fbpx
Now Reading
“Covid Ke Apa?” – Reaksi Bapa Dapat Tahu Anak Mengandung Buat Ramai Terhibur [Video]

“Covid Ke Apa?” – Reaksi Bapa Dapat Tahu Anak Mengandung Buat Ramai Terhibur [Video]

Menerusi video, turut kelihatan Amy seperti tidak percaya apabila bertanya berulang kali adakah benar anak keduanya itu mengandung.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap pasangan yang sudah berkahwin atau bakal membina mahligai pastinya mempunyai impian untuk memiliki cahaya mata.

Malah ada segelintir yang menyifatkan anak ini seperti penguat di dalam sesebuah hubungan perkahwinan.

Bapa dapat kejutan daripada anak

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok memaparkan gelagat seorang bapa selepas anak keduanya memberi kejutan dengan memaklumkan dirinya hamil.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Amy Berambai, awalnya kelihatan menantu lelaki sedang membuka sebuah kotak dan melihat satu kit ujian yang tertera mempunyai dua garisan.

Sangka anak positif covid bukan hamil

Namun reaksi si bapa sebaik melihat kit ujian itu dia lantas bertanya adakah anaknya itu positif covid? Ini kerana, kit ujian kendiri pemeriksaan covid juga mempunyai bentuk yang sama dengan menunjukkan dua garisan sekiranya positif.

Walau bagaimanapun apa yang lebih mencuri tumpuan sebaik sahaja dimaklumkan anaknya itu mengandung, si bapa menjerit keseronokan sebelum dipeluk oleh menantunya.

Terlalu gembira sehingga tanya berulang kali

Malah Amy seperti tidak tentu arah kerana terlalu gembira dengan berita baik yang diterima daripada anak keduannya itu.

“Betul ke ni, betul ke ni weh, betul ke ni?” tanya Amy lagi.

Mereka juga turut dilihat memeriksa semula kit ujian kehamilan tersebut sekali lagi untuk memastikan ia benar-benar positif.

“Betul lah betul lah.

“Alhamdulillah, satu lagi doa diangkat hari ini. Syukur, semoga sentiasa dalam lindungan Allah” jelasnya.

@amyberambai_72

Alhamdulillah… Bulan ni tokojut tokojut di buek eh…. Tahniah anak dan menantu ayah…. #suprise #fyp#fypシ゚viral

♬ original sound – Amy berambai – Amy berambai

Gelagat bapa buat ramai terhibur

Melihat di ruangan komen, ramai yang terhibur dengan gelagat Amy yang gembira sebaik mengetahui berita anaknya hamil.

Malah tidak kurang juga ada yang menyifatkan reaksi diberikan Amy adalah sesuatu yang mahal selain turut berdoa ia dipermudahkan.

“Reaksi paling best ayah dia, mesti tak sabar nak ada cucu”

“Saya yang rasa sayu.. semoga dipermudahkan urusan ya.. bestnya keluarga bersama-sama”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.