Now Reading
Betul Ke Emma Nak Kahwin Dengan Datuk?

Betul Ke Emma Nak Kahwin Dengan Datuk?

Pelakon yang namanya selalu disebut sejak kebelakangan ini, Emma Maembong dikatakan mahu berkahwin dengan seorang lelaki berpangkat Datuk. Betul ke?

Semasa konflik melanda perhubungannya bersama Kamal Adli, dia dikatakan rapat dengan seorang Datuk yang dikenali sebagai Datuk Salim Rahman hinggakan ahli keluarganya mahu Datuk tersebut meminangnya.

Sumber dari Ig Emma Maembong

“Salim adalah kenalan abang ipar saya dan saya serta keluarga agak rapat dengannya. Apabila abang ipar dan kakak keluar bertemu rakan mereka, kadang-kadang saya ada bersama. Jadi secara tidak langsung kami menjadi kawan,” jelasnya

“Saya tahu abang ipar sering bergurau dengan Salim dengan memintanya untuk meminang saya. Percayalah tiada apa yang serius mengenai perkara itu,” sambungnya.

Sumber dari Ig Emma Maembong

Di samping itu, dia turut menjawab persoalan orang ramai apabila memberi komen terhadap gosip dia menjadi punca penceraian Datuk itu dan dia menafikannya.

Sumber dari Ig Emma Maembong

Menurutnya, dia selalu menceritakan segala hal peribadi kepada Kamal sebagai teman rapat kepada pelakon itu.

See Also

“Ketika itu ada juga orang mahu masuk meminang dan perkara itu saya beritahu kepadanya. Sebagai kawan paling rapat, saya tidak pernah simpan satu perkara pun daripada Kamal,” tambahnya.

Sumber dari Ig Emma Maembong

Yela, orang cantik memang ramai yang suka, kan? Semoga mereka semakin bahagia dan nampaknya semakin rapat selepas percintaan mereka dilanda konflik dengan Zahirah Macwilson sebelum ini.

Sumber: Harian Metro

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.