fbpx
Now Reading
Banjir Boleh Jadi Tarikan Pelancongan, Kenyataan Nazri Aziz Dikecam Netizen

Banjir Boleh Jadi Tarikan Pelancongan, Kenyataan Nazri Aziz Dikecam Netizen

Nazri Aziz berangapan peluang sebegini dapat membantu negara mengharungi cabaran ekonomi yang sedang melanda.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bekas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nazri Aziz memberi kenyataan terdapat potensi banjir tahunan di negara ini untuk dijadikan tarikan pelancong secara sukarela.

Menurut laporan The Star yang memetik Sinar Daily, Nazri Aziz berkata, daripada meratapi keadaan yang tidak boleh dikawal ini, adalah lebih baik mencari peluang dengan mempromosikan pelancongan sukarelawan atau Voluntourism.

“Jika anda tahu ia (banjir) akan datang, maka mulakan perancangan sekarang.

“Mungkin kita boleh mengadakan pelancongan sukarelawan di mana orang ramai datang ke negara ini untuk membantu kita menghadapi banjir, dan ia bukan tentang mereka datang ke sini hanya untuk berseronok tetapi untuk mereka belajar,” katanya.

Mampu bantu negara harungi cabaran ekonomi

Ahli Parlimen Padang Rengas turut menambah, peluang itu dapat membantu negara mengharungi cabaran ekonomi dengan menarik pelancong asing menyertai program sukarelawan semasa bencana alam.

“Apabila mata wang kita jatuh, sudah tiba masanya kita mempromosikan pelancongan negara kerana ia murah bagi mereka.

“Rakyat Singapura yang datang ke Malaysia hanya perlu membelanjakan satu pertiga daripada gaji mereka dan hotel lima atau enam bintang adalah murah bagi mereka,” ujarnya lagi.

Banjir umpama acara tahunan

“Banjir umpama acara tahunan, setiap kali musim tengkujuh akan ada festival banjir dan orang akan datang,” katanya yang memetik banjir tahunan di Kuala Krai, Kelantan.

“Sebab sekarang ada pelacongan sukarelawan, di mana orang asing datang buat kerja sukarela dan mereka bayar (beli tiket dan sebagainya).”

Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz

Netizen kecam kenyataan Nazri

Bagaimanapun, netizen menyelar ideanya itu kerana bencana banjir bukanlah sesuatu yang menarik malah mampu mengancam nyawa.

Selain itu, pengguna Twitter turut berpendapat daripada memikirkan tentang tarikan pelancongan, kerajaan seharusnya berusaha untuk mencegah serta mengawal bencana alam itu daripada menjadi lebih teruk.

Terdahulu, kira-kira 18,858 orang dipindahkan ke 64 pusat pemindahan sementara (PPS) selepas banjir melanda daerah Klang, berikutan hujan berterusan pada bulan Disember tahun lepas.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.