama seperi UAI.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.