Shila Amzah Bebas Dari Saman Wartawan

Nama penyanyi Shila Amzah agak “panas” sejak kebelakangan ini dan terbaru sebuah akhbar melaporkan dia telah bebas dari saman fitnah yang dibuat terhadapnya dan bapanya, ND Lala.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohd. Firuz Jaffril membuat keputusan bahawa perkataan yang dikatakan oleh Shila dan bapanya selaku defendan pertama dan kedua dalam sidang media yang diadakan di Mega Music World, Cheras pada 24 September 2014 lalu tak mempunyai unsur fitnah.

Bahkan, mahkamah juga memutuskan tiada niat jahat dibuat oleh defendan terhadap wartawan hiburan Kosmo!, Maliah Surip, 36 tahun, dan wartawan hiburan Utusan, Mohd. Ifqdar Abdul Rahman, 35 tahun yang juga sebagai plaintif dalam sidang media berkenaan.

Hakim memerintahkan kedua-dua wartawan itu membayar kos sebanyak RM 30,000 kepada defendan.

Sumber: joshuaongys.com

Terdahulu, kedua-dua plaintif memfailkan saman kepada Shila dan bapanya pada 17 Disember 2015 kerana mempersoalkan media Melayu yang dikatakan lebih berminat menulis gosip berbanding pencapaian artis Melayu dalam sidang media yang diadakannya.

Sidang media itu dilakukan oleh pihak Shila Amzah bagi menerangkan kepada media dan sesi soal jawab mengenai sekeping gambar yang dimuatnaik olehnya dengan tajuk mempersoalkan media Melayu.

Dalam tuntutan wartawan tersebut, mereka mendakwa Shila dan bapanya mempunyai niat jahat dan menerbitkan kenyataan fitnah dalam sidang media itu.

Walau apapun, kes itu sudah pun selesai dan diharap kedua-dua pihak dapat berbaik semula kerana media dan artis saling memerlukan antara satu sama lain dalam industri seni ini.

Sumber: Sinar Harian

Recent Posts

  • Trending

Perodua Ativa Kantoi Ikut Belakang Peronda Polis Untuk Elak Trafik [Video]

Menerusi video, turut kelihatan Perodua Ativa itu mengekori kereta peronda sewaktu jalan sesak sebelum ditegur…

30 mins ago
  • Trending

“Harap Ayah Happy” – Bapa Terharu Si Anak Hadiahkan Motosikal Jenis Honda Vario [Video]

Menerusi video tersebut, meskipun gembira menerima hadiah namun masih kelihatan si bapa seperti bimbang pemberian…

2 days ago
  • Trending

Lelaki Dakwa Puluhan Kereta Tersadai Di Highway Karak, Gara-gara Paku Atas Jalan [Video]

Dalam satu lagi video berasingan yang dikongsikan Mohd Faiz, dia mendakwa bahawa kesemua kereta tersebut…

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

“Tiada Duta Tempatan” – Dikritik Selepas Ruhainies Tag Gambar Di IG, Godiva Tampil Beri Penjelasan

Penafian tersebut dilakukan Godiva Malaysia, selepas orang ramai mendakwa syarikat berkenaan mengambil Ruhainies sebagai duta…

2 days ago
  • Trending

Perlu Beli Barang Lain Jika Nak Beli 2 Paket Minyak Masak, KPDN Perak Serbu Kedai Runcit [Video]

Menurut Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh melakukan jualan bersyarat adalah satu kesalahan di bawah Akta…

2 days ago
  • News
  • Trending

Menteri Besar Perlis Tak Ditahan, Hanya Dipanggil SPRM Untuk Beri Keterangan

Sebelum ini, media melaporkan MB Perlis ditahan SPRM selepas hadir untuk memberi keterangan kepada pihak…

2 days ago