fbpx
Now Reading
Isteri Dituduh Keguguran Kerana Kifarah, Da’i Syed Bakal Ambil Tindakan Saman Fitnah 2 Wanita

Isteri Dituduh Keguguran Kerana Kifarah, Da’i Syed Bakal Ambil Tindakan Saman Fitnah 2 Wanita

Jelas Da’i Syed fitnah yang dilemparkan oleh pihak berkenaan mengaitkan keguguran dialami isterinya adalah sesuatu yang melampaui batas.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini, pendakwah selebriti, Da’i Syed bersama isterinya pengacara, Nurul Hana ada memaklumkan perkabaran duka mengenai keguguran bayi mereka sekitar Julai yang lalu.

Perkongsian itu telah dimaklumkan oleh pasangan itu menerusi satu muat naik video yang menunjukkan Hana berada di sebuah hospital swasta.

“Sejujurnya, isteri saya memang mengandung. Tetapi Allah hanya memberi pinjaman ini hanya 10 minggu sahaja,” tulisnya selain turut meminta orang ramai untuk mendoakan wanita itu.

Baharu sahaja sebulan menerima berita duka itu, kini terdapat pihak yang mengatakan keguguran dialami isterinya itu adalah kifarah atas tindakan yang dilakukan Da’i Syed sebelum ini.

Maklum bakal ambil tindakan undang-undang terhadap individu sebarkan fitnah

Ekoran daripada perkara itu, Da’i Syed kemudian tampil memaklumkan bahawa dia bakal mengambil tindakan menyaman kedua-dua individu yang bertindak memfitnah mengenainya.

Jelas pendakwah itu, tindakan itu dilakukan selepas pihak terbabit mengaitkan apa yang berlaku dengan keguguran dihadapi oleh Hana.

“Apabila kenyataan awal itu diterbitkan semula dan dikaitkan dengan keguguran kandungan isteri saya, saya tidak boleh berdiam diri lagi kerana ini adalah sesuatu yang amat melampaui batas.

“Hal ini merupakan suatu fitnah terhadap saya. Dia juga dilihat seolah-olah cuba untuk mengambil kesempatan atas kesedihan yang dialami oleh saya dan isteri.

“Hal ini merupakan satu kenyataan salah yang sengaja diada-adakan. Sehubungan dengan itu, saya telah mengarahkan peguam saya untuk memulakan tindakan undang-undang terhadap Nurul Atiqah dalam kadar yang segera,” jelasnya dalam satu sidang media yang turut dihadiri oleh isteri, keluarga serta peguamnya di Hotel Eastin, Petaling Jaya.

Tindakan kepada Ainun Najwa juga akan dimulakan

Dalam pada itu, Syed atau nama penuhnya Syed Shah Iqmal Syed Mohamad Shaiful juga memaklumkan dia bakal memulakan tindakan undang-undang kepada Ainun Najwa kerana fitnah yang dikeluarkan pada 23 November 2021 yang lalu.

“Sebelum ini, pada 26 November 2021, Ainun Najwa telah membuat satu laporan polis yang menyatakan bahawa dia mengakui bertanggungjawab sebagai individu yang memuat naik hantaran tersebut dan memohon maaf kerana telah memfitnah saya.

“Tetapi laporan polis yang dibuat olehnya sebelum ini tidak dapat menikkan tindakannya yang telah memfitnah saya malahan di dalam laporan yang sama, dia sendiri mengakui bertanggungjawab terhadap fitnah tersebut,” katanya lagi, lapor Gempak.

Sebelum ini pada tahun 2020, pendakwah itu telah didakwa oleh seorang wanita yang mengatakan rakannya telah dirogol oleh Syed.

Da’i Syed terdahulu didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

Baca artikel berkaitan: Da’i Syed Bebas Kes Persetubuhan Luar Tabii dan Cabul Penuntut Kolej

Baca artikel berkaitan: Akhirnya Ayah Da’i Syed Buka Mulut Mengenai Dakwaan Rogol Kaitkan Anaknya

Baca artikel berkaitan: “Jagalah Status Sebagai Agamawan” – Kerap Buat Konten Joget Dengan Isteri, PU Syed Tegur Da’i Syed [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.