Now Reading
Baru Berusia 9 Tahun Tapi Dah Jadi Jurugambar Profesional. Tabik Spring Kat Adik Ni!

Baru Berusia 9 Tahun Tapi Dah Jadi Jurugambar Profesional. Tabik Spring Kat Adik Ni!

358a430b00000578-3653803-image-m-52_1466579060319

Apa yang kita lakukan sewaktu kita berusia sembilan tahun? Mestilah pergi sekolah, bermain-main bersama rakan dan mengulangkaji pelajaran, esok mengulang perkara yang sama. Itulah rutin harian kanak-kanak yang berusia 12 tahun ke bawah. Tak gitu?

Tapi lain pula cerita dengan Adik Regina Wylie yang berasal dari Scotland ini, walaupun baru berusia sembilan tahun tapi dia sudah pun bergelar seorang jurugambar perkahwinan profesional termuda di dunia. Hebat bukan?

Berikut merupakan gambar-gambar yang diambil oleh Regina sendiri:

358a42e900000578-3653803-image-a-64_1466579584558

358a453d00000578-3653803-image-a-62_1466579386746

358a457100000578-3653803-image-a-76_1466579915488

Bapa Regina iaitu Kevin yang juga merupakan seorang jurugambar profesional memberitahu, Regina telah menunjukkan minatnya dalam bidang fotografi sejak berusia tiga tahun lagi. Regina akan bertanya kepadanya tentang bagaimana untuk mengendalikan kamera, bahkan dia juga akan sibuk mengikutnya untuk mengambil gambar.

Pelanggan pertama Regina benar-benar gembira dengan hasil kerja tangannya, kini dia baru sahaja selesai penggambaran kedua. Kami sendiri tak sabar nak tengok gambar-gambar terbaru daripada adik Regina ni!

p.s: Nampak tak, usia bukanlah penghalang untuk seseorang menggapai cita-cita mereka. Nak seribu daya, tak naka seribu dalih.

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.