Now Reading
Kamal Adli Kemalangan?

Kamal Adli Kemalangan?

Baru saja reda kontroversi mengenai dirinya bersama dua pelakon wanita, kisah Kamal Adli lagi sekali diperkatakan oleh orang ramai. Kali ini orang bersimpati terhadap nasib buruk yang menimpa dirinya.

Dia yang juga baru memenangi pertandingan Super Spontan Superstar 2017 mengalami kemalangan jalan raya semasa perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dari Melaka selepas selesai menjalani penggambaran filem di sana.

Sumber: astroawani.com

Menurutnya, kejadian berlaku pada pukul 5 pagi itu disebabkan oleh tayar sebuah lori yang tercabut di kawasan Lebuhraya PLUS arah selatan Sabtu lepas.

“Alhamdulillah saya dan pembantu peribadi tidak mengalami kecederaan, cuma luka sedikit dan sakit-sakit badan kerana ‘airbag’ terbuka secara automatik akibat hentaman kuat,” jelasnya.

Disebabkan itu, keretanya remuk teruk akibat hentaman kuat tetapi dia bersyukur tak mengalami sebarang kecederaan termasuk pembantu peribadinya.

Tambahnya, keadaan gelap membuatkan mereka tak sempat mengelak tayar dan berlaku perlanggaran itu di lebuhraya berkenaan.

Berikutan itu, Kamal mengambil keputusan untuk berehat seketika dan mungkin itu petanda untuk menyuruhnya berehat sebentar dari bekerja terlalu kuat. Get well soon Kamal!

Sumber: Harian Metro

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.