Now Reading
Jaa Suzuran Kena Kecam Tak Pandai “Speaking”

Jaa Suzuran Kena Kecam Tak Pandai “Speaking”

Berikutan temubual bersama Ed Sheeran sempena konsertnya di Malaysia hujung minggu lalu, penyampai radio Era FM, Jaa Suzuran dikecam warga laman sosial kerana kelemahannya dalam berbahasa Inggeris semasa menembual penyanyi antarabangsa itu.

Sumber: twitter.com

Mohammad Faizal Ahmad, 23 tahun, atau lebih dikenali sebagai Jaa meluahkan rasa sedih dengan komen orang ramai yang berpendapat dia tak layak menembual Ed Sheeran dan dia sepatutnya digantikan dengan hos yang lebih fasih berbahasa Inggeris.

“Pada saya apa yang penting Ed Sheeran faham dengan soalan yang saya beri, malah dia juga terhibur sepanjang sesi temuramah itu berlangsung,” katanya.

Sumber: twitter.com

Tambahnya lagi, sesi temubual tersebut berjalan lancar malah Ed Sheeran dilihat terhibur ditemuramah olehnya dan masih mengingatinya sejak pertemuan mereka Februari lalu.

Walau bagaimanapun, Jaa menganggap komen negatif yang diterima sebagai semangat untuk dirinya belajar dan menguasai bahasa Inggeris supaya dapat meningkatkan kemahiran komunikasinya.

“Buat masa ini saya belajar dengan Hanif Hamzah dan minta dia bercakap dalam bahasa Inggeris setiap hari dengan saya,” katanya yang bakal menemubual pelakon antarabangsa iaitu Dwayne Douglas Johnson atau The Rock tak lama lagi.

See Also

Sumber: twitter.com

Sebelum ini, Jaa juga pernah menemubual pelakon Bollywood terkenal, Shah Rukh Khan dan dia dipelawa oleh pelakon kacak itu untuk melawat rumahnya.

Sumber: mStar

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.