fbpx
Now Reading
Hentikan Tabiat Mengorek Telinga, Ketahui Lima Fungsi Tahi Telinga Anda
Hentikan tabiat mengorek telinga, ketahui lima fungi tahi telinga

Hentikan Tabiat Mengorek Telinga, Ketahui Lima Fungsi Tahi Telinga Anda

Tabiat mengorek telinga perlulah dihentikan kerana ia akan mengakibatkan kecederaan pada gegendang telinga. Sebaliknya ketahui lima fungsi tahi telinga.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Segelintir dari kita pasti gemar mengorek telinga. Namun tabiat ini sebenarnya boleh mengakibatkan kecederaan pada telinga.

Baru-baru ini, seorang doktor Pakar Bedah Telinga, Hidung, dan Tekak (ENT), Dr Mohd Shaiful Nizam telah berkongsi satu kes rujukan membabitkan seorang pesakit yang mengalami masalah gegendang telinga pecah atau bocor.

Menurut Mohd Shaiful, perkara itu terjadi akibat tabiat individu berkenaan yang suka mengorek telinga.

Pesakit dah lama ada tabiat korek telinga

Jelas beliau, pesakit telah mengadu mengalami rasa sakit pada telinga bahagian kiri, kurang dengar dan dengar bunyi berdesing, di mana ketiga-tiga gejala tersebut terjadi selepas pesakit mengorek tahi telinga dengan menggunakan besi kecil serta putik kapas.

Katanya, pesakit turut datang ke klinik dengan membawa putik kapas dan besi dan memberitahu sudah lama mempunyai tabiat mengorek telinga.

Tak perlu korek tahi telinga

Doktor Shaiful turut memaklumkan bahawa kita sebenarnya tidak perlu untuk mengorek tahi telinga kerana ia mempunyai mekanisma tersendiri untuk menolak keluar tahi tersebut seperti kunyahan mulut, pergerakan rahang serta pertumbuhan kulit dalam telinga.

Tahi telinga ada lima fungsi:

# Bersifat kalis air iaitu mencegah air dari meresap masuk ke dalam saluran telinga.

# Tahi telinga bersifat anti-bakteria untuk melindungi telinga daripada jangkitan dan pembiakan bakteria serta kulat.

# Ia juga bersifat asid untuk melembabkan kulit halus yang ada disekitar saluran telinga.

# Tahi telinga juga membantu untuk menghalang serangga-serangga kecil seperti semut, lalat dan nyamuk dari masuk ke dalam telinga.

# Seterusnya, tahi telinga bertujuan untuk mengeluarkan kotoran dan habuk dari dalam saluran telinga.

Menurut Shaiful, lima fungsi di atas merupakan sebab mengapa doktor dan pakar ENT melarang pesakit-pesakit dari mengorek telinga.

Korek telinga selalu akan menyebabkan tahi terkumpul dan tersumbat

Foto: Pexels

Ini kerana, apabila tahi telinga sentiasa dikorek ia secara tidak langsung telah menyebabkan tahi tersebut tertolak ke bahagian tengah saluran telinga dan akan menyebabkan ia akan terkumpul serta tersumbat.

Keadaan itu juga akan menyebabkan berlakunya masalah pendengaran seperti berdesing dan kurang dengar.

Lebih memburukkan keadaan lagi jika ia menyebabkan luka serta radang telinga luar dan tengah, ia juga boleh mengakibatkan berlakunya kecederaan kepada gegendang telinga seperti kes yang berlaku kepada pesakitnya.

Gunakan ubat titisan untuk lembutkan tahi telinga

Namun, pasti ada yang tertanya bagaimana untuk membersihkan telinga anda jika terdapat banyak tahu telinga dan rasa tersumbat?

Caranya adalah gunakan ubat titis telinga untuk melembutkan tahu telinga yang keras dan jika masih lagi rasa tersumbat dan bergejala, anda disarankan untuk mendapatkan pemeriksaan daripada pakar ENT.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.