fbpx
Now Reading
Selepas 4 Hari, Wanita Hina Islam & Kekasih Berjaya Kumpul RM40,000 Untuk Ikat Jamin

Selepas 4 Hari, Wanita Hina Islam & Kekasih Berjaya Kumpul RM40,000 Untuk Ikat Jamin

Peguam mereka sebelum ini mendakwa pasukannya menerima panggilan dari seluruh dunia yang berminat untuk memberi sumbangan ekoran tindakan undang-undang yang dikenakan terhadap Siti Nuramira.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Akhirnya selepas 4 hari, pasangan yang didakwa menghina islam iaitu Siti Nuramira Abdullah dan teman lelaki, Alexander Navin Vijayachandran berjaya mengumpulkan RM40,000  bagi melunaskan wang ikat jamin terhadap mereka.

Menurut laporan The Vibes, peguam, R. Sivaraj yang mewakili pasangan tersebut memaklumkan amaun berkenaan berjaya dikumpulkan pagi ini.

“Penjamin Siti Nuramira dan Alexander masing-masing akan pergi ke mahkamah Kuala Lumpur dan Petaling Jaya pada pukul 11 ​​pagi hari ini (18 Julai),” kata Sivaraj kepada The Vibes.

Namun pihaknya tidak dapat memastikan sama ada kedua-dua mereka akan dibebaskan hari ini atau esok hari.

Semalam, Sivaraj memaklumkan pihaknya telah berjaya mengumpul RM15,000 dan optimis ianya akan bertambah menjadi RM20,000 seperti yang diperlukan.

“Ramai yang memberi sumbangan dan ada yang menawarkan untuk membayar yuran guaman Siti Nuramira Abdullah,” katanya kepada FMT.

Malah dia mendakwa pasukannya menerima panggilan dari seluruh dunia yang berminat untuk memberi sumbangan ekoran tindakan undang-undang yang dikenakan terhadap Siti Nuramira.

Jumaat lalu dia mendedahkan kumpulan hak asasi Lawyers for Liberty (LFL) akan turut membantu pasangan berkenaan dalam mendapatkan dana awam sebagai usaha untuk membebaskan mereka.

Mereka difahamkan akan menggunakan akaun bank LFL bagi mengumpulkan sumbangan dana awam tersebut.

Terdahulu, Siti Nuramira mengaku tidak bersalah atas tuduhan menimbulkan rasa tidak harmoni dalam kalangan masyarakat Islam apabila melakukan persembahan kontroversi di Kelab Komedi Crackhouse di Taman Tun Dr Ismail pada 4 Jun lalu.

Baca artikel berkaitan :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.