Event Space Vilej Dipecah Masuk, Faiz Dickie Rugi RM4,000
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Baru saja mula bekerja sebagai pensyarah di kolej swasta, ikon media sosial terkenal, Faiz Dickie kerugian RM4,000 apabila lokasi event space miliknya bernama Vilej di Damansara Perdana dipecah masuk semalam.
Menurutnya, dia hanya mengetahui perkara itu apabila salah seorang daripada pekerjanya memaklumkan kepadanya kira-kira pada pukul empat petang.
“Bila sampai, saya lihat pintu utama dipecahkan dan keadaan Vilej berselerak serta mendapati beberapa peralatan audio, LCD Karaoke dan barangan elektronik yang baru dibeli hilang,” jelasnya.
Tambahnya, pencuri sempat melarikan beberapa barangan yang mudah dibawa kerana peralatan sistem bunyi dan barangan elektronik yang bersaiz besar tak sempat dicuri oleh mereka.
Faiz berharap pihak polis akan segera menangkap perompat terbabit seterusnya dapat menemui barangan mereka semula selepas dia membuat laporan polis di Pondok Balai Polis Mutiara Damansara pada jam 6 petang semalam.
Sumber: Harian Metro