fbpx
Now Reading
Suami Dikaitkan Dengan Gelaran Datuk Palsu, Selebriti Terus Kunci Mulut

Suami Dikaitkan Dengan Gelaran Datuk Palsu, Selebriti Terus Kunci Mulut

Sebagai info, salah seorang dari mereka pada 2018 pernah tampil menjelaskan pada bahawa anugerah Datuk tersebut telah lama diperolehi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini media sosial hangat bercerita mengenai dakwaan penggunaan gelaran ‘Datuk’ palsu oleh beberapa individu terkenal.

Lebih mengejutkan apabila individu-individu yang dikaitkan bukan sahaja ternama malah merupakan pasangan kepada selebriti-selebriti popular iaitu suami kepada penyanyi dan aktivis, Heliza Helmi, iaitu Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman, suami Eina Azman (Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah) dan juga Fouziah Gous (Datuk Zhafran Md Yusof).

Mula dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Ismail Ahmad selepas mendapati nama mereka tidak tersenarai dalam sistem istiadat, isu ini kemudiannya mula menarik perhatian netizen malah turut mendapat liputan portal-portal berita.

Terkejut dengan dakwaan sebegini, beberapa pengguna media sosial kemudiannya mencadangkan agar semua individu yang terpalit dengan isu tersebut tampil menjawab tuduhan berkenaan.

Ini kerana ramai merasakan isu Datuk tipu atau Datuk Scam bukanlah satu isu baru malah ada di kalangan mereka yang berani menggunakan gelaran tersebut demi menipu orang ramai.

Tidak jawab mesej dan panggilan

Terbaharu, Harian Metro melaporkan cubaan mereka untuk mendapatkan respon dari Eina Azman dan juga Fouziah Gous tidak berhasil apabila kedua-dua pelakon itu terus berdiam diri dari menjawab dakwaan yang tular.

Difahamkan mesej dan panggilan telefon yang dibuat tidak dibalas serta dijawab oleh mereka.

Namun semakan kami di laman Instagram mendapati kedua-dua mereka ada memuat naik satus berkaitan rutin harian di IG Story mereka.

Zhafran pernah jelaskan terima gelaran lama dahulu

Sebagai info, Fouziah Gous dan suaminya, Zhafran pada 2018 pernah tampil menjelaskan bahawa anugerah Datuk yang dimiliki Zafran telah lama diperolehi.

Namun dia hanya menggunakan gelaran itu ketika ada acara-acara rasmi yang melibatkan urusan kerjanya sahaja.

Apa-apa pun sama-sama kita tunggukan penjelasan terbaharu dari kesemua selebriti ini berhubung dakwaan yang timbul.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.