fbpx
Now Reading
Mahu Telinga Seperti Mickey Mouse, Pemilik Di China Sanggup Ubah Telinga Haiwan Peliharaan

Mahu Telinga Seperti Mickey Mouse, Pemilik Di China Sanggup Ubah Telinga Haiwan Peliharaan

Menurut doktor haiwan, terdapat kesan yang akan berlaku kepada haiwan peliharaan sekiranya menjalani pembedahan telinga seperti Mickey Mouse antaranya trauma psikologi dan kesan sampingan fizikal.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak dinafikan kartun animasi seperti Mickey Mouse telah menjadi kegemaran kanak-kanak termasuklah golongan dewasa.

Malah kecomelan kartun tikus itu turut membuatkan segelintir peminat sanggup membeli cenderamata yang memaparkan wajah Mickey Mouse.

Bedah telinga haiwan peliharaan sama macam Mickey Mouse kini jadi trend di China

Apa yang lebih parah lagi, apabila di China ada yang sanggup membiarkan haiwan perliharaan mereka seperti kucing menjalani pembedahan kosmetik di bahagian telinga agar ia dilihat seperti telinga kartun terbabit.

Perkara itu kini telah menjadi satu tren di China, lapor South China Morning Post.

Tindakan itu membuatkan pakar haiwan atau veterinar meminta agar perkara tersebut dihentikan kerana ia memberikan kesakitan fizikal serta tekanan psikologi kepada haiwan.

Satu iklan telah dipaparkan oleh sebuah klinik haiwan di Beibei, Chingqing yang bertindak membuat promosi pembedahan telinga itu dengan menawarkan harga istimewa iaitu 300 yuan (RM194). Iklan itu kemudiannya telah menarik minat orang ramai.

Terdapat dua peringkat untuk buat telinga seperti Mickey Mouse

Susulan itu seorang dekan di Pusat Perubatan Haiwan Peliharaan Antarabangsa Loving Cari di Beijing iaitu Liu Yundong memaklumkan kepada SCMP bahawa pembedahan itu terdapat dua bahagian.

Pertama proses pembuangan yang perlu mengunakan anestetik dengan mengambil masa sekitar setengah jam. Fasa kedua adalah membentuk telinga agar ia kekal berada dalam keadaan tegak dan perkara itu mengambil masa kira-kira 20 hingga 60 hari.

Proses itu mengambil masa yang lama dan memerlukan penyelarasan yang kerap agar ia kekal pada kedudukan tegak.

Meskipun pembedahan ini adalah sesuatu yang dibenarkan namun ia jarang dilakukan oleh Hospital haiwan di bandar besar.

“Ia jarang dilakukan di hospital haiwan peliharaan di bandar tetapi ia biasa dilakukan di kandang anjing dan tempat pembiakan. Pada ketika ini, tiada larangan untuk melakukan pembedahan tersebut di China, ia adalah isu moral.

“Sebagai seorang doktor haiwan, kami mematuhi prinsip kebajikan haiwan dan tidak menyokong pembedahan ini.

“Rakan sekerja yang saya temui secara diam-diam menentang pembedahan seperti itu,” ujar Liu.

Boleh beri kesan kepada haiwan peliharaan seperti trauma

Menurutnya terdapat kesan kepada haiwan peliharaan seperti:

  • Kesakitan fizikal dan siksaan psikologi.
  • Risiko bius yang boleh membawa kepada trauma psikologi dan kesan sampingan fizikal.

Doktor haiwan di Shenzehen Lianhe Pet Hospital, Chen Yong turut memberi amaran bahawa tindakan itu boleh mencacatkan haiwan peliharaan.

“Merosakkan struktur semula jadi telinga boleh menyebabkan masalah psikogenik pada sesetengah haiwan peliharaan. Sebagai contoh, sesetengah haiwan peliharaan yang sensitif mungkin akan menggaru berulang kali kerana kesakitan yang dialaminya,” jelas Chen Yong.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.